BUSINESS CARD

KURSUS ASAS PENGURUSAN DAN RAWATAN TERNAKAN KAMBING AKAN KEMBALI!!!

Assalammualaikum dan selamat sejahtera,

Pelaburan minimum yang bakal anda keluarkan untuk memulakan ternakan kambing sekurangnya RM10k. Ada antara bakal penternak yang mengeluh kerana yuran yang kami kenakan terlalu mahal. Tapi fikirkanlah semula dengan jumlah pelaburan yang bakal anda laburkan dengan yuran untuk menyertai kursus ini...tidak sampai atau kurang dari 4%. Jadi fikirkanlah ilmu yang bakal diperolehi dalam kursus kami ini nanti...lakukan langkah yang bijak...jangan salahgunakan modal anda...kami akan berkongsi pengalaman dalam ternakan ini....telefon segera untuk pengesahan tempat.
TARIKH : AKAN DIBERITAHU KELAK

TEMPAT KURSUS:

1) AGROBANK DEVELOPMENT INSTITUTE ( ABADI ) ( Lot 7 Persiaran Institusi, 43000 Kajang, Selangor )

2) KANDANG DE KEBUN SDN BHD, PULAU MERANTI, PUCHONG, SELANGOR.

TEMPAT TINGGAL:
AGROBANK DEVELOPMENT INSTITUTE ( ABADI ) ( Lot 7 Persiaran Institusi, 43000 Kajang, Selangor )

MAKAN/MINUM: DISEDIAKAN SEPANJANG KURSUS

MASA : 8.30 AM SEHINGGA 11.00 MALAM.

PENYERTAAN : TERBUKA KEPADA YANG BERMINAT. SIJIL DISEDIAKAN. SIJIL DARI JABATAN KERAJAAN.

YURAN : RM450

PESERTA : 20 ORANG SAHAJA

HUBUNGI : EN KHAIRUDIN (016-220 2425), PN SARAH (016-322 0466), EN TALIB (019-276 6102) EN. AMIN (016-2201549)

SILA TELEFON KAMI DENGAN SEGERA UNTUK BORANG PENYERTAAN DAN PENGESAHAN TEMPAT. SIJIL PENYERTAAN DISEDIAKAN!!!!

PLEASE LEAVE YOUR FEEDBACK/COMMENT HERE

Name:
Email Address:
Phone No
Your Message

AMINAGROTECH FARM 013-222 9976
Nak dapatkan $10 free? Hanya daftar sahaja. Tak perlu keluarkan wang. Tak salah kalau mencuba benda percuma ni. Jangan tunggu lagi! Lawat pasifincome

HUBUNGI KAMI SEGERA UNTUK SEBARANG PERTANYAAN MENGENAI TERNAKAN..TALIAN HAYAT 24 JAM!!

Thursday, February 28, 2008

STOK KAMBING BARU TIBA!!!! 29/2/2008

Assalammualaikum dan selamat sejahtera!!

Stok kambing yang baru tiba di kandang kami di Pulau Meranti...tambahan jamnapari cross jawarando, boer f3/f4/f5, kambing kampung dan yang terbaru...khusus untuk penternak sekitar Pulau Meranti...kami menjual pellet BIO-PALMA...ala..beli kat kilang kat kuala pilah tu...penghantaran? Hehehe...payah juga kan? Kalau amik 10 guni tu takkan kami nak hantarkan ye tak? Okla...jumpa lagi nanti...saya nak balik Rembau!! Nanti saya update gambar kandang baru...InsyaALLAH!!

Monday, February 25, 2008

DEMAM PILIHANRAYA...JANGAN KAMBING DEMAM!!

Assalammualaikum...dan selamat sejahtera!!

Dah lama kita tak jumpa dalam ruangan...hah..kau pikirlah sendiri!!!! (amik ayat Nabil Raja Lawak) Ok jugak kalau setiap ruangan penulisan saya ni saya namakan...Ruangan..HAH..KAU PIKIRLAH SENDIRI!!! (Ni sebab banyak sangat tengok Raja Lawak!)

Demam pilihanraya dah nak bermula...sana-sini orang pasang bendera...kebetulan juga tetiba orang dah kurang sikit menelefon saya untuk datang melawat kandang..diaorang sibuk berkempen ke? Atau sibuk mohon bantuan kat wakil rakyat...maklumla...masa ni la kalu kita minta/mohon bantuan...mereka akan tunaikan...Apa?? Rembau?? Khairy Jamaludin yang bertanding?? Sapa pun yang bertanding atau sapa pun yang menang...harapnya membawa kebaikan pada semua orang...tak kira di Rembau aje...kat tempat lain pun...pemimpin yang tak betul..takkan kita nak pilih ye tak? Hehehe...maafla...saya bukan nak bangkitkan isu politik kat sini...gunakanlah kebijaksanaan anda untuk mengundi...gunakan kuasa pada tangan anda untuk memilih calon yang berwibawa...'saya bukan anti-kerajaan'...saya cuma anti-kemungkaran dan anti-maksiat (petikan dari kata-kata Allahyarham Ustaz Datuk Ishak Baharom semasa beliau dilucutkan jawatan sebagai mufti dahulu...Al-Fatihah untuk beliau).

Ok..kita lupakan pasal kempen ni sekejap...terima kasih tak terhingga pada bro remy, bro amri, bro man, abg din, abg edin, kak nor dan suami, bro salih, bro zaki..dan yang lain...harap puashati dengan kambing yang dibeli...takpun dengan layanan kami yang tak seberapa semasa kedatangan anda semua!! Terima kasih...tanpa anda..sapalah kami...sapalah AMINAGROTECH. Kami cuba memberikan yang terbaik untuk anda. Ok..2-3 hari lagi..kami akan membawa masuk kambing jamnapari cross betina.. dan jamnapari pure jantan 3 ekor...kambing biri-biri sudah habis ditempah di Pusat Kuarantin lagi..harap maaf pada yang lewat menempahnya...kami sendiri pun takde stok kambing biri-biri....update kambing di Pulau Meranti sekarang ni...boer, jamnapari cross jawarando, anak kalahari, anak jamnapari, anak boer dan kambing kampung...kandang baru pun dah siap..so sekarang ni kambing semua berlari2 dalam kandang sebab dah tak perlu berhimpit...tak sangka ye..dalam masa setahun lebih...di Pulau Meranti dah ada 2 kandang besar...di Rembau ada satu kecil dan satu lagi dalam proses pembikinan...

Rasanya baru semalam saya menyorong keta sorong..menolak pasir membuat pagar di kandang...mengangkat sendiri tiang batu...memanjat kandang memasang zink..memacam lagila..masa tu pun dengan kursus/latihan yang tak pernah disertai...main gamble je...redah je dunia ternakan ni...tapi betul kata orang dulu2..kalau tak dipecahkan ruyung...manakan dapat sagunya...bela dulu kambing...baru tahu..baru kita dapat ilmu pasal ternakan...bercakap pasal pembelajaran ni...ramai juga yang datang ke kandang kami untuk belajar je...TAK KISAH!! Kami sedia membantu sesapa sahaja selagi termampu...lagi satu...segala khidmat nasihat..proses pembelajaran...kami berikan secara PERCUMA!!! Cuma kalau nak bawak balik kambing..kenalah bayar yek...hehehehe....

Okla..jumpa lagi nanti...sekarang ni saya masih blajar buat silaj...dulu buat tak jadik...takpe...nanti kalau menjadi....saya akan kongsi pada anda semua...kita sama-sama buat silaj!! Biar orang dah tak pakai dah pellet kambing yang semakin cekik darah penternak...biar diaorang pulak yang merayu kat penternak untuk membeli pellet mereka...biar kita sesama penternak realisasikan impian nih...kuasa di tangan kita...gunakan minyak S_ _ _ _ untuk lebih kuasa...jangan jadik gila kuasa...ingatlah...ALLAH MAHA KUASA!! Jumpa lagi di lain hari...berhati-hati ketika memandu...jangan jadikan anda sebahagian daripada statistik kemalangan....jumpa lagi...HAH PIKIRLAH SENDIRI!!!! selamat...

Wednesday, February 20, 2008




Bertempat : Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak
Tarikh : 6 April 2008 (Ahad)
Masa : 8:30pg - 5:30ptg
Kaedah kursus : Menumpukan lebih kepada praktikal
Termasuk : Nota panduan, makan, minum, beg media dan sijil
Bayaran : RM 200.00Penyertaan : 20 orang sahaja.

** Untuk makluman lanjut boleh hubungi person incharge...atau layari blog http://tunas-alamagrotech.blogspot.com/

Monday, February 18, 2008

SISTEM PAWAH...JANGAN BERPALING TADAH SUDAH!!

Assalammualaikum dan selamat sejahtera...

Apa khabar sahabat semua yang masih setia membuka blog saya yang tak seberapa ni...hehehe...nak cite sikit je..pasal gaya penulisan saya ni kekadang bila saya terbaca blog lain...macam sama je pengenalan dia...gaya dia susun ayat pun macam sama jek...kebetulan agaknya...

Oklah...biarlah dia nak tiru ke nak ape ke..janji sesama boleh berjaya!! Pertama sekali nak ucap terima kasih kepada sahabat yang menelefon bertanya mengenai kambing..samaada nak beli, nak belajar, nak datang melawat...nak belanja je belum ade...hehehe...bro amir, bro amri, mr siva, Tuan Abdullah, Tuan Omar, bro rosli, bro am, Mr sara, Hj Kifli, Cik Yati, Mr Rama..abg ibrahim..abg din..sori kalau terlupa nak letak nama..Terima kasih sekali lagi kerana meletakkan kepercayaan kepada kami untuk membeli baka kambing kami ataupun berkongsi maklumat mengenai ternakan...harapan semoga anda semua juga berjaya..kalau saya boleh..kenapa tidak anda semua???

Sistem Pawah?? Ramai juga yang bertanya pada saya samaada menawarkan sistem pawah atau contract farming ni...bukan saya tak mahu...saya merasakan masih belum layak untuk menjadi
sifu atau belum layak untuk menawarkan kepada public sistem tersebut. Dengan prasarana yang belum lengkap..dan lebih utamanya ialah ilmu berkaitan ternakan ni..saya baru nak masuk 2 tahun dalam bidang ternakan ni...semakin lama saya duduk dalam dunia ternakan ni..rasanya semakin banyak yang saya tak tahu...harapan saya semoga sahabat yang ingin menceburi sistem pawah atau contract farming ni kena pastikan syarikat yang menawarkan khidmat tersebut boleh dipercayai...lebih elok sekiranya syarikat tu sekurang-kurangnya sudah 5-10 tahun dalam bidang ternakan..kalau setakat baru setahun jagung dah sibuk nak menawarkan sistem pawah...sendiri mau ingat la kan...tapi siapa tahu...kekadang dengan sistem pengurusan yang baik..syarikat yang baru juga boleh jadi lebih baik dari yang lama...duit masing-masing..pepandaila guna kepala nak berfikir...hehehe...

Ok..kandang baru saya di Pulau Meranti sudah siap...sedia menanti kehadiran stok-stok kambing yang baru tiba...Alhamdulillah...sekarang ni sambung semula projek menambah kandang di Pusat Ternakan Mini Kambing Boer di Rembau...ntah bila siapnya tu tak tahula..almaklumla kan....tunggu gaji...baru bleh buat sikit...hehehe...nak pilihanraya ni...takde ke wakil rakyat yang berminat nak salurkan bantuan pada Pusat Ternakan Mini Kambing Boer?? Hahaha...jangan haraplakan?? Takpe...walaupun modal saya tak seberapa..sekurang-kurangnya saya tak menagih simpati orang lain...saya nak buktikan yang penternak seperti saya juga boleh hidup tanpa bantuan mereka...kalau saya boleh buat..kenapa anda semua tak boleh??? Sekian..jumpa lagi.

Thursday, February 14, 2008

ANAK KAMBING UNTUK DIJUAL!!!!

Salam ternak semua!! Ini dia stok anak kambing yang jarang-jarang ade...bagi yang nak bela kecil-kecilan tu...inilah anak kambing kami yang ade....kambing ape? Anak boer ade..anak jamnapari ade...anak kalahari ade...anak kaplo pun ade kot...semua sekali kalu tak silap ade 30 lebih...cepat ye...siapa cepat dia dapat...takut orang dah sapu bersih...harga? Mmm...dalam RM450 ke atas...lain umur n saiz, lain harga...terima kasih...layan.....





Monday, February 11, 2008

PUSAT TERNAKAN MINI KAMBING BOER!! (4)






PUSAT TERNAKAN MINI KAMBING BOER!! (3)






PUSAT TERNAKAN MINI KAMBING BOER!! (2)






PUSAT TERNAKAN MINI KAMBING BOER!! (1)






Boer!! Boer!! Boer!! Oh Boer!!

Gambar Kambing Di Rembau..Pusat Ternakan Mini Boer!!






Silala menjamu mata gambar kambing saya yang diambil pada 26/01/08.....InsyaALLAH saya akan saya jadikan pusat ternakan mini kambing boer...layan!!!


Petua Orang Dulu-Dulu

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Petua orang tua-tua...kalau kambing sakit,

1) CIRIT-BIRIT
Bagi makan daun jambu batu....atau bagi makan buah ciku yang muda...tapi kenala hancurkan dulu buah ciku...takut tercekik plak nanti...lagi satu jangan lupa bersihkan kotoran/najis pada kambing yang terkena cirit untuk mengelakkan penyakit kulit...

2) KEMBONG
Mengikut kata beberapa orang pakar...chewah...air asam jawa atau air halia diberi minum pada kambing yang mempunyai masalah tersebut..

3) URI MELEKAT
Yang ni biasanya penternak akan gantung botol atau batu pada uri yang terkeluar tu...simple kan??

4) KUTU
Mandikan kambing dengan shampoo rejoice...hehehe...eh..mandikan dengan air garam...atau macam yang saya kata pada artikel sebelum ni...gosokkan abu kayu api pada badan kambing...abu kayu ni cubala pada rambut anda yang ade masalah kutu...mungkin mujarab juga...gurau jek...

5) KURAP
Kambing yang terkena kurap...ambil belerang, minyak masak dan sedikit minyak tanah...campur dan masak sehingga belerang tu cair...dah sejuk sapukan pada kulit kambing yang kurap...PERINGATAN! sekiranya di sapu semasa minyak tengah panas...kemungkinan dengan tangan anda akan berkurap..hehehe. Kalu malas nak sapu benda ni...anda boleh menggarukan sendiri badan kambing yang terkena kurap sehingga kambing tersebut suruh berhenti...hehehe...

Okla...itu aje yang saya nak kongsikan kali ni...bukan ape...sekarang ni ubat moden dah mahal...melampau plak tu harga dia...so sebagai alternatif tak salah kita gunakan ubat tradisional...ambil lah yang baik sebagai ilmu pengetahuan...yang saya melawak tu sebab nak hilangkan kebosanan...hehehe...jumpa lagi!

Setahun Sudah Berlalu Februari Muncul Kembali...

Kambing ni suka melepak atas abu bahan bakar...selepas saya selidik rupanya abu ni dapat mengelakkan kambing terkena kutu....

Ternakan yang menunggu masa untuk meletup!! Sebab memasing dah bunting.


Walaupun dia lepak atas abu...bulu kambing ni tetap bersih dan licin..(macam iklan pencuci muka plak)

Salam ternak semua...chewah...tajuk kali ni macam sedih je...sebenarnya masa tulis blog ni kebetulan bukak lagu Alleycats...tu yang layan sekejap tu...ok...apa nak cerita kali ni? Pertama sekali sila lihat gambar di atas...gambar dari kandang saya di Rembau...kandang yang akan saya jadikan pusat ternakan boer di Rembau...nak lawan projek kerajaan yang kat tepi jalan tu...takpe...dia ade modal besar...saya modal kecik...tak jadik masalah...pelan-pelan kayuh...


Cuti hari tu ke mana? Saya balik JB...jumpa mak dan ayah la...ok..ada jumpa 2 orang penternak di Layang-layang dan sedenak...abg jamil dan bro ijal...tima kasih sebab sudi turunkan ilmu ternakan pada saya..lepas tu saya ke Melaka...kebetulan..berjumpa seorang usahawan tani...yang betul-betul dikatakan usahawan!! Kenapa? Sebab...bro man..(nama betul bro othman) dari ayer molek, melaka...mengusahakan pelbagai jenis bidang pertanian...seorang bekas graduan UiTM...tinggalkan kerjaya sebagai chef di hotel yang selesa...menjalankan projek penanaman kelapa, belimbing, buah salak, buah limau, sayur-sayuran dan akhir sekali...semestinya ternakan kambing...tak silap saya beliau ade 3 orang pekerja yang membantu urusan seharian...dengan kandang kambing yang tak seberapa..beliau menegaskan bahawa pulangan yang diterima amat memuaskan...syabas bro othman!!! (nanti bleh makan kurma daging kambing lagi)...macam mana dengan kita yang ade kandang macam istana...kekadang tu harga kandang melebihi harga kambing yang ada di dalamnya..fikir-fikirkanlah..

Disini saya ingin memberitahu...kecantikan kandang atau kecanggihan kandang bukan ukuran kejayaan ternakan kambing...buat permulaan...binalah kandang ikut kemampuan...ikut saiz poket sendiri...tak perlu menagih simpati memohon pinjaman sana-sini sedangkan hasilnya belum pasti....bila dah buat pinjaman beribu-ribu...adakah kita mempunyai ilmu dan pengalaman yang cukup untuk mentadbir kandang kambing tu nanti?? Tepuk dada tanyala selera...jangan sebab ramai orang yang buat..kita pun terpengaruh nak buat...belajar dulu selok-belok ternakan...belajar dulu cara nak cebok kambing kalau kena cirit-birit..belajar dulu cara nak pegang kambing dengan betul..belajar dulu cara nak buang ulat kat badan kambing kalu kena puru...belajar dulu perah susu kambing...kalu nak pegang pun takut...hentikan ajela niat nak memulakan ternakan ni (ini pengalaman sebenar)...baik buat projek tanaman cendawan ke..tanam bunga okid ke..(mungkin lebih bersih)

Saya bukan nak lemahkan semangat rakan-rakan yang masih baru atau yang telah lama...sebaliknya jadikanla kata-kata saya ni sebagai pembakar semangat untuk teruskan projek kambing seperti yang telah dirancang...kalau perlukan pertolongan...jangan segan untuk bertanya...saya akan cuba membantu sedaya mungkin walaupun dulu ada di kalangan penternak yang tak suka dengan kehadiran saya...ade juga yang memandang rendah penternak baru seperti saya...biarla benda tu berlaku pada saya sahaja...kehadiran saya dalam dunia ternakan ni bukan semata-mata mencari keuntungan sahaja...apa salahnya kita lebarkan rangkaian persahabatan kita...InsyaAllah...Jumpa lagi.

 

blogger templates | Make Money Online