KURSUS ASAS PENGURUSAN DAN RAWATAN TERNAKAN KAMBING AKAN KEMBALI!!!
Pelaburan minimum yang bakal anda keluarkan untuk memulakan ternakan kambing sekurangnya RM10k. Ada antara bakal penternak yang mengeluh kerana yuran yang kami kenakan terlalu mahal. Tapi fikirkanlah semula dengan jumlah pelaburan yang bakal anda laburkan dengan yuran untuk menyertai kursus ini...tidak sampai atau kurang dari 4%. Jadi fikirkanlah ilmu yang bakal diperolehi dalam kursus kami ini nanti...lakukan langkah yang bijak...jangan salahgunakan modal anda...kami akan berkongsi pengalaman dalam ternakan ini....telefon segera untuk pengesahan tempat.
TARIKH : AKAN DIBERITAHU KELAK
TEMPAT KURSUS:
1) AGROBANK DEVELOPMENT INSTITUTE ( ABADI ) ( Lot 7 Persiaran Institusi, 43000 Kajang, Selangor )
2) KANDANG DE KEBUN SDN BHD, PULAU MERANTI, PUCHONG, SELANGOR.
TEMPAT TINGGAL:
AGROBANK DEVELOPMENT INSTITUTE ( ABADI ) ( Lot 7 Persiaran Institusi, 43000 Kajang, Selangor )
MAKAN/MINUM: DISEDIAKAN SEPANJANG KURSUS
MASA : 8.30 AM SEHINGGA 11.00 MALAM.
PENYERTAAN : TERBUKA KEPADA YANG BERMINAT. SIJIL DISEDIAKAN. SIJIL DARI JABATAN KERAJAAN.
YURAN : RM450
PESERTA : 20 ORANG SAHAJA
HUBUNGI : EN KHAIRUDIN (016-220 2425), PN SARAH (016-322 0466), EN TALIB (019-276 6102) EN. AMIN (016-2201549)
SILA TELEFON KAMI DENGAN SEGERA UNTUK BORANG PENYERTAAN DAN PENGESAHAN TEMPAT. SIJIL PENYERTAAN DISEDIAKAN!!!!
PLEASE LEAVE YOUR FEEDBACK/COMMENT HERE
HUBUNGI KAMI SEGERA UNTUK SEBARANG PERTANYAAN MENGENAI TERNAKAN..TALIAN HAYAT 24 JAM!!
Monday, December 15, 2008
PEJANTAN BOER UNTUK DIJUAL!!!! MANTAP!!!!
0 comments Posted by AMIN AGROTECH FARM (SA0061956-W) at 7:46 AMAssalammualaikum dan selamat sejahtera....
Ni ada pejantan boer fullblood untuk dijual siap sijil kelahiran...umur 2 tahun...harga RM3300 dirunding...lokasi di Kuala Pilah....sila telefon Abg Idris...019-332 3268...bro ni pun jual keta TOYOTA...kalu ade yang nak order HILUX ke...call dia pun bolehhhhh.....
Thursday, December 11, 2008
Assalammualaikum dan selamat sejahtera,
Maafkan saya kerana sudah lama tidak update blog ni...tapi kegiatan berkaitan kambing berjalan seperti biasa...banyak berita baik dan kurang baik diperolehi kebelakangan ini, namun berputus-asa atau berundur jauh sekali...kerana sekali saya melangkah ke hadapan...saya akan terus maju ke hadapan...InsyaAllah. Terima kasih kepada yang menelefon saya...membeli kambing...melawat ladang...kepada yang sms saya...harap maaf sekiranya saya tidak sempat membalasnya. Kerana kekadang sms diterima semasa saya sedang drive atau tidur (ni waktu tengah malam atau awal pagi)..sehingga saya terlupa untuk membalasnya. Sekiranya terdapat urusan yang penting, harapan semoga sahabat atau penternak segera menelefon saya. Sukacita dimaklumkan...sempena Aidiladha ini..kambing kami habis diborong...dan dalam masa terdekat ini kami akan menambah semula bilangan kambing yang telah dijual...nanti tak ade keje plak bebudak kat kandang tu...hehehe....Alhamdulillah...semoga Tahun 2009 nanti...perniagaan kami akan terus maju dan maju...terima kasih atas sokongan anda semua.
Okla...saya nak beritahu bahawa kami (DE KEBUN SDN BHD) akan berada di SELANGOR RIA 2008...bertempat di Stadium Shah Alam...dari 13/12 sehingga 21/12/2008...dari pagi sampai malam...jumpa anda semua di sana ye....wassalam.
Sunday, November 9, 2008
JUALAN HILANG ARAH PENGHUJUNG TAHUN!!!
2 comments Posted by AMIN AGROTECH FARM (SA0061956-W) at 10:17 AMBoer F4 dari Australia......
KAMBING UNTUK DIJUAL! JUALAN HUJUNG TAHUN!!
0 comments Posted by AMIN AGROTECH FARM (SA0061956-W) at 10:09 AMAssalammualaikum dan selamat sejahtera,
Jualan kambing di penghujung tahun 2008....sila lihat sendiri baka yang terbaik dari kami....anda dijemput untuk datang ke ladang pada bila-bila masa...sila telefon dahulu...terima kasih.
AHLI LEMBAGA PENGARAH DE KEBUN SDN BHD
1 comments Posted by AMIN AGROTECH FARM (SA0061956-W) at 10:02 AMAssalammualaikum dan selamat sejahtera,
Diperkenalkan buat julung kali dalam blog ini...kat luar mungkin ramai penternak yang kenal kot...hehehe....partner saya dalam industri ternakan ini dan sekarang kami bernaung di bawah nama DE KEBUN SDN. BHD. Sila 'enjoy' gambar tersebut...
Friday, November 7, 2008
KURSUS ASAS TERNAKAN KAMBING ANJURAN DE KEBUN DITUNDA!!
0 comments Posted by AMIN AGROTECH FARM (SA0061956-W) at 7:33 AMAssalammualaikum dan selamat sejahtera....
Pertama sekali saya nak umumkan bagi pihak DE KEBUN SDN BHD, Kursus Asas Ternakan Kambing yang dijadualkan pada 27/11 - 30/11 telah ditunda ke suatu tarikh yang akan diberitahu kemudian. Harap maaf.
Baiklah...saya nak cerita sikit je kali ni...sebab dah lama tak menaip dalam blog ni....terima kasih yang tak terhingga pada sahabat yang sudi melawat ke kandang kami di Pulau Meranti...terima kasih pada pelanggan setia kami yang masih membeli dengan kami walaupun tahu terdapat kambing yang dijual yang lebih murah dari kami...menyentuh soal kambing murah atau mahal ni kekadang tu susah juga nak tafsirkan kalu tak tengok sendiri kambing yang hendak dibeli tu....pada saya ada sebab penternak jual murah dan ade sebab penternak jual mahal...jadi sekarang ni terpulang pada individu tertentu untuk menjadi pengguna yang bijak...(ceh...macam iklan KPDN plak...nak promote skit je). Bagi sahabat penternak yang masih baru...banyakkan membaca atau melawat ke kandang-kandang berhampiran untuk belajar serba sedikit mengenai kambing ni sebelum membuat keputusan membeli kambing yang mahal atau murah.
Ok...sekarang ni...ramai juga yang menelefon saya untuk bertanya pasal kambing ni...dari segi penjagaan hingga ke peringkat pemasaran....kalu bab penjagaan ni bolehla sikit-sikit saya bagi laluan walaupun ilmu tak tinggi mana...tapi kalu ade yang bertanya berkaitan pemasaran ni...ada berat sikit....susah nak cakap...sebenarnya untuk membina sebuah nama yang tidak dikenali sehingga ke hari ini....saya sebenarnya masih berusaha keras tak kira siang atau malam...sentiasa mencari peluang-peluang pemasaran yang ada...dan selebihnya saya bertawakal kepada ALLAH S.W.T. InsyaAllah...setiap usaha yang anda lakukan...ada ganjarannya...walaupun ganjaran itu bukan berbentuk kebendaan di dunia...harapan saya semoga ilmu yang bermanfaat ini akan membantu saya di akhirat nanti...InsyaAllah. Jumpa lagi.
Thursday, October 30, 2008
KANDANG BAJET (KHAS UNTUK ANAK JANTAN)
0 comments Posted by AMIN AGROTECH FARM (SA0061956-W) at 2:15 AMAssalammualaikum dan selamat sejahtera...
Kali ni saya nak tunjukkan plak kandang kambing saya yang paling low cost...macam rumah low cost plak...tapi yang penting...kambing tu selesa, sihat dan terus hidup...saya juga telah menambah 2 ekor anak kalahari...dan diharap akan beranak pada bulan Disember ini...InsyaAllah...
MASUK KANDANG KAMBING...MENGEMBEEKKK..
0 comments Posted by AMIN AGROTECH FARM (SA0061956-W) at 2:07 AMAssalammualaikum dan selamat sejahtera...
Ni gambar yang saya ambil semasa bulan puasa yang lalu...kambing pun nampak kurus sikit...mungkin ikut berpuasa agaknya...cabaran dan dugaan menjaga kambing di bulan puasa...hanya ALLAH sahaja yang tahu......
Friday, August 15, 2008
MAHA 2008 (DE KEBUN & AMINAGROTECH)
3 comments Posted by AMIN AGROTECH FARM (SA0061956-W) at 2:27 AMAssalammualaikum dan selamat sejahtera,
Ada sesapa yang dah pergi MAHA 2008??? Fuhh...sambutannya memang hebat...tak tahu la apa kan jadi pada hari Sabtu dan Ahad ni kan??? Mesti kena serbu punya. Pada sahabat yang sudi datang ke booth kami...ada yang semata-mata ingin berjumpa dengan saya...kami mengucapkan ribuan terima kasih...ampun dan maaf sekiranya layanan kami tidak memuaskan...sedaya upaya kami menjawab segala pertanyaan dan melayan tetamu yang hadir...bagi yang belum pergi...atau yang nak pergi nanti...JANGAN LUPA SINGGAH YE!!!!
Daging segar??? Hehehehe...nantikan kemunculannya secara besar-besaran..
Ni antara student yang praktikal di ladang kami...bro Zaidi...sedang melayan tetamu..
Tuesday, August 12, 2008
PUSAT TERNAKAN MINI BOER REMBAU (6)
1 comments Posted by AMIN AGROTECH FARM (SA0061956-W) at 2:40 AMAssalammualaikum dan selamat sejahtera...
Kenapa kali ni banyak sangat gambar kambing jantan eh...hehehehe....ntahla...jinak beno kambing tu masa saya datang amik gambar....ade 4 ekor anak jantan yang mempunyai ciri-ciri serupa dengan bapak dia...mmm.....layan je la...maaf...gambar saya terpaksa di edit atas sebab-sebab keselamatan...hehehehe.....
Merenung masa depan....ntah dapat tak aku balik Australia semula ye....
Sorila....muka Tuan dia kena tutup....(pemalu jugak Tuan aku ni rupenye)
Ala timang sini....meh sini dukung meh...
Kiss satu kali boleh?? Bahaya woo...nanti orang ingat lain plak...
Monday, August 11, 2008
PUSAT TERNAKAN MINI BOER REMBAU (5)
0 comments Posted by AMIN AGROTECH FARM (SA0061956-W) at 11:32 PMAssalammualaikum dan selamat sejahtera....
Kali ni memang saya nak letak gambar kambing aje bebanyak....kasi racun sikit sesapa yang baru nak bela tu...atau yang masih teragak-agak nak bela...saya jangkakan...sehingga hujung tahun ni...kambing saya akan mencapai 100 ekor di Rembau...InsyaAllah....okla...layan....
Anak pun dah nak sama tinggi ngan ibu....
Mana satu anak aku ni??? Dah semuanya kepala coklat aje....
Makan time....alamak...tinggal kerak je untuk aku????
Dengar sini semua penduduk Mini Boer....saya umumkan...esok kita makan maggi....hahaha
PUSAT TERNAKAN MINI BOER REMBAU (4)
0 comments Posted by AMIN AGROTECH FARM (SA0061956-W) at 11:25 PMAssalammualaikum dan selamat sejahtera....
Ini antara gambar anak-anak kambing yang sepatutnya dah jadik gred F5.....ade yang 3-4 bulan....malangnya...sudah dibooking sebanyak 10 ekor anak jantan....anak betina TIDAK DIJUAL!!!!
Hishhh....mana pegi mak aku ni??? Tolong!!!
Antara banyak2 kat sini...akula yang paling comel....
Mak aih...macam angkat guni beras....maaf...saya tak sempat nak timbang....