KURSUS ASAS PENGURUSAN DAN RAWATAN TERNAKAN KAMBING AKAN KEMBALI!!!
Pelaburan minimum yang bakal anda keluarkan untuk memulakan ternakan kambing sekurangnya RM10k. Ada antara bakal penternak yang mengeluh kerana yuran yang kami kenakan terlalu mahal. Tapi fikirkanlah semula dengan jumlah pelaburan yang bakal anda laburkan dengan yuran untuk menyertai kursus ini...tidak sampai atau kurang dari 4%. Jadi fikirkanlah ilmu yang bakal diperolehi dalam kursus kami ini nanti...lakukan langkah yang bijak...jangan salahgunakan modal anda...kami akan berkongsi pengalaman dalam ternakan ini....telefon segera untuk pengesahan tempat.
TARIKH : AKAN DIBERITAHU KELAK
TEMPAT KURSUS:
1) AGROBANK DEVELOPMENT INSTITUTE ( ABADI ) ( Lot 7 Persiaran Institusi, 43000 Kajang, Selangor )
2) KANDANG DE KEBUN SDN BHD, PULAU MERANTI, PUCHONG, SELANGOR.
TEMPAT TINGGAL:
AGROBANK DEVELOPMENT INSTITUTE ( ABADI ) ( Lot 7 Persiaran Institusi, 43000 Kajang, Selangor )
MAKAN/MINUM: DISEDIAKAN SEPANJANG KURSUS
MASA : 8.30 AM SEHINGGA 11.00 MALAM.
PENYERTAAN : TERBUKA KEPADA YANG BERMINAT. SIJIL DISEDIAKAN. SIJIL DARI JABATAN KERAJAAN.
YURAN : RM450
PESERTA : 20 ORANG SAHAJA
HUBUNGI : EN KHAIRUDIN (016-220 2425), PN SARAH (016-322 0466), EN TALIB (019-276 6102) EN. AMIN (016-2201549)
SILA TELEFON KAMI DENGAN SEGERA UNTUK BORANG PENYERTAAN DAN PENGESAHAN TEMPAT. SIJIL PENYERTAAN DISEDIAKAN!!!!
PLEASE LEAVE YOUR FEEDBACK/COMMENT HERE
HUBUNGI KAMI SEGERA UNTUK SEBARANG PERTANYAAN MENGENAI TERNAKAN..TALIAN HAYAT 24 JAM!!
Friday, November 7, 2008
KURSUS ASAS TERNAKAN KAMBING ANJURAN DE KEBUN DITUNDA!!
Posted by AMIN AGROTECH FARM (SA0061956-W) at 7:33 AMAssalammualaikum dan selamat sejahtera....
Pertama sekali saya nak umumkan bagi pihak DE KEBUN SDN BHD, Kursus Asas Ternakan Kambing yang dijadualkan pada 27/11 - 30/11 telah ditunda ke suatu tarikh yang akan diberitahu kemudian. Harap maaf.
Baiklah...saya nak cerita sikit je kali ni...sebab dah lama tak menaip dalam blog ni....terima kasih yang tak terhingga pada sahabat yang sudi melawat ke kandang kami di Pulau Meranti...terima kasih pada pelanggan setia kami yang masih membeli dengan kami walaupun tahu terdapat kambing yang dijual yang lebih murah dari kami...menyentuh soal kambing murah atau mahal ni kekadang tu susah juga nak tafsirkan kalu tak tengok sendiri kambing yang hendak dibeli tu....pada saya ada sebab penternak jual murah dan ade sebab penternak jual mahal...jadi sekarang ni terpulang pada individu tertentu untuk menjadi pengguna yang bijak...(ceh...macam iklan KPDN plak...nak promote skit je). Bagi sahabat penternak yang masih baru...banyakkan membaca atau melawat ke kandang-kandang berhampiran untuk belajar serba sedikit mengenai kambing ni sebelum membuat keputusan membeli kambing yang mahal atau murah.
Ok...sekarang ni...ramai juga yang menelefon saya untuk bertanya pasal kambing ni...dari segi penjagaan hingga ke peringkat pemasaran....kalu bab penjagaan ni bolehla sikit-sikit saya bagi laluan walaupun ilmu tak tinggi mana...tapi kalu ade yang bertanya berkaitan pemasaran ni...ada berat sikit....susah nak cakap...sebenarnya untuk membina sebuah nama yang tidak dikenali sehingga ke hari ini....saya sebenarnya masih berusaha keras tak kira siang atau malam...sentiasa mencari peluang-peluang pemasaran yang ada...dan selebihnya saya bertawakal kepada ALLAH S.W.T. InsyaAllah...setiap usaha yang anda lakukan...ada ganjarannya...walaupun ganjaran itu bukan berbentuk kebendaan di dunia...harapan saya semoga ilmu yang bermanfaat ini akan membantu saya di akhirat nanti...InsyaAllah. Jumpa lagi.
0 comments:
Post a Comment