BUSINESS CARD

KURSUS ASAS PENGURUSAN DAN RAWATAN TERNAKAN KAMBING AKAN KEMBALI!!!

Assalammualaikum dan selamat sejahtera,

Pelaburan minimum yang bakal anda keluarkan untuk memulakan ternakan kambing sekurangnya RM10k. Ada antara bakal penternak yang mengeluh kerana yuran yang kami kenakan terlalu mahal. Tapi fikirkanlah semula dengan jumlah pelaburan yang bakal anda laburkan dengan yuran untuk menyertai kursus ini...tidak sampai atau kurang dari 4%. Jadi fikirkanlah ilmu yang bakal diperolehi dalam kursus kami ini nanti...lakukan langkah yang bijak...jangan salahgunakan modal anda...kami akan berkongsi pengalaman dalam ternakan ini....telefon segera untuk pengesahan tempat.
TARIKH : AKAN DIBERITAHU KELAK

TEMPAT KURSUS:

1) AGROBANK DEVELOPMENT INSTITUTE ( ABADI ) ( Lot 7 Persiaran Institusi, 43000 Kajang, Selangor )

2) KANDANG DE KEBUN SDN BHD, PULAU MERANTI, PUCHONG, SELANGOR.

TEMPAT TINGGAL:
AGROBANK DEVELOPMENT INSTITUTE ( ABADI ) ( Lot 7 Persiaran Institusi, 43000 Kajang, Selangor )

MAKAN/MINUM: DISEDIAKAN SEPANJANG KURSUS

MASA : 8.30 AM SEHINGGA 11.00 MALAM.

PENYERTAAN : TERBUKA KEPADA YANG BERMINAT. SIJIL DISEDIAKAN. SIJIL DARI JABATAN KERAJAAN.

YURAN : RM450

PESERTA : 20 ORANG SAHAJA

HUBUNGI : EN KHAIRUDIN (016-220 2425), PN SARAH (016-322 0466), EN TALIB (019-276 6102) EN. AMIN (016-2201549)

SILA TELEFON KAMI DENGAN SEGERA UNTUK BORANG PENYERTAAN DAN PENGESAHAN TEMPAT. SIJIL PENYERTAAN DISEDIAKAN!!!!

PLEASE LEAVE YOUR FEEDBACK/COMMENT HERE

Name:
Email Address:
Phone No
Your Message

AMINAGROTECH FARM 013-222 9976
Nak dapatkan $10 free? Hanya daftar sahaja. Tak perlu keluarkan wang. Tak salah kalau mencuba benda percuma ni. Jangan tunggu lagi! Lawat pasifincome

HUBUNGI KAMI SEGERA UNTUK SEBARANG PERTANYAAN MENGENAI TERNAKAN..TALIAN HAYAT 24 JAM!!

Friday, January 25, 2008

TAHUN BARU..KERJA KENA LEBIH!!

Assalammualaikum dan selamat sejahtera....

Penat...itu aje yang boleh saya cakap...bulan ni..bila buat promosi lebih sikit dalam internet...ramai juga yang menelefon..bertanya harga..tanya kambing ape...tanya saya dah kawin belum..eh silap..tanya kambing yang dijual dah penah kawin ke belum...macam-macam la...terima kasih pada abg. pawie, abg azam, bro faisal, abg shahrul, haji sidek, mr mahed, mr rajah, kak lis..memacam lagi la...(sori kalu saya terlupa nak letak nama)..ade yang saya bawa ke kandang...ade yang belanja saya minum...terima kasih bebanyak...tak beli kambing tak ape...janji silaturrahim dapat dihubungkan antara penternak...dari sini barula kita boleh sama-sama berjaya bila memasing sesama tolong-menolong...tak kira bangsa dan agama...syabas rakyat Malaysia!!! Ade satu lagi penternak bangsa cina dari Banting...lupa la dia punya nama...soli aaa....

macam mana dengan harga makanan kambing?? Ade naik ke? Saya dengar sekarang di Serting penternak kecil macam saya dah tak bleh amik direct pellet biopalma. Kesian kan penternak macam saya ni...xpe...sekarang saya sedang memproses silaj sendiri...lepas ni...katakan selamat tinggal pada pellet yang mahal...hehehe...dan pastinya saya akan berkongsi ramuan dan ilmu tersebut dengan semua penternak....PERCUMA..(pengeras teh tarik secawan jadikla)

Kambing semua sihat? Hehehe...kambing yang tiba dari Indonesia dan Australia laku macam goreng pisang...tapi kita perasan tak?? Mana peginya kambing-kambing ni semua? Ade kita jumpa kat pasar tak? Takde kan...kambing ni semua akan ghaib sebaik saje tiba di Malaysia...hehehe...bagus...adekah ini maknanya bekalan kambing masih tidak mencukupi? Adakah semua penternak ni buat baka je...dan mungkin satu hari nanti di Malaysia kita ade lambakan kambing boer? Tak mustahil...dan tak mustahil kita pula akan mengeksport kambing boer ke negara luar....InsyaALLAH...Jumpa lagi...berhati-hati di jalanraya!!!

1 comments:

jutawantani said...

salam..hehehe sekarang hang sendiri dah membuktikan bahawa memang masih tak cukup sebenarnya kambing nie...kalau tak pi kat kandang dia hilang kat dalam mulut la..hehehe jadi daging...

Semalam kita orang pun dah test market pasar tani mega shah alam...rm34 sekilo daging boer...licin bai...ingat kan takut tak habis...habis tu..

 

blogger templates | Make Money Online