KURSUS ASAS PENGURUSAN DAN RAWATAN TERNAKAN KAMBING AKAN KEMBALI!!!
Pelaburan minimum yang bakal anda keluarkan untuk memulakan ternakan kambing sekurangnya RM10k. Ada antara bakal penternak yang mengeluh kerana yuran yang kami kenakan terlalu mahal. Tapi fikirkanlah semula dengan jumlah pelaburan yang bakal anda laburkan dengan yuran untuk menyertai kursus ini...tidak sampai atau kurang dari 4%. Jadi fikirkanlah ilmu yang bakal diperolehi dalam kursus kami ini nanti...lakukan langkah yang bijak...jangan salahgunakan modal anda...kami akan berkongsi pengalaman dalam ternakan ini....telefon segera untuk pengesahan tempat.
TARIKH : AKAN DIBERITAHU KELAK
TEMPAT KURSUS:
1) AGROBANK DEVELOPMENT INSTITUTE ( ABADI ) ( Lot 7 Persiaran Institusi, 43000 Kajang, Selangor )
2) KANDANG DE KEBUN SDN BHD, PULAU MERANTI, PUCHONG, SELANGOR.
TEMPAT TINGGAL:
AGROBANK DEVELOPMENT INSTITUTE ( ABADI ) ( Lot 7 Persiaran Institusi, 43000 Kajang, Selangor )
MAKAN/MINUM: DISEDIAKAN SEPANJANG KURSUS
MASA : 8.30 AM SEHINGGA 11.00 MALAM.
PENYERTAAN : TERBUKA KEPADA YANG BERMINAT. SIJIL DISEDIAKAN. SIJIL DARI JABATAN KERAJAAN.
YURAN : RM450
PESERTA : 20 ORANG SAHAJA
HUBUNGI : EN KHAIRUDIN (016-220 2425), PN SARAH (016-322 0466), EN TALIB (019-276 6102) EN. AMIN (016-2201549)
SILA TELEFON KAMI DENGAN SEGERA UNTUK BORANG PENYERTAAN DAN PENGESAHAN TEMPAT. SIJIL PENYERTAAN DISEDIAKAN!!!!
PLEASE LEAVE YOUR FEEDBACK/COMMENT HERE
HUBUNGI KAMI SEGERA UNTUK SEBARANG PERTANYAAN MENGENAI TERNAKAN..TALIAN HAYAT 24 JAM!!
Wednesday, October 31, 2007
LIVESTOCK ASIA 2007 23 TO 25/10/2007 (KLCC) (PICT 2)
0 comments Posted by AMIN AGROTECH FARM (SA0061956-W) at 11:45 PMIni dia booth yang paling mesra alam...aku bagi 10 bintang kat booth ni kategori tempatan..tq boss!!
Banyak dah lupa la...tapi kontek no ade...
Mat saleh ni aku bagi 10 markah untuk international punya mesra alam...sorang jek...tapi dia layan org bagus...
Hehehe....JPH....bang..buku ternakan kambing tu bila bleh hantar kat saya??
Ni hah...ada lagi...masa tu pun memang macam aku sorang jek yang amik gambar kat expo tu....tapi belasah jek la...akupun dah mintak kebenaran sebelum ambil gambar....nah...layan lagik sampai lebam bijik mata...
LIVESTOCK ASIA 2007 23 TO 25/10/2007 (KLCC) (PICT 1)
0 comments Posted by AMIN AGROTECH FARM (SA0061956-W) at 11:38 PMJabatan Perkhidmatan Haiwan....biasala kena serbu.....
Ni penerbit majalah dari Singapura......
Selepas menerima panggilan bertalu-talu dari para penternak yang sibuk tak dapat pegi expo last week...ni hah saya update gambar...silakan tengok sampai muntah...sorila sebab lambat nak upload...card reader member pinjam...baru pulang....heheheheMonday, October 29, 2007
LIVESTOCK ASIA 2007 23 TO 25/10/2007 (KLCC)
1 comments Posted by AMIN AGROTECH FARM (SA0061956-W) at 7:31 PMBooth penternak yang menjual khinzir kurang...mungkin bangsa lagi satu tu dah sedar keburukan makan daging khinzir...bagusla....penternak ayam banyak...promote machine telur la...sistem pemakanan la....telur di gradekan...camne diaorang boleh grade telur tu ek??Ada standard telur ke nak tentukan grade A,B, C, D....ntahla...itu semua kuasa kat tangan penternak...dia punya pasal la nak jual ikut suka hati dia....mungkin ayam dah semakin mahal....
Pellet kambing??? Mmmm...macam biasala...harga melampau...harga membunuh....harga cekik darah...itu aje yang mampu saya cakap...hehehe...allo bos...itu harga pellet kasi murah-murah sudahla...apa macam penternak kecil macam saya mau terus hidup??? hehehehe...sampai kan ade yang jual harga rm30-rm40...tapi kuantiti dikurangkan kepada 40 kg per bag....mampus!!
Okla...malas saya nak cakap banyak...sepanjang perjalanan balik dari KL Sentral ke Salak Tinggi...dalam ERL tu saya termenung...termenung sebab semua harga barang semakin mahal...tapi gaji kita macam tu juga...tak macam zaman dulu...gaji rm1000 atau rm2000 dikira mewah...inikah pengorbanan yang perlu kita hadapi bila negara mahu mencapai tahap MAJU?? Sepatutnya gaji tu seiring dengan kenaikan harga barang...baru rakyat tak terasa....nak harap BERSAMAMU?? TV3 datang baru la terhegeh-hegeh nak tayang muka dalam TV....kalau aku malu!!! Sebelum ni tak meninjau rakyat keliling ke??? Eh ape aku merepek ni.....maaf kalu ade yang terasa...kat dunia memangla boleh lepas...kat kubur esok??? Okla...layan gambar masa kat Expo LIVESTOCKASIA 2007 bersama wartawan anda....Kelam Singh Waliappan....
Update Gambar Kambing Selepas 4 Bulan Di Kandang (2)
0 comments Posted by AMIN AGROTECH FARM (SA0061956-W) at 7:21 PMUpdate Gambar Kambing Selepas 4 Bulan Di Kandang
0 comments Posted by AMIN AGROTECH FARM (SA0061956-W) at 6:40 PMIni semua gambar yang saya ambil selepas 4 bulan berada dalam kandang....kambing ni semakin jinak dan bijak...tengok la dia punya bulu pun...tak macam baru sampai dulu...kurus kering!!! Bagi penternak yang baru mesti tak percaya bila kita beli boer dengan harga rm900 ke atas...dapat kambing kurus kering...kalu silap jaga...boleh mati....masa dalam flight tu ntah bape jam agaknya tak makan kan...tengok kambing boer saya ni...hehehe...Alhamdulillah....layannnn...
Ada kolam kecik....ikan haruan banyak tu...
Jalan ni saje tak mau di tar....kalu lori senang masuk...paham2 je la...
Kawasan ladang kelapa sawit...sumber daun yang mudah...bukan mudah nak potong daun sawit...
Wednesday, October 24, 2007
Apa khabar semua? Harapan saya semua sihat dan segar kembali untuk bekerja...tak kirala kat pejabat ke kat kandang ke...macam saya ni 2-2 tempat saya keje...biasala...lepas raya ni poket memasing dah bocor...hehehe...nasib saya ada buat budget sebelum raya aritu...dapatla beli kambing skit minggu depan. (kambing dari Australia baru sampai). Nanti saya update dengan gambar....ada expo livestock asia di KLCC?? Ramai ke yang pergi? Saya baru nak pergi esok...(nanti saya update ngan gambar juga)....telefon la saya kalu nak pegi sama atau nak jumpa kat sana...ini no saya...012-3739529.
Okla...pada semua rakan-rakan...selamat kembali bertugas...kampung halaman tu bukan masa raya jek kena balik..jenguk-jengukla orang tua di kampung selalu...banyak hikmahnya...Jumpa lagi nanti...Selamat pergi open house!!
S
SA
SAL
SALA
SALAM
SALAM A
SALAM AI
SALAM AID
SALAM AIDI
SALAM AIDIL
SALAM AIDILF
SALAM AIDILFI
SALAM AIDILFIT
SALAM AIDILFITR
SALAM AIDILFITRI!!!!
Tuesday, October 9, 2007
Assalamualaikum dan salam ternak....
Semalam saya pergi Serting...pergi kilang FELDA sebab beli pellet kambing...dalam kegembiraan nak sambut syawal...tersentak jugala bila harga pellet biopalma fidlot naik sebanyak rm7.00 jadik rm30 selepas 15/10/2007...ape benda nih??? kata ada subsidi dari kerajaan?? kata nak membantu penternak-penternak?? apa jadik dengan penternak macam saya ni??? projek ternakan kambing yang diusahakan secara kecil-kecilan...tanpa suntikan modal mana-mana...macam mana nak bertahan?? ntahlah...inilah akibatnya bila permintaan melebihi penawaran...bila isu ternakan kambing ni menjadi panas...mulalah masing-masing mengambil kesempatan...masing-masing nak mengaut keuntungan atau lebih senang cakap lagi mencekik darah penternak-penternak.....
Apa jadi bila projek ternakan kambing menjadi terbantut? Projek kambing separuh jalan?? nanti pelbagai alasan diberi...kata penternak tak pandai bela kambingla...sepatutnya bila kita nak kurangkan kadar import daging kambing dari negara luar...sepatutnya kerajaan membantu penternak-penternak ni....penternak macam saya ni....saya bukan hanya mengharapkan subsidi...kalu saya menunggu subsidi...sampai sekarang pun ntah tak nampak lagi bayang kambing....inisiatif dah saya buat...permulaan projek dibuat tanpa bantuan mana-mana...tapi bila harga pellet naik...ubat-ubatan pun naik...kayu naik...semua naik...macam mana dengan sahabat kita di luar sana yang baru memasang impian nak memulakan projek kambing ni???
Subsidi?? ntahla...kalaulah saya berada di Kelantan...rasanya bagus kot sebab JPH sana menghadiahkan 5 ekor kambing pada setiap peserta yang selesai menjalani kursus penternakan kat sana...macam mana dengan JPH lain??? Ada berani buat macam tu?? Ini balik-balik orang yang sama je terima itu-ini...sepatutnya yang dah terima bantuan tu dipantau...sekurang-kurangnya dalam masa 5 tahun dia takleh mintak apa-apa bantuan...sebab nak bagi peluang kat orang lain...ni bebalik muka tu gak yang dapat pinjaman...hishh...apa hukumnya makan hak orang tu ek??
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dan MAAF ZAHIR BATIN. Apa yang saya melalut hari ni ntah...ni semua sebab pellet naik harga la...lantakla...selagi saya boleh bertahan...selagi saya boleh berdikari...selagi itu saya akn teruskan projek renakan kambing ni...selamat raya semua...BERHATI_HATI KETIKA DI JALANRAYA!!
Monday, October 1, 2007
Projek Ternakan Kambing Masuk Bulan Ke 10
0 comments Posted by AMIN AGROTECH FARM (SA0061956-W) at 10:13 PMMmmm...termenung je...tengah rancang strategi nak lari ke??
Antara yang bunting lagi...ntah bilala nak beranak....
Elo geng mana member lain? Pegi beli baju raya ke??
Nah...selamat menjamu mata...semoga menjadi pembakar semangat pada yang baru nak bermula...kalu nak bersaing dengan pengimport tu...tak mampu lagi la saya ni...walau apapun...Inilah hasil selama ini...PROJEK TERNAKAN KAMBING MAMPU MILIK RAKYAT MALAYSIA....dah masuk bulan ke 10...tahinah...(kambing masuk baru 4 bulan)...semoga terus berkembang maju hendaknya...Amin....
Salam ternak semua...
Rasanya dah lama saya tak menulis di blog ni...alasan yang biasa...sibuk...lagi pulak bulan Ramadan ni..malam tak sempat nak bukak laptop...terawih la katakan...tapi itu bukan alasan untuk terus melupakan ternakan kambing yang diusahakan...
Kambing saya? Alhamdulillah...semuanya sihat dan gemuk belaka...minggu lepas...saya balik kampung...apa lagi meninjau projek ternakan kambing saya tu la...rasanya dah nak dekat 3 minggu tak balik kampung...sejak mulanya Ramadan...terperanjat...kambing saya semua gemuk..bulu berkilat...aktif...syukur pada ALLAH...anak kambing? Seronoknya tengok anak kambing melompat-lompat..aktif..ikut ibu dia cari makan di kawasan ragut..seronok tengok..nampak la jugak hasil dia setelah berhempas-pulas 8-9 bulan..
Ada satu projek ternakan yang di beritahu oleh pakcik saya...ternakan kambing secara bawah..maksudnya tiada kandang...telah berlaku kematian kambing berjumlah lebih kurang 12 ekor...dah dekat rm10 ribu...banyak tu..tapi takpela...projek diaorang besar kot...ada dalam 150 ekor agaknya..kalu saya ni cuma 20-30 ekor...kalu mati 12 ekor..dah tinggal sikit..mmm..takut plak nak buat projek ternakan kambing tanpa kandang ni...takpe..nanti saya belajar lagi pandai-pandai...
Blog saya ni? Alhamdulillah...ramai juga rakan-rakan ternak yang lama dan baru yang datang...terima kasih. Dapat jugala kita sama-sama berkongsi ilmu...semoga hubungan persahabatan ni terus berkekalan..
Nak tengok gambar ke? Ok..post yang seterusnya...saya akan hanya masukkan gambar kambing saya aje...selamat menjamu mata....selamat puasa!!