BUSINESS CARD

KURSUS ASAS PENGURUSAN DAN RAWATAN TERNAKAN KAMBING AKAN KEMBALI!!!

Assalammualaikum dan selamat sejahtera,

Pelaburan minimum yang bakal anda keluarkan untuk memulakan ternakan kambing sekurangnya RM10k. Ada antara bakal penternak yang mengeluh kerana yuran yang kami kenakan terlalu mahal. Tapi fikirkanlah semula dengan jumlah pelaburan yang bakal anda laburkan dengan yuran untuk menyertai kursus ini...tidak sampai atau kurang dari 4%. Jadi fikirkanlah ilmu yang bakal diperolehi dalam kursus kami ini nanti...lakukan langkah yang bijak...jangan salahgunakan modal anda...kami akan berkongsi pengalaman dalam ternakan ini....telefon segera untuk pengesahan tempat.
TARIKH : AKAN DIBERITAHU KELAK

TEMPAT KURSUS:

1) AGROBANK DEVELOPMENT INSTITUTE ( ABADI ) ( Lot 7 Persiaran Institusi, 43000 Kajang, Selangor )

2) KANDANG DE KEBUN SDN BHD, PULAU MERANTI, PUCHONG, SELANGOR.

TEMPAT TINGGAL:
AGROBANK DEVELOPMENT INSTITUTE ( ABADI ) ( Lot 7 Persiaran Institusi, 43000 Kajang, Selangor )

MAKAN/MINUM: DISEDIAKAN SEPANJANG KURSUS

MASA : 8.30 AM SEHINGGA 11.00 MALAM.

PENYERTAAN : TERBUKA KEPADA YANG BERMINAT. SIJIL DISEDIAKAN. SIJIL DARI JABATAN KERAJAAN.

YURAN : RM450

PESERTA : 20 ORANG SAHAJA

HUBUNGI : EN KHAIRUDIN (016-220 2425), PN SARAH (016-322 0466), EN TALIB (019-276 6102) EN. AMIN (016-2201549)

SILA TELEFON KAMI DENGAN SEGERA UNTUK BORANG PENYERTAAN DAN PENGESAHAN TEMPAT. SIJIL PENYERTAAN DISEDIAKAN!!!!

PLEASE LEAVE YOUR FEEDBACK/COMMENT HERE

Name:
Email Address:
Phone No
Your Message

AMINAGROTECH FARM 013-222 9976
Nak dapatkan $10 free? Hanya daftar sahaja. Tak perlu keluarkan wang. Tak salah kalau mencuba benda percuma ni. Jangan tunggu lagi! Lawat pasifincome

HUBUNGI KAMI SEGERA UNTUK SEBARANG PERTANYAAN MENGENAI TERNAKAN..TALIAN HAYAT 24 JAM!!

Tuesday, October 9, 2007

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!!!!

Assalamualaikum dan salam ternak....

Semalam saya pergi Serting...pergi kilang FELDA sebab beli pellet kambing...dalam kegembiraan nak sambut syawal...tersentak jugala bila harga pellet biopalma fidlot naik sebanyak rm7.00 jadik rm30 selepas 15/10/2007...ape benda nih??? kata ada subsidi dari kerajaan?? kata nak membantu penternak-penternak?? apa jadik dengan penternak macam saya ni??? projek ternakan kambing yang diusahakan secara kecil-kecilan...tanpa suntikan modal mana-mana...macam mana nak bertahan?? ntahlah...inilah akibatnya bila permintaan melebihi penawaran...bila isu ternakan kambing ni menjadi panas...mulalah masing-masing mengambil kesempatan...masing-masing nak mengaut keuntungan atau lebih senang cakap lagi mencekik darah penternak-penternak.....

Apa jadi bila projek ternakan kambing menjadi terbantut? Projek kambing separuh jalan?? nanti pelbagai alasan diberi...kata penternak tak pandai bela kambingla...sepatutnya bila kita nak kurangkan kadar import daging kambing dari negara luar...sepatutnya kerajaan membantu penternak-penternak ni....penternak macam saya ni....saya bukan hanya mengharapkan subsidi...kalu saya menunggu subsidi...sampai sekarang pun ntah tak nampak lagi bayang kambing....inisiatif dah saya buat...permulaan projek dibuat tanpa bantuan mana-mana...tapi bila harga pellet naik...ubat-ubatan pun naik...kayu naik...semua naik...macam mana dengan sahabat kita di luar sana yang baru memasang impian nak memulakan projek kambing ni???

Subsidi?? ntahla...kalaulah saya berada di Kelantan...rasanya bagus kot sebab JPH sana menghadiahkan 5 ekor kambing pada setiap peserta yang selesai menjalani kursus penternakan kat sana...macam mana dengan JPH lain??? Ada berani buat macam tu?? Ini balik-balik orang yang sama je terima itu-ini...sepatutnya yang dah terima bantuan tu dipantau...sekurang-kurangnya dalam masa 5 tahun dia takleh mintak apa-apa bantuan...sebab nak bagi peluang kat orang lain...ni bebalik muka tu gak yang dapat pinjaman...hishh...apa hukumnya makan hak orang tu ek??

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dan MAAF ZAHIR BATIN. Apa yang saya melalut hari ni ntah...ni semua sebab pellet naik harga la...lantakla...selagi saya boleh bertahan...selagi saya boleh berdikari...selagi itu saya akn teruskan projek renakan kambing ni...selamat raya semua...BERHATI_HATI KETIKA DI JALANRAYA!!

2 comments:

Nasir said...

Betul, harga pallet dah naik. Di Rantau harga pallet kambing RM39, harga pallet lembu (PKC) RM34. Semalam kami adik-beradik tebang pokok untuk tanam rumput Napier. Harap2 boleh kurangkan Pallet.

Mohamad said...

Harga di Bera, September 2007 RM25.00 satu guni >> Oktober 2007 RM28.00 satu guni >> November 2007 RM35.00 satu gini...

Tanam Napier Taiwan .. ada yang hidup .. ada yang tak mahu hidup ..

Pelepah Sawit .. ada baja & racun .. dah korbankan 40 ekor kambing kacukan Boer & kambing kampung... belom musim korban pun lagi ..

Garu kepala ...

Amik Dedak Soya & Dedak barli dari K.L. .. wah wah wah ... harga lori bukan sikit.. tol lagi..

Garu kepala lagi

 

blogger templates | Make Money Online