BUSINESS CARD

KURSUS ASAS PENGURUSAN DAN RAWATAN TERNAKAN KAMBING AKAN KEMBALI!!!

Assalammualaikum dan selamat sejahtera,

Pelaburan minimum yang bakal anda keluarkan untuk memulakan ternakan kambing sekurangnya RM10k. Ada antara bakal penternak yang mengeluh kerana yuran yang kami kenakan terlalu mahal. Tapi fikirkanlah semula dengan jumlah pelaburan yang bakal anda laburkan dengan yuran untuk menyertai kursus ini...tidak sampai atau kurang dari 4%. Jadi fikirkanlah ilmu yang bakal diperolehi dalam kursus kami ini nanti...lakukan langkah yang bijak...jangan salahgunakan modal anda...kami akan berkongsi pengalaman dalam ternakan ini....telefon segera untuk pengesahan tempat.
TARIKH : AKAN DIBERITAHU KELAK

TEMPAT KURSUS:

1) AGROBANK DEVELOPMENT INSTITUTE ( ABADI ) ( Lot 7 Persiaran Institusi, 43000 Kajang, Selangor )

2) KANDANG DE KEBUN SDN BHD, PULAU MERANTI, PUCHONG, SELANGOR.

TEMPAT TINGGAL:
AGROBANK DEVELOPMENT INSTITUTE ( ABADI ) ( Lot 7 Persiaran Institusi, 43000 Kajang, Selangor )

MAKAN/MINUM: DISEDIAKAN SEPANJANG KURSUS

MASA : 8.30 AM SEHINGGA 11.00 MALAM.

PENYERTAAN : TERBUKA KEPADA YANG BERMINAT. SIJIL DISEDIAKAN. SIJIL DARI JABATAN KERAJAAN.

YURAN : RM450

PESERTA : 20 ORANG SAHAJA

HUBUNGI : EN KHAIRUDIN (016-220 2425), PN SARAH (016-322 0466), EN TALIB (019-276 6102) EN. AMIN (016-2201549)

SILA TELEFON KAMI DENGAN SEGERA UNTUK BORANG PENYERTAAN DAN PENGESAHAN TEMPAT. SIJIL PENYERTAAN DISEDIAKAN!!!!

PLEASE LEAVE YOUR FEEDBACK/COMMENT HERE

Name:
Email Address:
Phone No
Your Message

AMINAGROTECH FARM 013-222 9976
Nak dapatkan $10 free? Hanya daftar sahaja. Tak perlu keluarkan wang. Tak salah kalau mencuba benda percuma ni. Jangan tunggu lagi! Lawat pasifincome

HUBUNGI KAMI SEGERA UNTUK SEBARANG PERTANYAAN MENGENAI TERNAKAN..TALIAN HAYAT 24 JAM!!

Tuesday, March 25, 2008

STOK BULAN MAC 2008 HABIS DIJUAL!!!



Assalammualaikum dan selamat sejahtera!!!


Sukacita dimaklumkan stok kambing kami (jamnapari cross, kampung) telah habis...terima kasih kepada En Nasir, Kak Yati, En Ahmad...dan lain-lain. (maaf jika saya tak sebut dalam ni). Kepada yang telah menelefon/tempah, saya harap bersabar dengan ketibaan kambing yang dijangka 3-4 hari lagi. Kami akan membawa masuk dalam 60 ekor jamnapari dan boer cross f3/f4 (jumlah belum ditentukan). Saya akan beritahu melalui sms dan juga update dalam blog sekiranya stok baru tiba. Terima kasih sekali lagi atas sokongan Tuan-tuan dan Puan-puan semua. Rata-rata mereka berpuashati dengan produk kami dan ada juga yang datang semula untuk membeli kambing dari kami...TERIMA KASIH DI ATAS KEPERCAYAAN ANDA KEPADA KAMI. Kepada yang ingin berjumpa dengan saya, tetapi tidak kesampaian..ampun dan maaf saya pohonkan dan InsyaALLAH..ada rezeki nanti kita akan berjumpa. Jumpa lagi.


Thursday, March 20, 2008

STOK BULAN MARCH!!! SAPU COPEK!!!

Assalammualaikum dan selamat sejahtera,

Maaf sebab lama dah tak update blog ni...lepas pilihanraya jek terus automatik jadik bz...hehehe...bukan bz berpolitik...bz berguru ilmu perkambingan...bz menyambut kedatangan pelawat ke kandang..sebenarnya..kalu kita pandai plan kerja...takde bz mana pun..hehehehe..nantilah saya cerita di topik yang lain...di sini saya cuma nak bagitau...STOK KAMBING DI PULAU MERANTI, PUCHONG....

1. JAMNAPARI CROO JAWARANDO (20 EKOR) - RM600 KE BAWAH

2. BOER BETINA F3/F4/F5 (14 EKOR) - RM1100 KE BAWAH

3. KAMBING KAMPUNG (10 EKOR) - RM450 KE BAWAH

Itu aje stok yang tinggal...stok pada tarikh 19/03/2008...semalam cuti sambutan Maulidur Rasul..ramai yang datang kandang...takut ade yang dah kena sapu...hehehe...takpe..nanti saya update lagi...Salam...

Wednesday, March 5, 2008

ARAH TUJU TERNAKAN KAMBING

Assalammualaikum dan selamat sejahtera,

Salam buat semua penternak...ok..macam biasa...terima kasih pada yang datang kekandang saya minggu ni...bro tamsir, bro danial dan bonda, bro rizal, bro zali, mr cheng, mr anand, mr yong, bro ramlan dan bro azizi....diaorang ni ade yang datang tu kata memula nak belajar je...sampai je kandang terus sibuk pilih kambing nak beli...hehehe...anyway...terima kasih banyak...pada yang membeli...dan terima aksih juga pada yang tak membeli kerana sudi datang...tanpa anda semua...SIAPALAH KAMI!!!

Baiklah...ramai juga penternak baru yang bertanya..apa sebenarnya arah tuju dalam ternakan kambing ni?? Bila saya dah ade stok banyak esok kat mana saya nak jual?? Sapa yang nak beli kambing boer saya yang memahal ni?? Kalau kandang saya kat tengah-tengah KLCC tu senang la jugak saya nak jual...hehehe...memacam persoalan...dan saya akan cuba menjawab sebaik mungkin...sebenarnya sebelum kita memulakan projek kambing ni...patutnya kita dah ada perancangan...ok...bila sebut perancangan plak..bunyi macam senang...nak laksanakan?? Macam mana??? Macam mana nak promote kambing yang dah berlambak dalam kandang?? Hehehe...betul juga...realitinya penternak macam saya ni yang independent...saya ulang sekali lagi independent...tanpa modal/dana untuk buat marketing...macam mana saya jual kambing? Saya kena harapkan agensi kerajaan yang sepatutnya membantu promosi ternakan kita ke??Macam mana setiap bulan...saya kena ambil/beli kambing dari importer sebab yang dalam kandang dah kena borong?? Rahsia?? Takde saya nak rahsia...yang paling utama...kita kena percaya...rezeki tu dari ALLAH....pastu kenalah berusaha...camne?? Saya jumpa orang..tebalkan muka promote bisnes kambing pada rakan-rakan, promote menggunakan blog macam ni...gantung banner sana-sini (belum banyak lagi)...edar name card...sebab itu aje yang saya mampu lakukan kerana saya masih bekerja...tapi...ALHAMDULILLAH...kalu niat kita baik...sambil berniaga sambil membantu orang...ALLAH akan permudahkan urusan kita...percayalah...sebab ini dah berlaku pada saya sendiri...

Dulu saya nak datang belajar kat kandang orang lain...ade yang halau...ade yang buat endah tak endah...tapi takpe...atas kesedaran itu...sekarang ni sesapa juga...penternak atau bakal penternak, atau yang masih dalam perancangan nak menternak...saya alu-alukan kedatangan mereka...takpe...biar saya penat sikit...semuanya saya layan sama rata...sama-sama rasa kopi-o kat kandang...hehehe....hasilnya...ALLAH permudahkan pintu rezeki saya...itu aje. So di sini saya nak seru pada diri saya dan rakan penternak lain...kalu kita dah berjaya, dah kat puncak..tengok-tengokla sikit orang kat bawah...sebab mereka juga macam kita masa baru nak mulakan ternakan kambing dulu...marilah sesama membantu...agar sama-sama dapat manfaat...InsyaALLAH. Maaf kalau ada yang terasa dengan penulisan saya kali ni sebab ada yang sms saya agar tidak terlalu lantang untuk bersuara dalam ni....saya cuma beritahu apa yang saya alami...apa yang saya lalui...agar menjadi panduan pada lain...yang baik sesama kita ambil...dan yang buruk tu memang dari diri saya sendiri...jumpa lagi!!

Monday, March 3, 2008






Ado lagi ni haa.....bila la kambing-kambing nih nak meletup ye...memasing dah macam tak larat nak bawak perut...itu gambar sepupu saya...sebab ada yang kata itu saya...hehehe...okla...ape-apepun..layan gambar ni semua...dan untuk pengetahuan semua...kambing saya tak perlu ubat yang mahal untuk jadik gemuk...tak perlu makanan yang mahal untuk kelihatan cantik...saya cuma bagi soya pellet biasa je...ubat yang ada cuma ubat cacing, iodine, maggot spray, ubat kurap...itu aje...saya banyak gunakan kaedah tradisional...selain murah...ia juga membuatkan saya lebih pandai menghargai khazanah alam semulajadi...jumpa lagi!!! Selamat menternak!!!

Sunday, March 2, 2008






Salam ternak....
Terima kasih pada yang masih setia membuka blog saya yang tak seberapa ni...minggu lepas saya balik ke kampung di Rembau kerana urusan pembinaan kandang baru..penat tu...tapi bila tengok kambing merayau masa tengah buat kerja tu...sejuk hati...hilang rasa penat...okla...sila layan gambar di Pusat Ternakan Mini Kambing Boer!!!

 

blogger templates | Make Money Online