BUSINESS CARD

KURSUS ASAS PENGURUSAN DAN RAWATAN TERNAKAN KAMBING AKAN KEMBALI!!!

Assalammualaikum dan selamat sejahtera,

Pelaburan minimum yang bakal anda keluarkan untuk memulakan ternakan kambing sekurangnya RM10k. Ada antara bakal penternak yang mengeluh kerana yuran yang kami kenakan terlalu mahal. Tapi fikirkanlah semula dengan jumlah pelaburan yang bakal anda laburkan dengan yuran untuk menyertai kursus ini...tidak sampai atau kurang dari 4%. Jadi fikirkanlah ilmu yang bakal diperolehi dalam kursus kami ini nanti...lakukan langkah yang bijak...jangan salahgunakan modal anda...kami akan berkongsi pengalaman dalam ternakan ini....telefon segera untuk pengesahan tempat.
TARIKH : AKAN DIBERITAHU KELAK

TEMPAT KURSUS:

1) AGROBANK DEVELOPMENT INSTITUTE ( ABADI ) ( Lot 7 Persiaran Institusi, 43000 Kajang, Selangor )

2) KANDANG DE KEBUN SDN BHD, PULAU MERANTI, PUCHONG, SELANGOR.

TEMPAT TINGGAL:
AGROBANK DEVELOPMENT INSTITUTE ( ABADI ) ( Lot 7 Persiaran Institusi, 43000 Kajang, Selangor )

MAKAN/MINUM: DISEDIAKAN SEPANJANG KURSUS

MASA : 8.30 AM SEHINGGA 11.00 MALAM.

PENYERTAAN : TERBUKA KEPADA YANG BERMINAT. SIJIL DISEDIAKAN. SIJIL DARI JABATAN KERAJAAN.

YURAN : RM450

PESERTA : 20 ORANG SAHAJA

HUBUNGI : EN KHAIRUDIN (016-220 2425), PN SARAH (016-322 0466), EN TALIB (019-276 6102) EN. AMIN (016-2201549)

SILA TELEFON KAMI DENGAN SEGERA UNTUK BORANG PENYERTAAN DAN PENGESAHAN TEMPAT. SIJIL PENYERTAAN DISEDIAKAN!!!!

PLEASE LEAVE YOUR FEEDBACK/COMMENT HERE

Name:
Email Address:
Phone No
Your Message

AMINAGROTECH FARM 013-222 9976
Nak dapatkan $10 free? Hanya daftar sahaja. Tak perlu keluarkan wang. Tak salah kalau mencuba benda percuma ni. Jangan tunggu lagi! Lawat pasifincome

HUBUNGI KAMI SEGERA UNTUK SEBARANG PERTANYAAN MENGENAI TERNAKAN..TALIAN HAYAT 24 JAM!!

Tuesday, September 18, 2007

Sumber Stok Ikan Di Malaysia Berkurangan??

Sumber stok ikan negara habis 10 tahun lagi

IPOH 11 Julai – Hasil kajian yang dijalankan oleh beberapa universiti tempatan dan Jabatan Perikanan Malaysia mendapati sumber stok ikan di perairan negara akan habis masa 10 tahun lagi sekiranya langkah-langkah pemulihan tidak diambil segera.
Pengarah Perikanan Perak, Salehan Lamin berkata, bagi menangani masalah itu, pihaknya sedang menjalankan pelbagai tindakan termasuk melancarkan beberapa pelan tindakan segera dalam masa terdekat.

Katanya, program berkenaan diambil selepas hasil kajian dan data-data pendaratan ikan yang diperoleh menunjukkan stok ikan komesial semakin berkurangan.
“Hasil kajian yang dibuat oleh beberapa kakitangan universiti tempatan dan pihak jabatan mendapati stok ikan negara semakin berkurangan. “Sehubungan itu, usaha perlu diambil bagi menangani segera masalah berkenaan,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di pejabat nya di sini hari ini.

Salehan memberitahu, masalah berkenaan timbul berikutan bilangan bot yang dilesenkan banyak tetapi sumber stok ikan terhad di sesuatu zon penangkapan ikan.
Sebagai contoh katanya, mungkin stok ikan di sesuatu kawasan hanya sebanyak 10 tan dan sesuai untuk kira-kira dua buah bot nelayan sahaja. “Bagaimanapun, sumber stok ikan sebanyak itu terpaksa dikongsi oleh lebih dari dua buah bot sekali gus menyebabkan stok ikan cepat habis,” katanya. Menurut beliau, pihak kerajaan menerusi Jabatan Perikanan akan cuba mengurangkan bilangan bot terutamanya bot pukat tunda khasnya di zon B.

Jelasnya, pemilik bot tunda di kawasan berkenaan dicadangkan menyerahkan bot serta lesen kepada jabatan sebelum kerajaan membayar sejumlah nilai untuk bot dan lesen berkenaan.
Salehan menambah, buat masa ini jabatan tidak memaksa nelayan untuk menyerahkan bot masing-masing tetapi menggalakkan mereka untuk berbuat demikian. Bagi nelayan yang setuju untuk menyerahkan bot mereka, Jabatan Perikanan akan membantunya melibatkan diri dalam sektor lain seperti akuakultur, pemprosesan hasil perikanan dan pertanian.

“Nelayan terlibat juga akan dibantu dari segi latihan kemahiran sebagai persiapan mereka menceburi bidang baru,” katanya. Menurutnya, di negeri Perak sahaja terdapat 1,300 bot pukat tunda dan 30 peratus daripada pendaratan ikan disumbangkan oleh bot berkenaan.
Jelasnya, kajian yang dijalankan itu turut mendapati operasi bot pukat tunda sebenarnya merugikan dan tidak mendatangkan pulangan yang tinggi kepada pengusaha.
Bagaimanapun kos kerugian itu ditampung oleh subsidi minyak diesel yang diberikan kerajaan.

(Sumber: Utusan Malaysia-19/09/2007)

0 comments:

 

blogger templates | Make Money Online