BUSINESS CARD

KURSUS ASAS PENGURUSAN DAN RAWATAN TERNAKAN KAMBING AKAN KEMBALI!!!

Assalammualaikum dan selamat sejahtera,

Pelaburan minimum yang bakal anda keluarkan untuk memulakan ternakan kambing sekurangnya RM10k. Ada antara bakal penternak yang mengeluh kerana yuran yang kami kenakan terlalu mahal. Tapi fikirkanlah semula dengan jumlah pelaburan yang bakal anda laburkan dengan yuran untuk menyertai kursus ini...tidak sampai atau kurang dari 4%. Jadi fikirkanlah ilmu yang bakal diperolehi dalam kursus kami ini nanti...lakukan langkah yang bijak...jangan salahgunakan modal anda...kami akan berkongsi pengalaman dalam ternakan ini....telefon segera untuk pengesahan tempat.
TARIKH : AKAN DIBERITAHU KELAK

TEMPAT KURSUS:

1) AGROBANK DEVELOPMENT INSTITUTE ( ABADI ) ( Lot 7 Persiaran Institusi, 43000 Kajang, Selangor )

2) KANDANG DE KEBUN SDN BHD, PULAU MERANTI, PUCHONG, SELANGOR.

TEMPAT TINGGAL:
AGROBANK DEVELOPMENT INSTITUTE ( ABADI ) ( Lot 7 Persiaran Institusi, 43000 Kajang, Selangor )

MAKAN/MINUM: DISEDIAKAN SEPANJANG KURSUS

MASA : 8.30 AM SEHINGGA 11.00 MALAM.

PENYERTAAN : TERBUKA KEPADA YANG BERMINAT. SIJIL DISEDIAKAN. SIJIL DARI JABATAN KERAJAAN.

YURAN : RM450

PESERTA : 20 ORANG SAHAJA

HUBUNGI : EN KHAIRUDIN (016-220 2425), PN SARAH (016-322 0466), EN TALIB (019-276 6102) EN. AMIN (016-2201549)

SILA TELEFON KAMI DENGAN SEGERA UNTUK BORANG PENYERTAAN DAN PENGESAHAN TEMPAT. SIJIL PENYERTAAN DISEDIAKAN!!!!

PLEASE LEAVE YOUR FEEDBACK/COMMENT HERE

Name:
Email Address:
Phone No
Your Message

AMINAGROTECH FARM 013-222 9976
Nak dapatkan $10 free? Hanya daftar sahaja. Tak perlu keluarkan wang. Tak salah kalau mencuba benda percuma ni. Jangan tunggu lagi! Lawat pasifincome

HUBUNGI KAMI SEGERA UNTUK SEBARANG PERTANYAAN MENGENAI TERNAKAN..TALIAN HAYAT 24 JAM!!

Thursday, July 24, 2008

PUSAR DI KEPALA TANDA KESERASIAN PENTERNAK??

Assalammualaikum dan selamat sejahtera....

Maaf kerana dah lama tak update blog saya yang tak seberapa ini...tugas dan tanggungjawab yang dipikul ditempat kerja dan juga kerancakan projek kambing dalam usaha mempromosi penternak tempatan membataskan tugas saya untuk memberi info-info terbaru pada sahabat yang datang melawat ke sini. Tajuk kat atas tu? Saya tertarik dengan email seorang sahabat yang ingin berkongsi ilmu dengan saya melalui email...beliau kata kalau penternak ada 2 pusar atas kepala..berkemungkinan mempunyai keserasian dalam bidang ternakan...tapi saya ada pusar 3...camno tu? hehehe....

Pertama sekali terima kasih kepada abg Hasim and partner, kak zie, abg rosdi, abg rosli, kak nisa n family, bro raja and partner, bro siva, abg husin, abg noh, bro anuar (maaf kalau ada yang saya terlupa)....yang sudi datang ke ladang kami di Pulau Meranti, Puchong untuk membeli atau sekadar berkongsi ilmu ternakan yang tak seberapa yang ada pada kami...sokongan anda semua membuatkan saya akan terus berjuang dalam industri ini. Kepada yang telah menghantar email atau terus menelefon/sms kepada saya...terima kasih juga.....Terima kasih kepada 47 penternak kecil dan besar yang telah memberi company profile kepada saya...sokongan yang tidak diduga dari Tuan-tuan dan Puan-puan semua amatlah saya hargai...dan saya ada terdengar ada yang mengatakan usaha saya ini sia-sia dan ada juga yang mengatakan hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam...dan ada juga yang memberi teguran sinis yang saya akan menyalahgunakan company profile penternak semua...terima kasih atas teguran serta nasihat dari semua...niat saya ikhlas...saya memang tidak mengenali anda semua...dan kebanyakan penternak juga tidak mengenali saya...tapi kepercayaan yang telah diberi oleh sahabat semua akan saya usahakan sebaik mungkin...kita mampu merancang...Tuhan yang akan menentukan.

Baiklah...saya telah diminta untuk mengumpulkan sehingga 100 orang penternak dalam Malaysia untuk mebuktikan bahawa penternak tempatan juga sudah mampu untuk memenuhi permintaan dalam negara dan juga mungkin untuk pasaran luar negara sekiranya diberikan peluang kelak..seandainya usaha saya ini gagal...saya bercadang untuk berjumpa dengan semua penternak yang telah menghantar company profile kepada saya dan kita boleh duduk bersama dan berbincang atas apa yang boleh dilakukan untuk terus maju bersama dalam industri ini. Ini cuma cadangan yang tak seberapa dari seorang anak muda yang masih mentah dalam dunia ternakan ini...dan saya mengharapkan pandangan dari sahabat lain yang jauh lebih berpengalaman untuk bersama membantu memajukan industri ternakan kambing di Malaysia ini. Setakat ini untuk hari ini...InsyaAllah...minggu depan saya akan update gambar terbaru anak-anak kambing boer F4 saya yang akan cerai susu tak lama lagi...sokongan dari sahabat semua amatlah saya harapkan. Terima kasih.

Tuesday, July 8, 2008

KAMI PERLUKAN COMPANY PROFILE PENTERNAK!!!

Assalammualaikum dan selamat sejahtera,

Seperti tajuk di atas...kami memerlukan company profile penternak-penternak kecil yang masih tercari-cari saluran yang terbaik untuk memasarkan kambing mereka. Tujuan kami adalah untuk menunjukkan pada agensi kerajaan yang terlibat bahawa kita sebagai penternak sememangnya serius berkecimpung dalam bidang ini selaras dengan matlamat negara untuk menjadikan 'Pertanian Adalah Perniagaan'. Tapi pernahkah kita terfikir??? siapakah yang patut menjayakan saranan kerajaan tu?? Di manakah kita nak jual kambing-kambing kita bila membiak esok?? Satu persoalan yang sebenarnya adalah realiti dalam dunia ternakan ini...dan sebab itulah kami rasa industri ternakan/pertanian di Malaysia ini takkan ke mana...dan sampai bila kita nak bergantung pada Australia?? Indonesia?? South Africa??

Pernahkah kita terfikir....adakah baka yang mereka bekalkan pada kita tu baka yang terbaik?? Untuk pengetahuan bakal penternak atau penternak yang baru...sebenarnya di Malaysia sendiri kita dah ada 'breeder' yang bagus...'breeder' yang mampu menghasilkan baka yang lebih baik dari mereka...cuma mereka ni tak expose lagi pada umum atau mungkin mereka ini tidak mempunyai bekalan mencukupi akibat permintaan yang banyak...dan saya percaya...ini berlaku pada penternak yang besar...penternak yang mempunyai 'cable' yang bagus....tapi apa akan jadi pada penternak-penternak kecil macam kami?? Penternak-penternak yang tidak mempunyai 'cable' atau sedara-mara di agensi yang berkenaan??? Fikir-fikirkanlah...saya percaya...semua penternak mampu menternak kambing...mampu menghasilkan baka yang terbaik....tapi bila berlaku limpahan baka-baka terbaik itu...di manakah saluran yang sepatutnya kita ikut untuk memasarkan kambing tersebut??

Jadi...sebagai kesimpulannya...kami telah berusaha untuk berjumpa dengan beberapa agensi kerajaan yang sudi membantu kami untuk memasarkan kambing-kambing tersebut...InsyaAllah...niat kami adalah untuk membantu kawan-kawan kami atau sesiapa sahaja yang berminat untuk bersama-sama sebagai satu pasukan atau 'team' untuk menunjukkan bahawa kita serius dalam bidang ini...itu sebabnya saya memerlukan company profile Tuan-tuan dan Puan-puan untuk dimajukan ke agensi kerajaan yang sudi membantu kita sebagai penternak...dan harapan saya semoga kita akan dapat menubuhkan sebuah persatuan yang akan membela nasib kita sebagai penternak...takpun sekurang-kurangnya memberi sedikit manfaat pada penternak yang menyertai persatuan tersebut. Bersatu kita teguh...bercerai kita roboh...semoga usaha murni kami ini mendapat keberkatan dari Allah dan mendapat sokongan dari anda semua!!! AllahuAkbar!!!

Tuesday, July 1, 2008

MINI BOER DI REMBAU JADI KENYATAAN??

Aikss....tinggal lidi je???

Depa makan daun kelapa sawit...aku belasah buah kelapa sawit...hehehe

Inilah dia daun 'mongsu'....kambing suka makan nih...buat ubat gak...

Tengokla...berebut makan...daun kelapa sawit pun dah tak pandang..

Anak kambing yang 2 bulan lebih pun suka makan gak daun ni....

Assalammualaikum dan selamat sejahtera...


Tajuk kat atas tu menjadi persoalan...adakah projek ternakan mini kambing boer di Rembau ini akan menjadi kenyataan?? Adakah kami mampu bersaing dengan projek ternakan komersial yang lain?? Adakah saya sudah bosan dengan projek ternakan kambing ni??? Gambar-gambar ini yang menjadi saksi....saya sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai tujuan yang diimpikan...doakan kejayan saya ye...InsyaAllah...

ANAK KAMBING DAH 2 BULAN LEBIH DI REMBAU!!

Beza tu...anak yang berusia 2 bulan dengan 4 bulan kat belakang tu...

Mmmm...sedap jugak daun kelapa sawit ni...hehehe

Baik-baik...nanti mata tu tercucuk lidi...

Bebudak ni dah pandai makan daun kelapa sawit...habisla aku nanti kena berebut juga...

Ini la pejantan boer FB di Rembau....baru berusia 1 tahun 4 bulan....ada yang minat ke? hehehe

Assalammualaikum dan selamat sejahtera...


Rasanya dah lama saya tak update gambar anak kambing saya di Rembau...dalam masa 2 bulan lebih ni...anak kambing sudah ade yang mencecah 16 kilo...dah lama saya berhenti pemberian susu tambahan...kos tu...hehehe...ok...ade 7 ekor anak boer f3/f4 jantan yang ingin dijual pada harga rm450-rm650. Sila hubungi saya untuk keterangan lanjut. Layan aje la gambar ni ok...jumpa lagi...

UPDATE KAMBING UNTUK DIJUAL DI PULAU MERANTI!! (2)

Assalammualaikum dan selamat sejahtera...

Ini lagi gambar kambing yang hendak dijual...sila baca penerangan di bawah gambar...terima kasih.

Anak kambing jamnapari cross dan boer cross betina 16 ekor, umur 3-4 bulan...harga RM8,000 dirunding.

Ini induk boer f3/f4...ini tak jual....semua sedang sarat bunting....

Inilah pejantan boer FB yang ada di kandang kami...kami akan pastikan cuma baka yang terbaik sahaja dikahwinkan untuk mendapatkan anak yang bai...InsyaAllah


Ini pejantan kalahari (Tyson)....umur nak masuk 2 tahun...ini BUKAN UNTUK DIJUAL.

Kambing boer induk f3/f4 yang ada di kandang Pulau Meranti untuk tujuan pembiakbakaan.

UPDATE KAMBING UNTUK DIJUAL DI PULAU MERANTI!!

Kambing jamnapari pure jantan, umur 1 tahun, harga RM2500 dirunding.

Kambing boer induk f3/f4, harga RM980 dirunding

Kambing boer induk f3/f4, harga RM1200 dirunding.

Kambing jamnapari cross jawarandu, berat 30kg ke atas, RM650 ke bawah dirunding.

Kambing biri-biri marino, berat 25 kg ke atas, harga RM650 dirunding.

Assalammualaikum dan selamat sejahtera...berikut adalah gambar terkini kambing-kambing yang ingin dijual di kandang kami...sila telefon atau datang sendiri untuk melihat baka kami...anda pasti berpuashati!! Stok bulan June. Layan.....

Tarikh update:28/06/08

 

blogger templates | Make Money Online