BUSINESS CARD

KURSUS ASAS PENGURUSAN DAN RAWATAN TERNAKAN KAMBING AKAN KEMBALI!!!

Assalammualaikum dan selamat sejahtera,

Pelaburan minimum yang bakal anda keluarkan untuk memulakan ternakan kambing sekurangnya RM10k. Ada antara bakal penternak yang mengeluh kerana yuran yang kami kenakan terlalu mahal. Tapi fikirkanlah semula dengan jumlah pelaburan yang bakal anda laburkan dengan yuran untuk menyertai kursus ini...tidak sampai atau kurang dari 4%. Jadi fikirkanlah ilmu yang bakal diperolehi dalam kursus kami ini nanti...lakukan langkah yang bijak...jangan salahgunakan modal anda...kami akan berkongsi pengalaman dalam ternakan ini....telefon segera untuk pengesahan tempat.
TARIKH : AKAN DIBERITAHU KELAK

TEMPAT KURSUS:

1) AGROBANK DEVELOPMENT INSTITUTE ( ABADI ) ( Lot 7 Persiaran Institusi, 43000 Kajang, Selangor )

2) KANDANG DE KEBUN SDN BHD, PULAU MERANTI, PUCHONG, SELANGOR.

TEMPAT TINGGAL:
AGROBANK DEVELOPMENT INSTITUTE ( ABADI ) ( Lot 7 Persiaran Institusi, 43000 Kajang, Selangor )

MAKAN/MINUM: DISEDIAKAN SEPANJANG KURSUS

MASA : 8.30 AM SEHINGGA 11.00 MALAM.

PENYERTAAN : TERBUKA KEPADA YANG BERMINAT. SIJIL DISEDIAKAN. SIJIL DARI JABATAN KERAJAAN.

YURAN : RM450

PESERTA : 20 ORANG SAHAJA

HUBUNGI : EN KHAIRUDIN (016-220 2425), PN SARAH (016-322 0466), EN TALIB (019-276 6102) EN. AMIN (016-2201549)

SILA TELEFON KAMI DENGAN SEGERA UNTUK BORANG PENYERTAAN DAN PENGESAHAN TEMPAT. SIJIL PENYERTAAN DISEDIAKAN!!!!

PLEASE LEAVE YOUR FEEDBACK/COMMENT HERE

Name:
Email Address:
Phone No
Your Message

AMINAGROTECH FARM 013-222 9976
Nak dapatkan $10 free? Hanya daftar sahaja. Tak perlu keluarkan wang. Tak salah kalau mencuba benda percuma ni. Jangan tunggu lagi! Lawat pasifincome

HUBUNGI KAMI SEGERA UNTUK SEBARANG PERTANYAAN MENGENAI TERNAKAN..TALIAN HAYAT 24 JAM!!

Monday, November 12, 2007

Petani kecil sukar dapat bantuan

MINGGU lalu saya mengikuti perkembangan Konvensyen Pertanian 2007 di Seremban, Negeri Sembilan. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, menggesa petani, khususnya dari luar bandar yang mempunyai tanaman berskala kecil antara 3.2 hingga dan 4 hektar agar berfikiran seperti petani moden dan menjadikan hasil tanaman mereka sebagai perniagaan komersial. Gesaan itu memang wajar diberi perhatian khususnya pihak bertanggungjawab. Selepas dua kali rancangan pembangunan Malaysia diadakan dan diberi penekanan dalam bidang pertanian, tetapi hasil dijangkakan bagi pertanian luar bandar amat mengecewakan. Walaupun ada berita mengatakan bantuan benih atau baja diuar-uarkan di semua media, hanya segelintir petani menerima bantuan itu. Sebenarnya bantuan itu tidak menyeluruh. Hingga 100 tahun lagi pun, jika perkara itu masih berlanjutan, mungkin tidak mustahil jika sektor pertanian yang boleh menjana ekonomi agro negara tidak maju seperti di negara maju.

Saya anak petani dari luar bandar yang setiap hari mengikuti perkembangan semasa isu berkaitan pertanian. Saya kecewa kerana walaupun keluarga saya berusaha membuat permohonan kepada pihak berwajib, hingga kini permohonan itu masih dalam proses. Apakah erti ini semua? Setiap tahun harga minyak, keperluan harian, keperluan racun tanaman dan baja naik, tetapi tahap kemajuan pertanian masih pada tahap sama. Hasil kenaikan gaji menyebabkan kenaikan harga barang keperluan. Apa yang akan berlaku kepada petani luar bandar yang setiap hari menanggung kos untuk mengerjakan hasil tanaman mereka? Perdana Menteri diharapkan dapat menimbang hal ini. Walaupun tiada bantuan berbilion ringgit untuk keluarga saya, kami masih meneruskan usaha untuk menjayakan tanaman kelapa sawit dan nanas. Hasil inilah yang menyekolahkan kami adik beradik hingga ke menara gading.

Namun, mengapa berlaku diskriminasi kepada petani yang mempunyai beberapa hektar tanah saja? Contohnya, dua tahun lalu di kawasan saya didirikan pusat pengumpulan hasil pertanian yang kononnya untuk projek Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) tetapi hingga kini pusat itu tidak beroperasi. Di mana ketelusan sesetengah pihak untuk membantu sektor ini? Memang semua petani berfikiran maju tetapi jika masih begini halnya apa akan jadi? Mengapa bantuan berkenaan hanya didahulukan kepada mereka yang sudah mempunyai harta melimpah ruah, padahal mereka yang masih tercari-cari kejayaan masih pada takuk lama? Hanya petani dan penduduk kawasan kampung saja yang merasai kesan ini tetapi masih menyokong kepemimpinan sekarang. Tetapi dapatkah ini dikekalkan dalam lima tahun akan datang?

ANAK PETANI,Negeri Sembilan. (Sumber: Bernama)

Tebus nasib petani tumpuan utama

Nilai tambah tawar hasil lebih tinggi: Muhyiddin KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Umno 2007 yang bermula hari ini antara lain membincangkan isu paras ekonomi petani Melayu yang kini jauh ketinggalan dan memerlukan perubahan, terutama dalam kerangka minda. Walaupun membanting tulang, hasil keringat mereka diraih keuntungan berlipat ganda oleh pihak lain selepas ketinggalan daripada aktiviti nilai ditambah, yang menjadikan pendapatan dari ladang mereka masih kecil berbanding yang lain yang meraih sebahagian besar hasilnya.

Petani Melayu adalah golongan terbawah dalam rangkaian nilai pada peringkat pengeluaran yang hanya membekalkan hasil pertanian sedangkan golongan lain melakukan nilai tambah dan menjual pada harga yang tinggi, sekali gus mengaut keuntungan. Orang yang paling arif mengenai isu ini tidak lain, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mahu perubahan segera dilakukan terhadap cara orang Melayu mengusahakan bidang pertanian. Ketika memberi contoh, Naib Presiden Umno itu berkata, pengusaha sawah Melayu yang memiliki tanah hanya memperoleh kira-kira lima peratus pendapatan industri tetapi bukan pemilik tanah meraih sebahagian besar hasilnya melalui aktiviti lain.

Ketika Konvensyen Pertanian Kebangsaan 2007, yang julung kali dianjurkan bersama oleh Umno dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Seremban, baru-baru ini, Muhyiddin mahu perkara itu dan isu penting lain ditangani segera. Proses berkenaan akan membantu menambah pendapatan masyarakat petani Melayu yang menjadi kumpulan majoriti iaitu kira-kira 70 hingga 80 peratus daripada 856,000 orang yang terbabit dalam pertanian dalam negara. "Petani Melayu bukan tidak diberi bantuan, tapi sudah tiba masanya bagi mereka berubah dan bergerak dalam rangkaian nilai untuk memulakan aktiviti seperti pengangkutan, pemprosesan dan pembungkusan," katanya. Beliau berkata, 80 peratus orang Melayu adalah masyarakat perladangan dan perikanan dan mereka tidak banyak terbabit dalam aspek perniagaan dan rangkaian bekalan sektor itu serta pengeluaran berasaskan pertanian.

"Sudah lama Melayu menjadi petani, nelayan, penternak, penguasaan dan mereka hanya setakat di ladang, jadi nilai tambah mereka terhad," katanya. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika merasmikan konvensyen itu juga mahukan golongan itu meningkatkan usaha dan kekuatan mereka. Abdullah mencabar golongan berkenaan supaya bertanya pada diri mereka, kekuatan dan kelemahan mereka dan berkata segala usaha bukan dengan jalan mudah. Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak ketika menutup konvensyen berkenaan berkata, kerajaan akan meneliti cadangan itu. Selepas dua, hari konvensyen itu meluluskan resolusi yang dijangka dibentangkan Muhyiddin pada Perhimpunan Agung Umno kali ini yang berkemungkinan besar diterima anggota parti. Resolusi yang diluluskan pada konvensyen itu termasuk saranan supaya diadakan koperasi pertanian, menyusun semula institusi pertanian supaya mereka melihatnya sebagai perniagaan serta menubuhkan pusat sehenti bagi membantu Melayu dalam perniagaan pertanian serta rangkaian bekalan pertanian. (Bernama)

Tiada kaum terpinggir bangunkan sektor tani

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memberi jaminan tidak akan meminggirkan mana-mana kaum dalam menjayakan semua program membangunkan sektor tani di wilayah pembangunan ekonomi di seluruh negara. Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata faedah menerusi pertanian sememangnya besar dan wajar dikongsi bersama masyarakat berbilang bangsa dan agama atas semangat mengutamakan perpaduan nasional. “Yang penting adalah untuk mengenal pasti kelemahan dan kesesuaian mengikut kepakaran masing-masing dan memastikan pelaksanaan pertanian baru diberi tumpuan utama kerana faedahnya bakal diperoleh bermula daripada penanaman bahan mentah hingga pemasaran produk berasaskan pertanian.

“Transformasi pertanian akan menjadikan bidang itu lebih bermakna kerana ia membabitkan keseluruhan rantaian yang sepatutnya diterokai semua pihak,” katanya ketika ditemui pada Perhimpunan Agung Umno di sini, semalam. Wilayah pembangunan ekonomi di Timur, Utara, Selatan, Sabah dan Sarawak yang dilancarkan kerajaan memberi tumpuan kepada aspek pertanian, termasuk penyelidikan dan penghasilan produk berasaskan pertanian ke arah matlamat menjadikan sektor pertanian sebagai penyumbang ketiga ekonomi negara. Walaupun koridor ekonomi dikatakan banyak membantu orang Melayu, Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah memberi jaminan melalui semangat perkongsian kuasa, Umno tidak akan membiarkan kerjasama politik dalam Barisan Nasional (BN) terjejas.

Sehubungan itu, Muhyiddin yang juga Naib Presiden Umno berkata, selain orang Melayu, penduduk pelbagai kaum di negara ini harus melihat koridor pembangunan ekonomi sebagai usaha positif terutama untuk membantu generasi muda negara cemerlang menjelang Gagasan 2057. Beliau berkata, aspek pengeluaran, pemasaran dan logistik yang memiliki nilai tambah wajar diberi perhatian semua pihak untuk memastikan pengagihan faedah daripada hasil pertanian dinikmati semua rakyat. “Bagaimanapun, ketika ini kemahiran dalam program pemasaran produk berasaskan pertanian belum dapat didalami sepenuhnya, terutama di kalangan orang Melayu,” katanya. Beliau berkata, perkara asas yang perlu dipertimbangkan setiap kali menghasilkan produk adalah memastikannya bermutu, berdaya saing, pembungkusan yang menarik dan harga berpatutan untuk pasaran tempatan seta luar negara.

SERI ISKANDAR: Penduduk di sekitar Hutan Simpan Parit kesal dengan projek ternakan kambing Boer berhampiran penempatan mereka yang sudah menampakkan kesan negatif kepada alam sekitar. Kerja tanah dengan menebang balak dan menarah bukit di kawasan seluas 161 hektar itu mula menyebabkan dua anak sungai yang melalui kampung mereka keruh dan berkeladak.

Penduduk yang biasa memancing di Sungai Senin dan Sungai Seluang merungut kerana umpan mereka kini lambat disambar ikan. Penduduk Kampung Durian Kudung, Ipar Azhar Ngah Abdul Rahman, 30, berkata dia memancing hampir setiap hari di Sungai Senin sejak hampir 15 tahun lalu. Katanya, sejak hutan simpan itu ditebang, air sungai yang melalui kampung berkenaan mula berkeladak terutama selepas hujan.

Beliau berkata, beberapa kawasan di Sungai Senin sudah mula cetek dan mengubah habitat asal hidupan air tawar. "Perubahan kedalaman dan air berkeladak menyebabkan anak ikan mati," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini. Hutan Simpan Parit yang mula diwarta sejak 1956 dengan keluasan lebih 4,000 hektar di Perak Tengah, kini tinggal kira-kira 1,000 hektar. Ini berikutan kawasan berkenaan ditukar status bagi projek pertanian dan pembangunan sejak pertengahan 1980-an bermula dengan tanaman kelapa sawit, diikuti pembinaan kampus cawangan Universiti Sains Malaysia (kemudian diambil-alih Universiti Teknologi Petronas), Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Husin Yeop Mohamad, 35, dari Taman Maju dekat sini, mendakwa ladang berkenaan yang bakal menempatkan lebih 1,000 ekor kambing Boer akan menyebabkan pencemaran bau yang teruk kepada penduduk sekitar. Selain pelajar universiti awam, katanya, kawasan berdekatan ladang ternakan kambing itu juga menempatkan Kolej Profesional Mara, Institut Kemahiran Belia Seri Iskandar, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Iskandar, Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar, Sekolah Teknik Seri Iskandar dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah. Beliau berkata, ada lebih daripada 10,000 pelajar dan penduduk tinggal atau bekerja di sekitar kawasan berkenaan. "Ladang ini tidak sampai satu kilometer dari asrama dan bilik kelas universiti serta sekolah menengah atau rendah. "Kita tidak mahu masalah pencemaran bau dan najis haiwan seperti yang berlaku di Melaka berulang di Parit," katanya.

Yusof Mat, 53, yang berasal dari Petempatan Felcra Nasarudin, kira-kira satu kilometer dari tapak ternakan kambing berkenaan, berkata jika pihak berkuasa tidak memantau kawasan itu, penduduk tempatan tidak mendapat sebarang faedah daripada projek berkenaan. Katanya, penduduk kampung berhampiran seperti Kampung Selat, Kampung Durian Kudung dan Petempatan Felcra Nasarudin bimbang pelbagai masalah akan timbul kemudian hari akibat pembangunan yang tidak dirancang dengan baik. Beliau berkata, pihaknya juga bimbang jika syarikat yang mengendalikan ladang berkenaan mengambil pekerja asing yang terlalu ramai hingga menimbulkan masalah sosial . "Kita tidak mahu penduduk sekitar kawasan ini hanya menerima kesan negatif seperti pencemaran sungai atau bau najis yang busuk," katanya.
(Sumber dari Berita Harian)

 

blogger templates | Make Money Online