BUSINESS CARD

KURSUS ASAS PENGURUSAN DAN RAWATAN TERNAKAN KAMBING AKAN KEMBALI!!!

Assalammualaikum dan selamat sejahtera,

Pelaburan minimum yang bakal anda keluarkan untuk memulakan ternakan kambing sekurangnya RM10k. Ada antara bakal penternak yang mengeluh kerana yuran yang kami kenakan terlalu mahal. Tapi fikirkanlah semula dengan jumlah pelaburan yang bakal anda laburkan dengan yuran untuk menyertai kursus ini...tidak sampai atau kurang dari 4%. Jadi fikirkanlah ilmu yang bakal diperolehi dalam kursus kami ini nanti...lakukan langkah yang bijak...jangan salahgunakan modal anda...kami akan berkongsi pengalaman dalam ternakan ini....telefon segera untuk pengesahan tempat.
TARIKH : AKAN DIBERITAHU KELAK

TEMPAT KURSUS:

1) AGROBANK DEVELOPMENT INSTITUTE ( ABADI ) ( Lot 7 Persiaran Institusi, 43000 Kajang, Selangor )

2) KANDANG DE KEBUN SDN BHD, PULAU MERANTI, PUCHONG, SELANGOR.

TEMPAT TINGGAL:
AGROBANK DEVELOPMENT INSTITUTE ( ABADI ) ( Lot 7 Persiaran Institusi, 43000 Kajang, Selangor )

MAKAN/MINUM: DISEDIAKAN SEPANJANG KURSUS

MASA : 8.30 AM SEHINGGA 11.00 MALAM.

PENYERTAAN : TERBUKA KEPADA YANG BERMINAT. SIJIL DISEDIAKAN. SIJIL DARI JABATAN KERAJAAN.

YURAN : RM450

PESERTA : 20 ORANG SAHAJA

HUBUNGI : EN KHAIRUDIN (016-220 2425), PN SARAH (016-322 0466), EN TALIB (019-276 6102) EN. AMIN (016-2201549)

SILA TELEFON KAMI DENGAN SEGERA UNTUK BORANG PENYERTAAN DAN PENGESAHAN TEMPAT. SIJIL PENYERTAAN DISEDIAKAN!!!!

PLEASE LEAVE YOUR FEEDBACK/COMMENT HERE

Name:
Email Address:
Phone No
Your Message

AMINAGROTECH FARM 013-222 9976
Nak dapatkan $10 free? Hanya daftar sahaja. Tak perlu keluarkan wang. Tak salah kalau mencuba benda percuma ni. Jangan tunggu lagi! Lawat pasifincome

HUBUNGI KAMI SEGERA UNTUK SEBARANG PERTANYAAN MENGENAI TERNAKAN..TALIAN HAYAT 24 JAM!!

Sunday, April 20, 2008

STOK APRIL HABIS...TERIMA KASIH!!!!

Assalammualaikum...dan selamat sejahtera...

Sukacita dimaklumkan...STOK KAMBING UNTUK DIJUAL SUDAH HABIS!!! UPDATE PADA 20/4/2008. Hanya tinggal dalam 20 ekor jamnapari cross jawarando!!! Pejantan dan induk boer habis!!! Jamnapari juga tinggal sedikit.

Terima kasih kepada sahabat yang datang melawat (pelawat atau pembeli di kandang kami saya anggap sebagai sahabat). Terima kasih kepada return customer kami..terima kasih kepada yang sanggup datang dari NEGARA JIRAN...terima kasih kepada yang membawa pembeli ke kandang kami...Terima kasih kepad semua yang menyokong kami...dan yang paling penting....TERIMA KASIH ALLAH!!! Atas segala nikmat dan rezeki dari-MU..

Untuk keempat kalinya...dalam masa 4 bulan..kandang kami kehabisan stok!!! Kami terpaksa tunggu batch bulan MEI. Diharap sahabat semua bersabar kerana untuk bulan Mei ini dijangkakan kami akan membawa stok yang lebih banyak...kerana terdapat beberapa sahabat yang sedang menunggu untuk memasukkan kambing ke kandang mereka pertama kalinya..

Di sini boleh saya nak buat kesimpulan sedikit berkaitan strategi pemasaran supaya menjadi panduan bagi semua penternak..yang baru atau yang lama...

Saya perhatikan...kambing jamnapari merupakan baka yang lebih laju penjualannya berbanding boer...mungkin disebabkan harga yang lebih murah...di samping itu..kami juga menawarkan khidmat nasihat secara PERCUMA kepada penternak yang kebanyakannya adalah penternak baru....AFTER SALES SERVICE...hehehe...bermaksud..kami akan cuba sedaya kami memantau kambing-kambing yang dibeli daripada kandang kami...supaya juga menjadi rujukan kepada kami berkenaan kualiti kambing yang dibawa masuk...sekiranya kambing tersebut bermasalah...kami akan cuba mencari sumber dari importer yang berlainan...seperti anda semua yang mempunyai banyak pilihan dalam membeli kambing...kami juga mempunyai pelbagai pilihan pengimport kambing yang menawarkan kambing yang berkualiti pada harga yang kompetitif.

Okla...berjumpa lagi di lain kali...sebelum terlupa..ucapan terima kasih saya pada sahabat yang datang berjumpa atau sekadar menelefon meminta bantuan khidmat nasihat...sebenarnya dalam hal penjagaan atau rawatan kambing ini...kita kena bersama-sama belajar....bukan maksudnya saya sudah lama dalam bidang ini boleh mendabik dada kepada orang baru..tapi pada saya...semakin banyak yang saya belajar pasal kambing...semakin banyak sebenarnya yang saya tak tahu!!! Tolonglah saya juga!!!! Hehehehe....Jumpa lagi..Berhati-hati di Jalanraya!!!

Thursday, April 17, 2008






Assalammualaikum dan selamat sejahtera...


Hehehe...tajuk je gempak...citer sama je...nak masukkan gambar abak kambing...hehehe...tapi last week...kandang saya di masuki 3 orang 'Mat Bangla'...dapat ditangkap oleh pakcik saya...dan diberi amaran..sehingga hari ini...saya masih rasa risau akan berlaku kecurian di kandang Rembau...semoga ALLAH sentiasa melindungi ternakan saya tu..termasuklah Tuan punya kandang...hehehe...


OK..nak cerita pasal pellet...mak oii...harga dah melampau dah sekarang ni dan seperti biasa terdapat beberapa penternak yang cuba membuat ramuan sendiri dan ada yang telah menjual produk makanan kambing memasing...bagus...teruskan usaha anda!! Biar pengeluar utama makanan kambing tu merayu kat kita pulak untuk beli pellet diaorang...sebenarnya pada saya...sebagai penternak..kita hendaklah mempelbagaikan makanan yang akan diberikan pada ternakan kita dan semestinya pellet ini pada saya cuma supplement untuk ternakan tersebut. (supplement=makanan tambahan)..dapatkan sumber makanan lain yang lebih murah...jangan sangka kalau ternakan tak makan pellet..ternakan akan mati...


Dan seperti saya beritahu dulu...kambing makan dun ubi kayu juga mampu berdiri megah seperti kambing yang diberi vitamin...kambing yang tak makan pellet juga mampu melahirkan anak kembar...jadi..gunakan kebijaksanaan anda sebagai penternak untuk mencuba pelbagai alternatif...macam mana nak cari alternatif tu?? Lu pikirlah sendiri!!!! Hahahaha....Layanlah gambar anak kambing yang tak seberapa ni..sebagai pembakar semangat untuk penternak terus menjalankan projek sedia ada..ataupun pada yang mahu bermula...jumpa lagi...Wassalam.



Wednesday, April 16, 2008

PROJEK TERNAKAN MAMPU MILIK KINI BERKEMBANG!!






Assalammualaikum dan selamat sejahtera...


Pertama sekali saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada pembeli-pembeli kambing di kandang kami yang sentiasa memberi sokongan kepada kami...dari Kluang, Pekan, Kemaman, Kuala Pilah...ini membuktikan kepercayaan yang diberikan oleh penternak-penternak terhadap produk kami semakin berkembang...pembeli bukan setakat sekitar Kuala Lumpur atau Selangor..malah dari Pulau Pinang dan Perlis juga bertanyakan sama ada kami mempunyai cawangan di sebelah sana...hehehe...kalau boleh setiap negeri kami nak bukak kandang...tapi maklumlah kami ni juga budak baru belajar...InsyaALLAH..sokongan daripada anda semua akan menguatkan semangat kami untuk terus ke hadapan.


Sebelum ni saya ada meletakkan gambar sahabat saya..Abg Din di dalam blog ni...2-3 orang yang menelefon mengatakan itu adalah saya...bukan...sebenarnya itulah Tauke De' Kebun...Abg Din. Dialah yang mengajak saya untuk bergabung tenaga bersama menerokai bidang ternakan ni..minta maaf...saya tidak dapat menunjukkan gambar saya dalam ni...kerana saya masih bekerja makan gaji sepenuh masa..dan tak elok kalau kompeni saya tahu saya menjalankan aktiviti ternakan di luar masa pejabat..sedangkan saya tak mengganggu atau mencampur-adukkan urusan pejabat dan urusan kambing.


Ok..saya nak tunjukkan lagi gambar anak kambing yang saya baru ambil minggu lepas...semuanya berusia dalam 4-5 hari dari masa gambar ini diambil...semoga berjumpa lagi...terima kasih pada bro Lukman, bro Talib, bro Abu, bro Saleh, bro Nasir dan bro Fendi yang sudi membeli kambing dengan kami...dan juga berkongsi pengetahuan masing-masing yang begitu berharga dengan kami...semoga usaha kalian juga akan terus maju dan diberkati ALLAH...InsyaAllah...


Tuesday, April 15, 2008

Assalammualaikum dan selamat sejahtera...

Hari ini dalam sejarah!!! Buat pertama kalinya...selepas berkecimpung selama setahun setengah dalam bidang ternakan...saya menyertai kursus ternakan kambing...itupun sebab mengganti sahabat yang tidak sihat...itu pun sebab bayaran dia rm20 je...itu pun orang yang belanja...hehehehe...kursus selama 3 hari ni pada saya okla...usahasama antara Al-Barakah dan Bank Pertanian Malaysia..dapatla kenal beberapa penternak..boleh juga berkongsi idea dan pengalaman..itulah gunanya kursus...tapi kenapa kursus mahal sangat biasanya?? Sendiri mau ingatla...kebanyakan yang menceburi bidang ternakan ni orang kampung..atau orang yang ingin mencari pendapatan tambahan...kalau harga satu kursus dah sama dengan kambing boer...dah terbantut rancangan diaorang nak pergi kursus termasuk saya...itu sebabnya..saya mengalu-alukan penternak baru atau lama..atau sesiapa sahaja yang ingin belajar dengan saya...silakan..jemput datang ke kandang saya...dengan ilmu saya yang tak seberapa ni...sekurang-kurangnya dapatlah sedikit gambaran mengenai projek ternakan kambing...so..apa lagi...telefon la cepat!!! Jumpa lagi...wassalam.











ANAK KAMBING DI PUSAT TERNAKAN MINI BOER!!

Assalammualaikum dan selamat sejahera!!

Lagi sekali saya masukkan gambar anak kambing untuk tatapan anda semua...penantian saya selama ini berakhir...hampir 80% induk dara melahirkan anak kembar...rahsianya?? Lu pikirla sendiri!!!! hehehe...sori gurau...Anak lahir kembar atau tidak..itu kuasa ALLAH..Dia Maha Pencipta...Dia juga Maha Mengasihani....terima kasih ALLAH!!! Kita mampu merancang...ALLAH jua menentukan...hari ini Dia bagi kita kesenangan...bebila juga kegembiraan itu boleh ditarik semula...maka sentiasalah kita bersyukur atas segala pemberian-Nya...okla...sila layan gambar ni...PANAS!! PANAS!!!


Anak kambing tak mahu berenggang dengan ibu....

Lihatlah...kasih ibu pada anaknya...dengan kuasa ALLAH...kambing yang tidak mempunyai akal fikiran juga tahu menyayangi anak....

Apa la yang dicarinya tu....panjang tak badan anak kambing ni?

Bermain-main sebelum masuk waktu Maghrib....

Manala ibu aku ni...tadi ada kat sini...kejap je dah hilang??

ANAK KAMBING BOER MENGAMUK!!!!

Assalammualaikum dan selamat sejahtera,

Dah lama rasanya saya tak update blog ni...walaupun begitu masih ada juga pelawat yang sudi ke mari...terima kasih diucapkan...bulan April ni adalah bulan yang paling sibuk bagi diri saya...apa taknya..kambing boer yang selama ini asyik dok bagi makan je...beranak berturut-turut..bermula petang 1/4/2008..saya menerima panggilan dari pakcik saya mengatakan kambing beranak kembar 2 dari 2 induk...dan dalam hati ni masih ragu-ragu...takkanlah pakcik saya ni nak memain...maklumla april fool...hehehe...dan semenjak itu...kelahiran anak kambing yang tak putus-putus sehingga 13/4/2008 lepas...di anggarkan masih ade 2-3 ekor lagi induk yang belum bersalin..oklah..ini dia antara gambar anak kambing yang sempat saya rakam...baru berusia kurang seminggu...nanti saya masukkan lagi ye...layan!!!!


Pakcik saya membantu anak kambing yang masih kelaparan walaupun selepas minum susu ibu...

Antara induk boer yang sudah sihat kembali selepas melahirkan anak...

Anak kambing ni cukup lincah...so petang tu sengaja saya keluarkan mereka dari kandang...

Anak boer berumur 2 hari....

Ini antara anak jantan yang menyerlah...cuba perhatikan kedutan pada leher tu...mengikut genetik bapak boer...

Wednesday, April 2, 2008

STOK JAMNAPARI BARU TIBA!!!!

SALAM TERNAK SEMUA!!!

STOK JAMNAPARI CROSS JAWARANDO BARU TIBA 60 EKOR...HARGA RM600 KE BAWAH....PEJANTAN JAMNAPARI TULEN ADA 3 EKOR...HARGA RM3000 KE BAWAH....

Terima kasih saya ucapkan pada return customer kami...En. Nasir, En. Lan dan Bro Syam yang awal-awal lagi menempah stok kambing yang baru tiba....pada mereka yang berminat...sila telefon untuk memilih baka terbaik dan berpatutan bersesuaian dengan budget anda...jumpa lagi!!

 

blogger templates | Make Money Online