SEARCH ENGINE!! FIND ANYTHING HERE!!!

Custom Search

NANTIKAN KURSUS DARI KAMI!!!!!

Assalammualaikum dan selamat sejahtera,

Kursus telah berjalan dengan jayanya...Terima kasih kepada semua peserta yang terlibat!!!!!
Nantikan kursus kami selepas ini...saya akan masukkan komen-komen peserta secara ekslusif dalam blog ini!!!

TARIKH :

TEMPAT : LADANG/KANDANG DE KEBUN SDN BHD, PULAU MERANTI. LADANG TERNAKAN BERKONSEPKAN MAMPU MILIK (SILA RUJUK ALAMAT/PETA DI BAWAH)

MASA : 8.30 PAGI HINGGA 6.00 PETANG

PENYERTAAN : TERBUKA KEPADA YANG BERMINAT

YURAN :

PESERTA :

HUBUNGI : DIN ROCK (016-220 2425), SARAH RAISUDIN (016-322 0466), USTAZ TALIB HAYY (019-276 6102)

SILA TELEFON KAMI DENGAN SEGERA UNTUK BORANG PENYERTAAN DAN PENGESAHAN TEMPAT. PENCERAMAH JEMPUTAN DARI BADAN-BADAN PERTANIAN DAN PENTERNAKAN.

HUBUNGI KAMI SEGERA UNTUK SEBARANG PERTANYAAN MENGENAI TERNAKAN..TALIAN HAYAT 24 JAM!!

BUSINESS CARD

AMINAGROTECH & DE' KEBUN

AMINAGROTECH & DE' KEBUN
Kandang di Pulau Meranti, Puchong..STOK KAMBING TINGGAL SEDIKIT!! KAMBING KAMI DIBORONG HABIS!!! TERIMA KASIH.

PLEASE LEAVE YOUR FEEDBACK/COMMENT HERE

Name:
Email Address:
Phone No
Your Message

AMINAGROTECH FARM 013-222 9976

Thursday, May 28, 2009

KURSUS MEMPROSES BAJA ORGANIK!!! HANYA RM150

Assalammualaikum dan selamat sejahtera,

Maaf kerana terlalu lama tidak update blog ni...ya..saya masih menternak kambing...hehehe...sampaikan ada sahabat yang kata saya dah tutup...dah xnak bela...sukacita dimaklumkan bahawa saya sekarang di bawah DE KEBUN SDN. BHD. Dan kami masih berjuang dalam industri ternakan ini walaupun mendapat khabar yang kurang menyenangkan mengenai sahabat lain yang terpaksa mengundurkan diri dari ternakan kambing ini...tapi apa boleh saya buat? Saya cuma mampu membantu sekadar yang termampu....xpe...saya doakan sahabat-sahabat tersebut akan berjaya juga di kemudian hari...InsyaAllah.

Ok...sebab esok saya akan berangkat ke Jepun...dan berada di sana selama 3 minggu...saya ingin memberitahu kepada sahabat-sahabat yang berminat untuk menyertai KURSUS MEMPROSES BAJA ORGANIK DARI TINJA KAMBING...sila lihat butir-butir di atas...kursus yang dijadualkan pada 27 Jun 2009...buat julung-julung kali diadakan setelah menerima banyak permintaan untuk menganjurkan kursus seperti tersebut...dan untuk pengetahuan semua...bayarannya cuma RM150 dan tempat adalah terhad kepada 20 orang sahaja...ini kerana nanti kalau terlalu ramai akan dikhuatiri tidak semua yang akan mendapat input-input yang diperlukan semasa kursus tersebut berlangsung...dan sehingga hari ini...saya difahamkan telah menerima lebih kurang 12 penyertaan semenjak semalam....so...bila lagi?? Dan mungkin juga anda berpeluang untuk menjadi agen kami dalam memasarkan baja organik kami yang diberi nama RIMBUN....

Akhir sekali....terima kasih kepada semua sahabat yang banyak menyokong kami secara langsung atau tidak langsung...kepada pembeli-pembeli/pelawat/pelajar di ladang kami....kami ucapkan jutaan terima kasih kerana memilih kami untuk berususan dengan anda semua...(maaf...nak sebut nama banyak sangat). Ok..semoga ape yang anda impikan akan tercapai...jumpa lagi...salam.

Wednesday, February 18, 2009

SALAM 2009 UNTUK SEMUA SAHABAT TERNAK!!!

Assalammualaikum dan selamat sejahtera....

Pertama sekali saya nak mohon maaf sekali lagi kerana sudah lama tidak update blog saya yang tak seberapa ini. Terlalu banyak perkara yang perlu diuruskan...okla..sesiapapun boleh bagi alasan kan....hehehe...InsyaAllah...saya akan update sekerap yang mungkin..

Tahun 2009 dah masuk bulan Februari...macam mana dengan sahabat penternak semua? Ternakan dah semakin bertambah? Dan banyak juga yang saya dengar...sahabat terpaksa menutup kandang mereka akibat peningkatan kos operasi ladang mereka. Apapun itu semua adalah onak dan duri yang terpaksa ditempuhi sebelum bergelar penternak yang berjaya. Sesungguhnya usia projek ternakan saya baru mencecah setahun setengah dan hampir ke dua tahun. Projek ternakan yang saya bangunkan sendiri dengan titik peluh sendiri...dengan modal sendiri...saya bukan dari keluarga yang senang...tidak juga saya menyambung projek ternakan dari orang tua saya...semuanya saya buat sendiri...dan saya ulang sekali lagi...semuanya saya uruskan sendiri!!! Kalau saya boleh...kenapa anda semua tak boleh??

Oklah..beberapa projek yang dirancangkan dalam tahun 2009 ni saya harapkan semoga berjaya kerana untuk tahun ini....beberapa projek yang besar telah berjalan dan serba sedikit gambar berkaitan akan saya masukkan dalam blog ini untuk tatapan anda semua.

Terima kasih kepada sahabat yang telah sudi melawat kandang kami di Pulau Meranti...ntahla...saya dah lupa la nama semua...mintak maaf ye...untuk bro azmer and friends, bro azmi, abg din, abg saleh dan 'orang khemah', bro kamal...dan semunya lah...terima kasih bebanyak atas sokongan anda semua...dan tidak lupa juga saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada warga Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang tidak putus memberikan sokongan dan dorongan dalam projek ternakan ini.

Untuk bakal penternak yang ingin menceburi bidang ternakan ini...teruskan usaha anda...jangan putus asa....kerana setiap usaha yang anda lakukan...pastinya ganjaran yang menanti di akhir garisan...sekian dulu daripada saya...sehingga berjumpa lagi ye...jaga diri...selamat menternak!!!!

Monday, December 15, 2008

PEJANTAN BOER UNTUK DIJUAL!!!! MANTAP!!!!

Assalammualaikum dan selamat sejahtera....

Ni ada pejantan boer fullblood untuk dijual siap sijil kelahiran...umur 2 tahun...harga RM3300 dirunding...lokasi di Kuala Pilah....sila telefon Abg Idris...019-332 3268...bro ni pun jual keta TOYOTA...kalu ade yang nak order HILUX ke...call dia pun bolehhhhh.....





PERSIAPAN SELANGOR RIA 2008

Ni model ubat gigi ke model baja ni??? hehehe..

Camne dorang ni buat baja ek??? Aku guna tahi lipan asyik tak jadi je....

Bro...bau ketiak lu dah sama dengan bau baja tahi kambing ni...hehehe

Bertungkus-lumus krew kami menyiapkan booth....

Jangan ko buang angin kat aku dah la ye....kentut ko tu kambing pun bleh pengsan....

Assalammualaikum dan selamat sejahtera,


Ini dia gambar semasa krew-krew kami sedang melakukan pengubahsuaian pada booth di Selangor Ria 08...layan ajelah gambar ni ye......

Thursday, December 11, 2008

SELANGOR RIA 2008!!!

Assalammualaikum dan selamat sejahtera,

Maafkan saya kerana sudah lama tidak update blog ni...tapi kegiatan berkaitan kambing berjalan seperti biasa...banyak berita baik dan kurang baik diperolehi kebelakangan ini, namun berputus-asa atau berundur jauh sekali...kerana sekali saya melangkah ke hadapan...saya akan terus maju ke hadapan...InsyaAllah. Terima kasih kepada yang menelefon saya...membeli kambing...melawat ladang...kepada yang sms saya...harap maaf sekiranya saya tidak sempat membalasnya. Kerana kekadang sms diterima semasa saya sedang drive atau tidur (ni waktu tengah malam atau awal pagi)..sehingga saya terlupa untuk membalasnya. Sekiranya terdapat urusan yang penting, harapan semoga sahabat atau penternak segera menelefon saya. Sukacita dimaklumkan...sempena Aidiladha ini..kambing kami habis diborong...dan dalam masa terdekat ini kami akan menambah semula bilangan kambing yang telah dijual...nanti tak ade keje plak bebudak kat kandang tu...hehehe....Alhamdulillah...semoga Tahun 2009 nanti...perniagaan kami akan terus maju dan maju...terima kasih atas sokongan anda semua.

Okla...saya nak beritahu bahawa kami (DE KEBUN SDN BHD) akan berada di SELANGOR RIA 2008...bertempat di Stadium Shah Alam...dari 13/12 sehingga 21/12/2008...dari pagi sampai malam...jumpa anda semua di sana ye....wassalam.

Sunday, November 9, 2008

JUALAN HILANG ARAH PENGHUJUNG TAHUN!!!

Jamnapari cross...HOT ITEM....RM650 ke bawah....banyak yg bunting....

Boer F4 dari Australia......

Bapak jamnapari Fullblood...RM2500...dirunding....

Anak-anak yang lahir di ladang DE KEBUN...

Kibas...RM650...stok terhad....
Assalammualaikum dan selamat sejahtera...

Hehehe....tajuk kat atas tu buat gempak je....ok...saya update lagi gambar kambing untuk dijual di kandang Pulau Meranti....Cepat sebelum kehabisan....terdapat juga anak jamnapari, boer dan kalahari yang lahir dari kandang kami untuk dijual.....saya akan berada di Kota Kinabalu pada 11/11-13/11/2008 dan kemudian saya berada di Kuching 13/11-15/11/2008. Kepada sahabat penternak yang ingin berjumpa di lokasi yang disebutkan....sila telefon dahulu ye...Terima kasih.


KAMBING UNTUK DIJUAL! JUALAN HUJUNG TAHUN!!

Assalammualaikum dan selamat sejahtera,

Jualan kambing di penghujung tahun 2008....sila lihat sendiri baka yang terbaik dari kami....anda dijemput untuk datang ke ladang pada bila-bila masa...sila telefon dahulu...terima kasih.

Kambing boer dari penternak tempatan...harga RM980 ke bawah....

Boer F1, F2, F3, F4 dari penternak terbaik dalam negeri...cepat sebelum kehabisan...

Boer F4 dari Australia....harga RM1400 ke bawah.....

Jamnapari cross...berat atas 30 kg...ade yg bunting...harga RM650 ke bawah....

Boer tempatan....stok terhad....ikut musim sahaja...dapatkan baka terbaik dan termurah...

AHLI LEMBAGA PENGARAH DE KEBUN SDN BHD

Assalammualaikum dan selamat sejahtera,

Diperkenalkan buat julung kali dalam blog ini...kat luar mungkin ramai penternak yang kenal kot...hehehe....partner saya dalam industri ternakan ini dan sekarang kami bernaung di bawah nama DE KEBUN SDN. BHD. Sila 'enjoy' gambar tersebut...

Inilah dia Kak Sarah...wife Abg Din..dia bertindak sebagai Pengurus Ladang

Abdul Talib sedang menerangkan cara-cara kambing mengawan kalu ada orang hendap...Abg Din (baju Oren) tercengang...hahaha...

Inilah dia Abg Din...orang kuat/tulang belakang DE KEBUN SDN. BHD...



Friday, November 7, 2008

KURSUS ASAS TERNAKAN KAMBING ANJURAN DE KEBUN DITUNDA!!

Assalammualaikum dan selamat sejahtera....

Pertama sekali saya nak umumkan bagi pihak DE KEBUN SDN BHD, Kursus Asas Ternakan Kambing yang dijadualkan pada 27/11 - 30/11 telah ditunda ke suatu tarikh yang akan diberitahu kemudian. Harap maaf.

Baiklah...saya nak cerita sikit je kali ni...sebab dah lama tak menaip dalam blog ni....terima kasih yang tak terhingga pada sahabat yang sudi melawat ke kandang kami di Pulau Meranti...terima kasih pada pelanggan setia kami yang masih membeli dengan kami walaupun tahu terdapat kambing yang dijual yang lebih murah dari kami...menyentuh soal kambing murah atau mahal ni kekadang tu susah juga nak tafsirkan kalu tak tengok sendiri kambing yang hendak dibeli tu....pada saya ada sebab penternak jual murah dan ade sebab penternak jual mahal...jadi sekarang ni terpulang pada individu tertentu untuk menjadi pengguna yang bijak...(ceh...macam iklan KPDN plak...nak promote skit je). Bagi sahabat penternak yang masih baru...banyakkan membaca atau melawat ke kandang-kandang berhampiran untuk belajar serba sedikit mengenai kambing ni sebelum membuat keputusan membeli kambing yang mahal atau murah.

Ok...sekarang ni...ramai juga yang menelefon saya untuk bertanya pasal kambing ni...dari segi penjagaan hingga ke peringkat pemasaran....kalu bab penjagaan ni bolehla sikit-sikit saya bagi laluan walaupun ilmu tak tinggi mana...tapi kalu ade yang bertanya berkaitan pemasaran ni...ada berat sikit....susah nak cakap...sebenarnya untuk membina sebuah nama yang tidak dikenali sehingga ke hari ini....saya sebenarnya masih berusaha keras tak kira siang atau malam...sentiasa mencari peluang-peluang pemasaran yang ada...dan selebihnya saya bertawakal kepada ALLAH S.W.T. InsyaAllah...setiap usaha yang anda lakukan...ada ganjarannya...walaupun ganjaran itu bukan berbentuk kebendaan di dunia...harapan saya semoga ilmu yang bermanfaat ini akan membantu saya di akhirat nanti...InsyaAllah. Jumpa lagi.

Thursday, October 30, 2008

KANDANG BAJET (KHAS UNTUK ANAK JANTAN)

Assalammualaikum dan selamat sejahtera...

Kali ni saya nak tunjukkan plak kandang kambing saya yang paling low cost...macam rumah low cost plak...tapi yang penting...kambing tu selesa, sihat dan terus hidup...saya juga telah menambah 2 ekor anak kalahari...dan diharap akan beranak pada bulan Disember ini...InsyaAllah...

Kambing kalahari merenung masa depan di Pusat Ternakan Mini Boer

Dah biasa duduk atas kandang je...bila dilepaskan keluar..nampak kekok gaya berjalan...

Yang belang kat perut tu betina...oramg kata kalu ade belang kat perut tu produktif...ye ke?

Ni lah dia kandang bajet saya yang tak seberapa tu...masa ni belum siap lagi sepenuhnya...

Nampak tak...kayu yang saya gunakan....batang pinang...buluh...cuma kayu lantai aje beli baru...

 

blogger templates | Make Money Online