BUSINESS CARD

KURSUS ASAS PENGURUSAN DAN RAWATAN TERNAKAN KAMBING AKAN KEMBALI!!!

Assalammualaikum dan selamat sejahtera,

Pelaburan minimum yang bakal anda keluarkan untuk memulakan ternakan kambing sekurangnya RM10k. Ada antara bakal penternak yang mengeluh kerana yuran yang kami kenakan terlalu mahal. Tapi fikirkanlah semula dengan jumlah pelaburan yang bakal anda laburkan dengan yuran untuk menyertai kursus ini...tidak sampai atau kurang dari 4%. Jadi fikirkanlah ilmu yang bakal diperolehi dalam kursus kami ini nanti...lakukan langkah yang bijak...jangan salahgunakan modal anda...kami akan berkongsi pengalaman dalam ternakan ini....telefon segera untuk pengesahan tempat.
TARIKH : AKAN DIBERITAHU KELAK

TEMPAT KURSUS:

1) AGROBANK DEVELOPMENT INSTITUTE ( ABADI ) ( Lot 7 Persiaran Institusi, 43000 Kajang, Selangor )

2) KANDANG DE KEBUN SDN BHD, PULAU MERANTI, PUCHONG, SELANGOR.

TEMPAT TINGGAL:
AGROBANK DEVELOPMENT INSTITUTE ( ABADI ) ( Lot 7 Persiaran Institusi, 43000 Kajang, Selangor )

MAKAN/MINUM: DISEDIAKAN SEPANJANG KURSUS

MASA : 8.30 AM SEHINGGA 11.00 MALAM.

PENYERTAAN : TERBUKA KEPADA YANG BERMINAT. SIJIL DISEDIAKAN. SIJIL DARI JABATAN KERAJAAN.

YURAN : RM450

PESERTA : 20 ORANG SAHAJA

HUBUNGI : EN KHAIRUDIN (016-220 2425), PN SARAH (016-322 0466), EN TALIB (019-276 6102) EN. AMIN (016-2201549)

SILA TELEFON KAMI DENGAN SEGERA UNTUK BORANG PENYERTAAN DAN PENGESAHAN TEMPAT. SIJIL PENYERTAAN DISEDIAKAN!!!!

PLEASE LEAVE YOUR FEEDBACK/COMMENT HERE

Name:
Email Address:
Phone No
Your Message

AMINAGROTECH FARM 013-222 9976
Nak dapatkan $10 free? Hanya daftar sahaja. Tak perlu keluarkan wang. Tak salah kalau mencuba benda percuma ni. Jangan tunggu lagi! Lawat pasifincome

HUBUNGI KAMI SEGERA UNTUK SEBARANG PERTANYAAN MENGENAI TERNAKAN..TALIAN HAYAT 24 JAM!!

Sunday, June 8, 2008

MINYAK NAIK LAGI!!! HARGA MAKANAN NAIK!!

Assalammualaikum dan selamat sejahtera,

Minggu ni takde topik yang paling panas selain mengenai kenaikan harga minyak petrol dan diesel??? Syabas Malaysia!!!

Baiklah...sebelum tu saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada yang sudi datang ke kandang kami di Pulau Meranti....sama ada yang ingin membeli atau ingin belajar...terima kasih juga kepada yang masih setia melawat blog saya yang tak seberapa ini...dan terima kasih yang menghubungi saya untuk joint venture atau kerjasama dalam bidang ternakan ni...terima kasih kerana mempercayai kami.

Apa aktiviti terhangat kami?? Biasalah...jualbeli kambing masih berjalan dengan baik walaupun harga minyak naik...dan saya harap lepas ni harga makanan kambing tak naik...seterusnya harga kambing juga tak naik!!! Kos operasi di ladang sememangnya ada peningkatan sedikit...tapi kami masih mampu mengekalkan harga kambing pada kadar biasa...dan ingin saya maklumkan di sini...harga yah saya tawarkan adalah harga buka...di mana...pembeli yang serius...kami akan memberi harga yang istimewa. Projek terbesar kami masih dalam proses lagi dan projek kedua yang kami akan jalankan masih dalam proses juga...doakan kami berjaya laksanakan kedua-dua projek tersebut.

Minyak naik...semestinya barangan keperluan lain semakin naik...macam mana dengan golongan yang tak berkemampuan?? Alhamdulillah...saya masih mampu bertahan dengan kenaikan bahan bakar tersebut...sudah dengar apa komen pihak yang terlibat? Apa sebab dinaikkan harga minyak? Tergelak saya bila mereka ni menerangkan sebab kenaikan harga tersebut....ntahlah...cuma saya kesiankan pada golongan yang berpendapatan rendah...semakin terhimpit hidup mereka...dahla Beras Naik, Bahan Bakar Naik....tambang Bas Naik...Besi Naik...Barang Naik...apa nak jadi pun saya tak tahu...cakap banyak-banyak pun minyak tak bleh nak turun...siapa saya ni nak suruh Kerajaan Memerintah turunkan harga barang...saya cuma rakyat biasa...saya cuma penternak biasa...saya tak boleh bersuara...kerana negara kita mengamalkan Demokrasi Terpimpin....yang bersuara, membetulkan kesilapan akan ditangkap..akan dipenjara...akan di kambing hitamkan....terima kasih di atas pembangunan ini...sebagai rakyat Malaysia...saya bangga mengecapi semua ini. Tidak mustahil selepas ini...kadar jenayah akan semakin meningkat...gejala sosial semakin sukar dibendung....bunuh sana sini...ini semua gara-gara kesempitan hidup....harap kita semua dijauhkan dari segala anasir-anasir yang jahat. Inikah harga yang perlu dicapai untuk mengejar kemajuan?? Kesengsaraan inikah yang perlu dihadapi oleh rakyat untuk mencapai status negara maju?? Di manakah faedah yang diperolehi oleh rakyat atas projek mega yang dijalankan?? Atau faedah hanya pada individu tertentu?? Lupakah mereka ini di mana sekiranya rakyat hidup melarat...pemimpin yang akan di tanya dahulu kelak?? Bukan senang untuk menjadi pemimpin...dan bukan senang untuk memimpin.....Tak tahulah saya nak kata apa...saya masih mampu makan nasi hari ini...macam mana dengan orang lain?? Macam mana dengan golongan berpendapatan rendah?? Renung-renungkanlah....

Harapan saya semoga semangat kita sebagai penternak tak jatuh dengan kenaikan harga barang ni...yang penting semangat bakal penternak yang baru nak menceburi bidang ni...teruskan usaha anda...InsyaAllah kejayaan akan dicapai sekiranya kita berusaha bersungguh-sungguh. Jumpa lagi.

 

blogger templates | Make Money Online