BUSINESS CARD

KURSUS ASAS PENGURUSAN DAN RAWATAN TERNAKAN KAMBING AKAN KEMBALI!!!

Assalammualaikum dan selamat sejahtera,

Pelaburan minimum yang bakal anda keluarkan untuk memulakan ternakan kambing sekurangnya RM10k. Ada antara bakal penternak yang mengeluh kerana yuran yang kami kenakan terlalu mahal. Tapi fikirkanlah semula dengan jumlah pelaburan yang bakal anda laburkan dengan yuran untuk menyertai kursus ini...tidak sampai atau kurang dari 4%. Jadi fikirkanlah ilmu yang bakal diperolehi dalam kursus kami ini nanti...lakukan langkah yang bijak...jangan salahgunakan modal anda...kami akan berkongsi pengalaman dalam ternakan ini....telefon segera untuk pengesahan tempat.
TARIKH : AKAN DIBERITAHU KELAK

TEMPAT KURSUS:

1) AGROBANK DEVELOPMENT INSTITUTE ( ABADI ) ( Lot 7 Persiaran Institusi, 43000 Kajang, Selangor )

2) KANDANG DE KEBUN SDN BHD, PULAU MERANTI, PUCHONG, SELANGOR.

TEMPAT TINGGAL:
AGROBANK DEVELOPMENT INSTITUTE ( ABADI ) ( Lot 7 Persiaran Institusi, 43000 Kajang, Selangor )

MAKAN/MINUM: DISEDIAKAN SEPANJANG KURSUS

MASA : 8.30 AM SEHINGGA 11.00 MALAM.

PENYERTAAN : TERBUKA KEPADA YANG BERMINAT. SIJIL DISEDIAKAN. SIJIL DARI JABATAN KERAJAAN.

YURAN : RM450

PESERTA : 20 ORANG SAHAJA

HUBUNGI : EN KHAIRUDIN (016-220 2425), PN SARAH (016-322 0466), EN TALIB (019-276 6102) EN. AMIN (016-2201549)

SILA TELEFON KAMI DENGAN SEGERA UNTUK BORANG PENYERTAAN DAN PENGESAHAN TEMPAT. SIJIL PENYERTAAN DISEDIAKAN!!!!

PLEASE LEAVE YOUR FEEDBACK/COMMENT HERE

Name:
Email Address:
Phone No
Your Message

AMINAGROTECH FARM 013-222 9976
Nak dapatkan $10 free? Hanya daftar sahaja. Tak perlu keluarkan wang. Tak salah kalau mencuba benda percuma ni. Jangan tunggu lagi! Lawat pasifincome

HUBUNGI KAMI SEGERA UNTUK SEBARANG PERTANYAAN MENGENAI TERNAKAN..TALIAN HAYAT 24 JAM!!

Tuesday, September 18, 2007

Industri Akuakultur-Pilihan Di Dalam Bidang Pertanian

Industri akuakultur dimaju besar-besaran di seluruh negara

KUALA LIPIS 8 April – Kerajaan akan memajukan industri akuakultur secara besar-besaran dengan mewujudkan Zon Industri Akuakultur (ZIA) bagi meningkatkan pengeluaran ikan di negara ini. Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Dr. Zulkifli Idris berkata, selain meningkatkan pengeluaran, kerajaan berharap sektor akuakultur dapat mengurangkan import ikan menjelang tahun 2010.

Katanya, permintaan bagi sumber akuakultur itu meningkat 21.5 peratus atau 662,000 tan pada tahun lalu berbanding 400,000 tan pada tahun 2005. ‘‘Unjuran itu adalah berdasarkan permintaan terhadap ikan daripada 1,047 tan pada tahun 2000 dan meningkat kepada 1,292 ribu metrik tan pada tahun 2005 dan dijangka terus meningkat kepada 1,563 ribu metrik tan menjelang tahun 2010,” kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Industri Akuakultur 2007 dan Mini Karnival Ikan Air Tawar di Dataran Lipis, anjuran Lembaga Pemasaran Persekutuan (FAMA) di sini hari ini. Zulkifli berkata, selain mengurangkan import, industri akuakultur dapat melahirkan ribuan usahawan dalam sektor itu termasuk daripada para graduan. Katanya, peningkatan pengeluaran ikan di ZIA dapat membantu kerajaan menjayakan Pelan Imbangan Dagangan (BoT) pada tahun 2010 untuk mengurangkan defisit import ikan daripada RM8.6 bilion pada tahun lalu kepada 1.2 bilion dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

‘‘Kerajaan yakin menerusi ZIA akan dapat mengeluarkan ikan bermutu tinggi dan selamat untuk dimakan dan setiap usahawan yang terbabit dalam industri ini mampu mencapai pendapatan RM3,000 sebulan. ‘‘Bagaimanapun setakat ini sebahagian besar pengusaha menternak ikan berskala kecil dan masih memerlukan sokongan kerajaan.
“Saya berharap menerusi seminar seperti ini para peserta mengambil peluang untuk menimba sebanyak mungkin pengetahuan berhubung industri akuakultur bagi mengembangkan lagi perniagaan,” katanya. Sehubungan itu, beliau berharap agensi kerajaan seperti Jabatan Perikanan dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan dapat membantu golongan miskin supaya terbabit dalam aktiviti itu kerana ia dapat membantu menghapuskan kadar kemiskinan di negara ini.

Menurut beliau, selain individu, kerajaan juga berharap pihak swasta turut melibatkan diri secara proaktif bagi meningkatkan industri hasil akuakultur terutamanya dalam menjayakan projek ZIA.

(Petikan dari Utusan Malaysia-19/09/2007-Ekonomi)

0 comments:

 

blogger templates | Make Money Online