BUSINESS CARD

KURSUS ASAS PENGURUSAN DAN RAWATAN TERNAKAN KAMBING AKAN KEMBALI!!!

Assalammualaikum dan selamat sejahtera,

Pelaburan minimum yang bakal anda keluarkan untuk memulakan ternakan kambing sekurangnya RM10k. Ada antara bakal penternak yang mengeluh kerana yuran yang kami kenakan terlalu mahal. Tapi fikirkanlah semula dengan jumlah pelaburan yang bakal anda laburkan dengan yuran untuk menyertai kursus ini...tidak sampai atau kurang dari 4%. Jadi fikirkanlah ilmu yang bakal diperolehi dalam kursus kami ini nanti...lakukan langkah yang bijak...jangan salahgunakan modal anda...kami akan berkongsi pengalaman dalam ternakan ini....telefon segera untuk pengesahan tempat.
TARIKH : AKAN DIBERITAHU KELAK

TEMPAT KURSUS:

1) AGROBANK DEVELOPMENT INSTITUTE ( ABADI ) ( Lot 7 Persiaran Institusi, 43000 Kajang, Selangor )

2) KANDANG DE KEBUN SDN BHD, PULAU MERANTI, PUCHONG, SELANGOR.

TEMPAT TINGGAL:
AGROBANK DEVELOPMENT INSTITUTE ( ABADI ) ( Lot 7 Persiaran Institusi, 43000 Kajang, Selangor )

MAKAN/MINUM: DISEDIAKAN SEPANJANG KURSUS

MASA : 8.30 AM SEHINGGA 11.00 MALAM.

PENYERTAAN : TERBUKA KEPADA YANG BERMINAT. SIJIL DISEDIAKAN. SIJIL DARI JABATAN KERAJAAN.

YURAN : RM450

PESERTA : 20 ORANG SAHAJA

HUBUNGI : EN KHAIRUDIN (016-220 2425), PN SARAH (016-322 0466), EN TALIB (019-276 6102) EN. AMIN (016-2201549)

SILA TELEFON KAMI DENGAN SEGERA UNTUK BORANG PENYERTAAN DAN PENGESAHAN TEMPAT. SIJIL PENYERTAAN DISEDIAKAN!!!!

PLEASE LEAVE YOUR FEEDBACK/COMMENT HERE

Name:
Email Address:
Phone No
Your Message

AMINAGROTECH FARM 013-222 9976
Nak dapatkan $10 free? Hanya daftar sahaja. Tak perlu keluarkan wang. Tak salah kalau mencuba benda percuma ni. Jangan tunggu lagi! Lawat pasifincome

HUBUNGI KAMI SEGERA UNTUK SEBARANG PERTANYAAN MENGENAI TERNAKAN..TALIAN HAYAT 24 JAM!!

Monday, February 25, 2008

DEMAM PILIHANRAYA...JANGAN KAMBING DEMAM!!

Assalammualaikum...dan selamat sejahtera!!

Dah lama kita tak jumpa dalam ruangan...hah..kau pikirlah sendiri!!!! (amik ayat Nabil Raja Lawak) Ok jugak kalau setiap ruangan penulisan saya ni saya namakan...Ruangan..HAH..KAU PIKIRLAH SENDIRI!!! (Ni sebab banyak sangat tengok Raja Lawak!)

Demam pilihanraya dah nak bermula...sana-sini orang pasang bendera...kebetulan juga tetiba orang dah kurang sikit menelefon saya untuk datang melawat kandang..diaorang sibuk berkempen ke? Atau sibuk mohon bantuan kat wakil rakyat...maklumla...masa ni la kalu kita minta/mohon bantuan...mereka akan tunaikan...Apa?? Rembau?? Khairy Jamaludin yang bertanding?? Sapa pun yang bertanding atau sapa pun yang menang...harapnya membawa kebaikan pada semua orang...tak kira di Rembau aje...kat tempat lain pun...pemimpin yang tak betul..takkan kita nak pilih ye tak? Hehehe...maafla...saya bukan nak bangkitkan isu politik kat sini...gunakanlah kebijaksanaan anda untuk mengundi...gunakan kuasa pada tangan anda untuk memilih calon yang berwibawa...'saya bukan anti-kerajaan'...saya cuma anti-kemungkaran dan anti-maksiat (petikan dari kata-kata Allahyarham Ustaz Datuk Ishak Baharom semasa beliau dilucutkan jawatan sebagai mufti dahulu...Al-Fatihah untuk beliau).

Ok..kita lupakan pasal kempen ni sekejap...terima kasih tak terhingga pada bro remy, bro amri, bro man, abg din, abg edin, kak nor dan suami, bro salih, bro zaki..dan yang lain...harap puashati dengan kambing yang dibeli...takpun dengan layanan kami yang tak seberapa semasa kedatangan anda semua!! Terima kasih...tanpa anda..sapalah kami...sapalah AMINAGROTECH. Kami cuba memberikan yang terbaik untuk anda. Ok..2-3 hari lagi..kami akan membawa masuk kambing jamnapari cross betina.. dan jamnapari pure jantan 3 ekor...kambing biri-biri sudah habis ditempah di Pusat Kuarantin lagi..harap maaf pada yang lewat menempahnya...kami sendiri pun takde stok kambing biri-biri....update kambing di Pulau Meranti sekarang ni...boer, jamnapari cross jawarando, anak kalahari, anak jamnapari, anak boer dan kambing kampung...kandang baru pun dah siap..so sekarang ni kambing semua berlari2 dalam kandang sebab dah tak perlu berhimpit...tak sangka ye..dalam masa setahun lebih...di Pulau Meranti dah ada 2 kandang besar...di Rembau ada satu kecil dan satu lagi dalam proses pembikinan...

Rasanya baru semalam saya menyorong keta sorong..menolak pasir membuat pagar di kandang...mengangkat sendiri tiang batu...memanjat kandang memasang zink..memacam lagila..masa tu pun dengan kursus/latihan yang tak pernah disertai...main gamble je...redah je dunia ternakan ni...tapi betul kata orang dulu2..kalau tak dipecahkan ruyung...manakan dapat sagunya...bela dulu kambing...baru tahu..baru kita dapat ilmu pasal ternakan...bercakap pasal pembelajaran ni...ramai juga yang datang ke kandang kami untuk belajar je...TAK KISAH!! Kami sedia membantu sesapa sahaja selagi termampu...lagi satu...segala khidmat nasihat..proses pembelajaran...kami berikan secara PERCUMA!!! Cuma kalau nak bawak balik kambing..kenalah bayar yek...hehehehe....

Okla..jumpa lagi nanti...sekarang ni saya masih blajar buat silaj...dulu buat tak jadik...takpe...nanti kalau menjadi....saya akan kongsi pada anda semua...kita sama-sama buat silaj!! Biar orang dah tak pakai dah pellet kambing yang semakin cekik darah penternak...biar diaorang pulak yang merayu kat penternak untuk membeli pellet mereka...biar kita sesama penternak realisasikan impian nih...kuasa di tangan kita...gunakan minyak S_ _ _ _ untuk lebih kuasa...jangan jadik gila kuasa...ingatlah...ALLAH MAHA KUASA!! Jumpa lagi di lain hari...berhati-hati ketika memandu...jangan jadikan anda sebahagian daripada statistik kemalangan....jumpa lagi...HAH PIKIRLAH SENDIRI!!!! selamat...

 

blogger templates | Make Money Online