BUSINESS CARD

KURSUS ASAS PENGURUSAN DAN RAWATAN TERNAKAN KAMBING AKAN KEMBALI!!!

Assalammualaikum dan selamat sejahtera,

Pelaburan minimum yang bakal anda keluarkan untuk memulakan ternakan kambing sekurangnya RM10k. Ada antara bakal penternak yang mengeluh kerana yuran yang kami kenakan terlalu mahal. Tapi fikirkanlah semula dengan jumlah pelaburan yang bakal anda laburkan dengan yuran untuk menyertai kursus ini...tidak sampai atau kurang dari 4%. Jadi fikirkanlah ilmu yang bakal diperolehi dalam kursus kami ini nanti...lakukan langkah yang bijak...jangan salahgunakan modal anda...kami akan berkongsi pengalaman dalam ternakan ini....telefon segera untuk pengesahan tempat.
TARIKH : AKAN DIBERITAHU KELAK

TEMPAT KURSUS:

1) AGROBANK DEVELOPMENT INSTITUTE ( ABADI ) ( Lot 7 Persiaran Institusi, 43000 Kajang, Selangor )

2) KANDANG DE KEBUN SDN BHD, PULAU MERANTI, PUCHONG, SELANGOR.

TEMPAT TINGGAL:
AGROBANK DEVELOPMENT INSTITUTE ( ABADI ) ( Lot 7 Persiaran Institusi, 43000 Kajang, Selangor )

MAKAN/MINUM: DISEDIAKAN SEPANJANG KURSUS

MASA : 8.30 AM SEHINGGA 11.00 MALAM.

PENYERTAAN : TERBUKA KEPADA YANG BERMINAT. SIJIL DISEDIAKAN. SIJIL DARI JABATAN KERAJAAN.

YURAN : RM450

PESERTA : 20 ORANG SAHAJA

HUBUNGI : EN KHAIRUDIN (016-220 2425), PN SARAH (016-322 0466), EN TALIB (019-276 6102) EN. AMIN (016-2201549)

SILA TELEFON KAMI DENGAN SEGERA UNTUK BORANG PENYERTAAN DAN PENGESAHAN TEMPAT. SIJIL PENYERTAAN DISEDIAKAN!!!!

PLEASE LEAVE YOUR FEEDBACK/COMMENT HERE

Name:
Email Address:
Phone No
Your Message

AMINAGROTECH FARM 013-222 9976
Nak dapatkan $10 free? Hanya daftar sahaja. Tak perlu keluarkan wang. Tak salah kalau mencuba benda percuma ni. Jangan tunggu lagi! Lawat pasifincome

HUBUNGI KAMI SEGERA UNTUK SEBARANG PERTANYAAN MENGENAI TERNAKAN..TALIAN HAYAT 24 JAM!!

Tuesday, May 13, 2008

STOK BULAN MEI BARU MASUK 07/05/2008

Assalammualaikum dan selamat sejahtera....

Stok baru untuk dijual...

1) Induk boer F3/F4 30kg ke atas = RM1200 ke bawah..harga dirunding mengikut jumlah pembelian. (stok ada 40 ekor)

2) Jamnapari cross jawarandu 30kg ke atas = RM650 ke bawah...harga mengikut jumlah
pembelian. (stok ada 30 ekor)

3) Pejantan Jamnapari Pure = RM3500 ke bawah (stok ada 3 ekor)

4) Pejantan Boer Fullblood berserta sijil kelahiran = RM3300 ke bawah (stok ada 3 ekor)

Datanglah segera untuk menilai sendiri...kami hanya menjual yang terbaik untuk anda...ramai yang telah berpuashati dengan perkhidmatan kami...anda bila lagi. Testimonial mengenai baka kambing kami??? Sila lihat di Pusat Ternakan Mini Kambing Boer seperti artikel di bawah...dengan penjagaan yang rapi...berserta khidmat nasihat dari kami...InsyaAllah...anda juga akan memperolehi baka seperti yang kami perolehi...ini dibuktikan!!! (Rujuk gambar kambing dan anak kambing di bawah (Projek Ternakan Kambing Mampu Milik Rakyat Malaysia). Di fahamkan Aminagrotech baru sekali menghadiri kursus ternakan anjuran BPM (Agro Bank) dan dengan baka yang terbaik dari kandang kami...lihatlah hasil yang diperolehi...kami boleh..anda juga boleh!!! Tunggu apa lagi??

Berapa berat daaa anak kambing ni...baru sebulan nih...

Bro..gigi ko dah tumbuh ke nak makan rumput tu??

Geng...boleh tumpang tak? Aku nak lari dari kandang ni...

Kambing bersenam waktu pagi....

Yang lain takmo makan ke??

Assalammualaikum dan selamat sejahtera...


Macam mana dengan gambar anak kambing kat bawah ni?? Terperanjat saya...sebab usia baru sebulan...badan masing-masing adalah di luar jangkaan saya....dan saya tahu...ini satu tanggungjawab yang berat untuk memastikan kelahiran seterusnya kan mendapat baka yang sebegini....so saya telah merancang beberapa projek yang akan dijalankan untuk memastikan baka kami di Rembau akan sentiasa menjadi yang terbaik di antara semua penternak yang menghasilkan baka yang sama bagus....satu tugas yang berat kerana semestinya selepas ini orang akan memantau perkembangan projek saya ini dan mereka semestinya ingin melihat kejayaan saya menghasilkan baka yang baik seterusnya pada kelahiran akan datang...InsyaALLAH...


Tapi saya percaya...ramai lagi penternak di luar sana yang mempunyai baka yang lebih baik...dan saya berharap...satu hari nanti kita tak perlu mengimport lagi baka kambing dari Australia atau mana2 negara kerana kita sendiri mampu menghasilkan baka yang bagus....sebenarnya jika anda melihat sendiri baka kambing yang baru sampai di KLIA...anda sendiri tidak percaya sekiranya harganya boleh mencecah ribuan ringgit...dan untuk pengetahuan sahabat semua...kambing dari Australia yang kebanyakannya berumur 6 bulan ke atas..beratnya cuma 25-30 kgdan tidak hairanlah dulu masa saya baru beli kambing ni semua...kami semua masih boleh memikul kambing tersebut di atas badan...berbeza dengan anak kambing saya yang baru 6 bulan...yang beratnya sudah hampir mencecah 40 kg....so di sini kita dapat lihat...yang kita sendiri boleh menghasilkan baka yang baik tanpa bergantung dari negara luar...


Dan harapan saya semoga sahabat yang lain juga akan terus bersemangat memulakan/menjalankan projek ternakan ini....kalau saya boleh...anda juga boleh!!! Jumpa lagi.

Wah...best jugak lepak bawah kandang ni...

Eh...lain kali kita panjat sendiri aje la pokok kelapa sawit tu...bukan susah pun..

Panjat...jangan tak panjat......

Keluasan tanah 1 ekar je...tapi mencukupi buat masa ni....

Ala...Tuan aku ni...amik gambar je...bawakla susu ke...

Assalammualaikum dan selamat sejahtera,



Ni hah...ada lagi gambar induk-induk yang telah sihat dan bersedia untuk kahwin lagi....hehehe...layan...

PUSAT TERNAKAN MINI KAMBING BOER JADI REALITI??






Assalammualaikum dan selamat sejahtera,


Lepas saya amik gambar kambing ni semua...terdetik juga dalam hati....adakah impian saya akan tercapai untuk menjadikan tempat ini Pusat Ternakan Mini Kambing Boer? Adakah cita-cita saya akan tercapai? Bila melihat pada anak-anak kambing yang berkejaran ke sana kemari...rasanya hilang penat lelah selama ni...rasa macam baru semalam saya menanam tiang batu membuat pagar...rasa baru semalam saya membersihkan kawasan kebun ni....rasanya bila agaknya sahabat saya yang ingin memulakan ternakan? Bila lagi anda ingin mempunyai projek ternakan sendiri?


Pejam celik...begitu pantas masa berlalu...kalaulah saya mulakan projek ni semasa umur saya 20 tahun dulu....mungkin selepas 12 tahun...kat mana saya sekarang ini? Adakah saya perlu lagi kerja makan gaji? Tak mengapalah...manakan boleh masa diundur kembali...so kepada sahabat semua yang masih berbelah bagi untuk memulakan projek ternakan atau pertanian...bila lagi? Nak tunggu sehingga pencen? Nak tunggu sehingga umur 40? 50? Lu orang ada telinga, lu orang dengar...ada mulut, lu orang jaga...ada muka, lu orang cuci....lu orang ada otak?? Lu pikirla sendiri!!!! (Tiru ayat Nabil...hehehehe)...


ANAK BOER BARU SEBULAN!!!






Assalammualaikum dan selamat sejahtera,

Maaf kalu saya ambil masa yang lama nak update blog saya ni...maklumla...sibuk sikit sejak kebelakangan ni...hehehehe...okla...cerita banyak-banyak pun tak guna...untuk yang nak datang kandang saya...tapi masih belum berkesempatan...ini dia khas untuk anda....anak kambing dah cecah 10 kg....Alhamdulillah....


 

blogger templates | Make Money Online