KURSUS ASAS PENGURUSAN DAN RAWATAN TERNAKAN KAMBING AKAN KEMBALI!!!
Pelaburan minimum yang bakal anda keluarkan untuk memulakan ternakan kambing sekurangnya RM10k. Ada antara bakal penternak yang mengeluh kerana yuran yang kami kenakan terlalu mahal. Tapi fikirkanlah semula dengan jumlah pelaburan yang bakal anda laburkan dengan yuran untuk menyertai kursus ini...tidak sampai atau kurang dari 4%. Jadi fikirkanlah ilmu yang bakal diperolehi dalam kursus kami ini nanti...lakukan langkah yang bijak...jangan salahgunakan modal anda...kami akan berkongsi pengalaman dalam ternakan ini....telefon segera untuk pengesahan tempat.
TARIKH : AKAN DIBERITAHU KELAK
TEMPAT KURSUS:
1) AGROBANK DEVELOPMENT INSTITUTE ( ABADI ) ( Lot 7 Persiaran Institusi, 43000 Kajang, Selangor )
2) KANDANG DE KEBUN SDN BHD, PULAU MERANTI, PUCHONG, SELANGOR.
TEMPAT TINGGAL:
AGROBANK DEVELOPMENT INSTITUTE ( ABADI ) ( Lot 7 Persiaran Institusi, 43000 Kajang, Selangor )
MAKAN/MINUM: DISEDIAKAN SEPANJANG KURSUS
MASA : 8.30 AM SEHINGGA 11.00 MALAM.
PENYERTAAN : TERBUKA KEPADA YANG BERMINAT. SIJIL DISEDIAKAN. SIJIL DARI JABATAN KERAJAAN.
YURAN : RM450
PESERTA : 20 ORANG SAHAJA
HUBUNGI : EN KHAIRUDIN (016-220 2425), PN SARAH (016-322 0466), EN TALIB (019-276 6102) EN. AMIN (016-2201549)
SILA TELEFON KAMI DENGAN SEGERA UNTUK BORANG PENYERTAAN DAN PENGESAHAN TEMPAT. SIJIL PENYERTAAN DISEDIAKAN!!!!
PLEASE LEAVE YOUR FEEDBACK/COMMENT HERE
HUBUNGI KAMI SEGERA UNTUK SEBARANG PERTANYAAN MENGENAI TERNAKAN..TALIAN HAYAT 24 JAM!!
Sunday, April 20, 2008
STOK APRIL HABIS...TERIMA KASIH!!!!
1 comments Posted by AMIN AGROTECH FARM (SA0061956-W) at 6:13 PMAssalammualaikum...dan selamat sejahtera...
Sukacita dimaklumkan...STOK KAMBING UNTUK DIJUAL SUDAH HABIS!!! UPDATE PADA 20/4/2008. Hanya tinggal dalam 20 ekor jamnapari cross jawarando!!! Pejantan dan induk boer habis!!! Jamnapari juga tinggal sedikit.
Terima kasih kepada sahabat yang datang melawat (pelawat atau pembeli di kandang kami saya anggap sebagai sahabat). Terima kasih kepada return customer kami..terima kasih kepada yang sanggup datang dari NEGARA JIRAN...terima kasih kepada yang membawa pembeli ke kandang kami...Terima kasih kepad semua yang menyokong kami...dan yang paling penting....TERIMA KASIH ALLAH!!! Atas segala nikmat dan rezeki dari-MU..
Untuk keempat kalinya...dalam masa 4 bulan..kandang kami kehabisan stok!!! Kami terpaksa tunggu batch bulan MEI. Diharap sahabat semua bersabar kerana untuk bulan Mei ini dijangkakan kami akan membawa stok yang lebih banyak...kerana terdapat beberapa sahabat yang sedang menunggu untuk memasukkan kambing ke kandang mereka pertama kalinya..
Di sini boleh saya nak buat kesimpulan sedikit berkaitan strategi pemasaran supaya menjadi panduan bagi semua penternak..yang baru atau yang lama...
Saya perhatikan...kambing jamnapari merupakan baka yang lebih laju penjualannya berbanding boer...mungkin disebabkan harga yang lebih murah...di samping itu..kami juga menawarkan khidmat nasihat secara PERCUMA kepada penternak yang kebanyakannya adalah penternak baru....AFTER SALES SERVICE...hehehe...bermaksud..kami akan cuba sedaya kami memantau kambing-kambing yang dibeli daripada kandang kami...supaya juga menjadi rujukan kepada kami berkenaan kualiti kambing yang dibawa masuk...sekiranya kambing tersebut bermasalah...kami akan cuba mencari sumber dari importer yang berlainan...seperti anda semua yang mempunyai banyak pilihan dalam membeli kambing...kami juga mempunyai pelbagai pilihan pengimport kambing yang menawarkan kambing yang berkualiti pada harga yang kompetitif.
Okla...berjumpa lagi di lain kali...sebelum terlupa..ucapan terima kasih saya pada sahabat yang datang berjumpa atau sekadar menelefon meminta bantuan khidmat nasihat...sebenarnya dalam hal penjagaan atau rawatan kambing ini...kita kena bersama-sama belajar....bukan maksudnya saya sudah lama dalam bidang ini boleh mendabik dada kepada orang baru..tapi pada saya...semakin banyak yang saya belajar pasal kambing...semakin banyak sebenarnya yang saya tak tahu!!! Tolonglah saya juga!!!! Hehehehe....Jumpa lagi..Berhati-hati di Jalanraya!!!
Thursday, April 17, 2008
MISTERIA DI REMBAU!! PUSAT TERNAKAN MINI BOER BERHANTU!!
0 comments Posted by AMIN AGROTECH FARM (SA0061956-W) at 12:05 AMWednesday, April 16, 2008
PROJEK TERNAKAN MAMPU MILIK KINI BERKEMBANG!!
0 comments Posted by AMIN AGROTECH FARM (SA0061956-W) at 11:42 PMTuesday, April 15, 2008
BUDAK NAKAL DI KURSUS TERNAKAN KAMBING ANJURAN BANK PERTANIAN MALAYSIA
1 comments Posted by AMIN AGROTECH FARM (SA0061956-W) at 9:19 PMAssalammualaikum dan selamat sejahtera...
Hari ini dalam sejarah!!! Buat pertama kalinya...selepas berkecimpung selama setahun setengah dalam bidang ternakan...saya menyertai kursus ternakan kambing...itupun sebab mengganti sahabat yang tidak sihat...itu pun sebab bayaran dia rm20 je...itu pun orang yang belanja...hehehehe...kursus selama 3 hari ni pada saya okla...usahasama antara Al-Barakah dan Bank Pertanian Malaysia..dapatla kenal beberapa penternak..boleh juga berkongsi idea dan pengalaman..itulah gunanya kursus...tapi kenapa kursus mahal sangat biasanya?? Sendiri mau ingatla...kebanyakan yang menceburi bidang ternakan ni orang kampung..atau orang yang ingin mencari pendapatan tambahan...kalau harga satu kursus dah sama dengan kambing boer...dah terbantut rancangan diaorang nak pergi kursus termasuk saya...itu sebabnya..saya mengalu-alukan penternak baru atau lama..atau sesiapa sahaja yang ingin belajar dengan saya...silakan..jemput datang ke kandang saya...dengan ilmu saya yang tak seberapa ni...sekurang-kurangnya dapatlah sedikit gambaran mengenai projek ternakan kambing...so..apa lagi...telefon la cepat!!! Jumpa lagi...wassalam.
ANAK KAMBING DI PUSAT TERNAKAN MINI BOER!!
0 comments Posted by AMIN AGROTECH FARM (SA0061956-W) at 3:15 AMAssalammualaikum dan selamat sejahera!!
Lagi sekali saya masukkan gambar anak kambing untuk tatapan anda semua...penantian saya selama ini berakhir...hampir 80% induk dara melahirkan anak kembar...rahsianya?? Lu pikirla sendiri!!!! hehehe...sori gurau...Anak lahir kembar atau tidak..itu kuasa ALLAH..Dia Maha Pencipta...Dia juga Maha Mengasihani....terima kasih ALLAH!!! Kita mampu merancang...ALLAH jua menentukan...hari ini Dia bagi kita kesenangan...bebila juga kegembiraan itu boleh ditarik semula...maka sentiasalah kita bersyukur atas segala pemberian-Nya...okla...sila layan gambar ni...PANAS!! PANAS!!!
Lihatlah...kasih ibu pada anaknya...dengan kuasa ALLAH...kambing yang tidak mempunyai akal fikiran juga tahu menyayangi anak....
Apa la yang dicarinya tu....panjang tak badan anak kambing ni?
Bermain-main sebelum masuk waktu Maghrib....
Manala ibu aku ni...tadi ada kat sini...kejap je dah hilang??
Assalammualaikum dan selamat sejahtera,
Dah lama rasanya saya tak update blog ni...walaupun begitu masih ada juga pelawat yang sudi ke mari...terima kasih diucapkan...bulan April ni adalah bulan yang paling sibuk bagi diri saya...apa taknya..kambing boer yang selama ini asyik dok bagi makan je...beranak berturut-turut..bermula petang 1/4/2008..saya menerima panggilan dari pakcik saya mengatakan kambing beranak kembar 2 dari 2 induk...dan dalam hati ni masih ragu-ragu...takkanlah pakcik saya ni nak memain...maklumla april fool...hehehe...dan semenjak itu...kelahiran anak kambing yang tak putus-putus sehingga 13/4/2008 lepas...di anggarkan masih ade 2-3 ekor lagi induk yang belum bersalin..oklah..ini dia antara gambar anak kambing yang sempat saya rakam...baru berusia kurang seminggu...nanti saya masukkan lagi ye...layan!!!!
Antara induk boer yang sudah sihat kembali selepas melahirkan anak...
Anak kambing ni cukup lincah...so petang tu sengaja saya keluarkan mereka dari kandang...
Ini antara anak jantan yang menyerlah...cuba perhatikan kedutan pada leher tu...mengikut genetik bapak boer...
Wednesday, April 2, 2008
SALAM TERNAK SEMUA!!!
STOK JAMNAPARI CROSS JAWARANDO BARU TIBA 60 EKOR...HARGA RM600 KE BAWAH....PEJANTAN JAMNAPARI TULEN ADA 3 EKOR...HARGA RM3000 KE BAWAH....
Terima kasih saya ucapkan pada return customer kami...En. Nasir, En. Lan dan Bro Syam yang awal-awal lagi menempah stok kambing yang baru tiba....pada mereka yang berminat...sila telefon untuk memilih baka terbaik dan berpatutan bersesuaian dengan budget anda...jumpa lagi!!