KURSUS ASAS PENGURUSAN DAN RAWATAN TERNAKAN KAMBING AKAN KEMBALI!!!
Pelaburan minimum yang bakal anda keluarkan untuk memulakan ternakan kambing sekurangnya RM10k. Ada antara bakal penternak yang mengeluh kerana yuran yang kami kenakan terlalu mahal. Tapi fikirkanlah semula dengan jumlah pelaburan yang bakal anda laburkan dengan yuran untuk menyertai kursus ini...tidak sampai atau kurang dari 4%. Jadi fikirkanlah ilmu yang bakal diperolehi dalam kursus kami ini nanti...lakukan langkah yang bijak...jangan salahgunakan modal anda...kami akan berkongsi pengalaman dalam ternakan ini....telefon segera untuk pengesahan tempat.
TARIKH : AKAN DIBERITAHU KELAK
TEMPAT KURSUS:
1) AGROBANK DEVELOPMENT INSTITUTE ( ABADI ) ( Lot 7 Persiaran Institusi, 43000 Kajang, Selangor )
2) KANDANG DE KEBUN SDN BHD, PULAU MERANTI, PUCHONG, SELANGOR.
TEMPAT TINGGAL:
AGROBANK DEVELOPMENT INSTITUTE ( ABADI ) ( Lot 7 Persiaran Institusi, 43000 Kajang, Selangor )
MAKAN/MINUM: DISEDIAKAN SEPANJANG KURSUS
MASA : 8.30 AM SEHINGGA 11.00 MALAM.
PENYERTAAN : TERBUKA KEPADA YANG BERMINAT. SIJIL DISEDIAKAN. SIJIL DARI JABATAN KERAJAAN.
YURAN : RM450
PESERTA : 20 ORANG SAHAJA
HUBUNGI : EN KHAIRUDIN (016-220 2425), PN SARAH (016-322 0466), EN TALIB (019-276 6102) EN. AMIN (016-2201549)
SILA TELEFON KAMI DENGAN SEGERA UNTUK BORANG PENYERTAAN DAN PENGESAHAN TEMPAT. SIJIL PENYERTAAN DISEDIAKAN!!!!
PLEASE LEAVE YOUR FEEDBACK/COMMENT HERE
HUBUNGI KAMI SEGERA UNTUK SEBARANG PERTANYAAN MENGENAI TERNAKAN..TALIAN HAYAT 24 JAM!!
Friday, May 30, 2008
Assalammualaikum dan selamat sejahtera...
Tajuk kat atas tu??? Hehehe...bukan nak promote program kat A****....saje je nak bagitau...bila musim cuti sekolah ni...geng bas sekolah tak semua yang cuti...ade yang dapat sewa pergi sana-sini...macam tu la kalu orang meniaga...x duduk diam....
Ok..pertama sekali nak ucap terima kasih kepada yang datang belajar...melawat...atau yang datang membeli...terima kasih atas sokongan dari anda...dan terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk datang belajar dan sama-sama berkongsi ilmu. Sibuk?? Ada la sikit...bila dah ceburi bidang ni...takkan nak buat main-main...kena bebetul...buktikan pada semua orang...tak perlu modal yang besar...tak perlu tanah yang besar...tak perlu kroni orang besar...dan semua yang besar....pelan-pelan kayuh...dan berkat kesungguhan usaha...InsyaAllah...anda juga boleh.
Contract farming??? Pawah??? Terima kasih kepada yang sahabat yang sekali lagi memberi kepercayaan kepada kami...bertanya sama ada kami menawarkan contract sebegitu....minta maaf...buat masa ini kami belum bersedia untuk membuat contract farming atau pawah...banyak lagi yang perlu kami belajar...perjalanan kami masih jauh...kami juga masih bertatih dalam bidang ternakan ni...kami juga masih memerlukan sokongan dan bantuan anda semua...untuk belajar atau berkongsi ilmu...silakan...anda semua dijemput datang....
Berkaitan borang maklumbalas yang saya letakkan dalam blog ni....minta maaf kalau ada yang saya terlepas pandang...tidak kurang 20 maklumbalas yang saya terima sehari..dan ini memerlukan masa 1-2 jam untuk membalas semula pertanyaan/persoalan yang diajukan...dan ada juga yang tak sempat saya email...saya telefon sendiri untuk menjawab segala persoalan yang dikemukakan...maaf sekali lagi kalau perkhidmatan saya kurang memuaskan...maaf sekiranya saya lambat membalas feedback dari anda....pernah juga ayah saya memberitahu...'susah untuk kita puaskan hati semua orang...lakukan yang terbaik..yang terdaya...kalau ada rezeki takkan ke mana'....betul juga...so saya akan tingkatkan lagi usaha saya untuk terus berjaya dalam bidang ternakan...InsyaALLAH!!!
Thursday, May 22, 2008
Assalammualaikum dan selamat sejahtera....
Apa khabar semua sahabat penternak, bakal penternak, pengunjung setia blog saya dan semua yang tersinggah atau terjumpa blog saya...harap semua sihat walafiat...
Saya seorang penulis??? Hehehe....kekadang tergelak juga bila ramai yang mengatakan saya ni layak membuat buku motivasi...buku cerita kisah sebenar seorang penternak...atau pun buku seram pasal kambing...dan semestinya saya bukan penulis cerpen...penulis lirik...pengarah drama atau pakar motivasi...jauh sekali pakar pecah rumah....apa yang saya taip/tulis dalam ni adalah dari apa yang saya lalui...apa yang saya tempuhi sepanjang bergelar penternak....ada yang ingin berjumpa bukan sebab nak belajar pasal ternakan...bukan sebab nak beli kambing jauh sekali membeli tinja kambing....mereka ingin berjumpa saya....AMINAGROTECH....terima kasih...saya cuma penternak biasa aje...salah seorang penternak kecil dikalangan beribu penternak yang lain....seorang penternak part time...seorang yang masih bekerja makan gaji..masih jadi kuli makan gaji....hehehehe..
Ok...pasal jualan kambing bulan Mei...dah nak sampai penghujung bulan...stok kami masih banyak...ini kerana stok bulan ni masuk lewat...pertengahan bulan baru masuk stok selepas menunggu ketibaan kambing dari Indonesia dan Australia....dijangka dalam minggu depan...kami akan membawa masuk lagi baka boer f3/f4 dan kali ni harga kami tawarkan RM1000 ke bawah!!! Sila telefon untuk maklumat lanjut...kali ni kami dapat murah...so...kami akan jual murah...bukan sebab kualiti yang rendah...kami boleh jual ikut harga market...tapi kami tak mahu cekik penternak/bakal penternak...mereka juga dahulu seperti saya....mengharapkan baka yang murah dan berkualiti...dan inilah masanya....
Terima kasih kepada yang datang melawat atau menelefon....bro talib, bro hairi, bro zamri, bro lukman, Pakcik Sabiamad n family, kak suzana, kak khatijah n anak buah, bro jef, bro zulkifli, bro riduan, bro matnor, bro nik, kak lina, bro amirul, bro farhan, bro tajul, bro zamri....semuanyalah...(maaf kalu saya terlupa sebut nama dalam ni)...sokongan anda semua amat saya hargai!!!! Terima kasih....
Pada yang menghantar email melalui borang maklumbalas dalam blog...terima kasih banyak kerana melawat blog saya...saya sudah reply semua email tersebut dan yang peliknya...sehingga hari ini...tiada siapa yang membalas email saya...mungkin secara kebetulan kesemuanya sibuk...maaf sekiranya saya lambat membalas email atau ada perkataan saya yang menyinggung anda...
Apa kaitan tajuk kat atas tu??? Entahla...main sedap je tangan ni menaip tajuk sebegitu...masa menaip ni...saya sedang dengar lagu ni...harap saya suatu hari nanti....projek kambing saya ni akan berjaya....harap saya berjumpa dengan seri dalam industri ni....InsyaAllah..Oklah...semoga berjumpa lagi...minggu ni saya akan pulang ke Rembau...memantau projek di sana...semestinya minggu depan...saya akan memasukkan gambar anak kambing boer dari Pusat Ternakan Mini Kambing Boer......Jumpa lagi...jaga diri.
Tuesday, May 13, 2008
STOK BULAN MEI BARU MASUK 07/05/2008
0 comments Posted by AMIN AGROTECH FARM (SA0061956-W) at 7:04 AMAssalammualaikum dan selamat sejahtera....
Stok baru untuk dijual...
1) Induk boer F3/F4 30kg ke atas = RM1200 ke bawah..harga dirunding mengikut jumlah pembelian. (stok ada 40 ekor)
2) Jamnapari cross jawarandu 30kg ke atas = RM650 ke bawah...harga mengikut jumlah
pembelian. (stok ada 30 ekor)
3) Pejantan Jamnapari Pure = RM3500 ke bawah (stok ada 3 ekor)
4) Pejantan Boer Fullblood berserta sijil kelahiran = RM3300 ke bawah (stok ada 3 ekor)
Datanglah segera untuk menilai sendiri...kami hanya menjual yang terbaik untuk anda...ramai yang telah berpuashati dengan perkhidmatan kami...anda bila lagi. Testimonial mengenai baka kambing kami??? Sila lihat di Pusat Ternakan Mini Kambing Boer seperti artikel di bawah...dengan penjagaan yang rapi...berserta khidmat nasihat dari kami...InsyaAllah...anda juga akan memperolehi baka seperti yang kami perolehi...ini dibuktikan!!! (Rujuk gambar kambing dan anak kambing di bawah (Projek Ternakan Kambing Mampu Milik Rakyat Malaysia). Di fahamkan Aminagrotech baru sekali menghadiri kursus ternakan anjuran BPM (Agro Bank) dan dengan baka yang terbaik dari kandang kami...lihatlah hasil yang diperolehi...kami boleh..anda juga boleh!!! Tunggu apa lagi??
KUMPULAN PERTAMA LAHIR DI PUSAT TERNAKAN MINI BOER REMBAU!!
3 comments Posted by AMIN AGROTECH FARM (SA0061956-W) at 2:18 AM Bro..gigi ko dah tumbuh ke nak makan rumput tu??
Geng...boleh tumpang tak? Aku nak lari dari kandang ni...
Kambing bersenam waktu pagi....
Macam mana dengan gambar anak kambing kat bawah ni?? Terperanjat saya...sebab usia baru sebulan...badan masing-masing adalah di luar jangkaan saya....dan saya tahu...ini satu tanggungjawab yang berat untuk memastikan kelahiran seterusnya kan mendapat baka yang sebegini....so saya telah merancang beberapa projek yang akan dijalankan untuk memastikan baka kami di Rembau akan sentiasa menjadi yang terbaik di antara semua penternak yang menghasilkan baka yang sama bagus....satu tugas yang berat kerana semestinya selepas ini orang akan memantau perkembangan projek saya ini dan mereka semestinya ingin melihat kejayaan saya menghasilkan baka yang baik seterusnya pada kelahiran akan datang...InsyaALLAH...
Tapi saya percaya...ramai lagi penternak di luar sana yang mempunyai baka yang lebih baik...dan saya berharap...satu hari nanti kita tak perlu mengimport lagi baka kambing dari Australia atau mana2 negara kerana kita sendiri mampu menghasilkan baka yang bagus....sebenarnya jika anda melihat sendiri baka kambing yang baru sampai di KLIA...anda sendiri tidak percaya sekiranya harganya boleh mencecah ribuan ringgit...dan untuk pengetahuan sahabat semua...kambing dari Australia yang kebanyakannya berumur 6 bulan ke atas..beratnya cuma 25-30 kgdan tidak hairanlah dulu masa saya baru beli kambing ni semua...kami semua masih boleh memikul kambing tersebut di atas badan...berbeza dengan anak kambing saya yang baru 6 bulan...yang beratnya sudah hampir mencecah 40 kg....so di sini kita dapat lihat...yang kita sendiri boleh menghasilkan baka yang baik tanpa bergantung dari negara luar...
Dan harapan saya semoga sahabat yang lain juga akan terus bersemangat memulakan/menjalankan projek ternakan ini....kalau saya boleh...anda juga boleh!!! Jumpa lagi.
HARAPAN MENJADI CONTOH KEPADA PENTERNAK SEDERHANA DAN KECIL
0 comments Posted by AMIN AGROTECH FARM (SA0061956-W) at 2:09 AM Eh...lain kali kita panjat sendiri aje la pokok kelapa sawit tu...bukan susah pun..
Panjat...jangan tak panjat......
Keluasan tanah 1 ekar je...tapi mencukupi buat masa ni....
Ala...Tuan aku ni...amik gambar je...bawakla susu ke...
Ni hah...ada lagi gambar induk-induk yang telah sihat dan bersedia untuk kahwin lagi....hehehe...layan...
PUSAT TERNAKAN MINI KAMBING BOER JADI REALITI??
0 comments Posted by AMIN AGROTECH FARM (SA0061956-W) at 1:55 AMFriday, May 2, 2008
HUBUNGAN ANTARA PENTERNAK DAN TERNAKAN
0 comments Posted by AMIN AGROTECH FARM (SA0061956-W) at 6:52 AMAmacam dengan gambar kat atas tu?? Adakah anda pernah membuat begitu pada ternakan anda? Adakah ternakan anda akan datang kepada anda bila dipanggil? Gambar ini sebenarnya sudah lama dalam simpanan saya dan oleh kerana terpanggil untuk berkongsi pengalaman sebenar membela kambing ni...sebenarnya suatu aktiviti yang menyeronokkan...masalah tu biasalah...tapi sekiranya kita selesaikan masalah dengan bijak...InsyaAllah semuanya berjalan dengan lancar.