BUSINESS CARD

KURSUS ASAS PENGURUSAN DAN RAWATAN TERNAKAN KAMBING AKAN KEMBALI!!!

Assalammualaikum dan selamat sejahtera,

Pelaburan minimum yang bakal anda keluarkan untuk memulakan ternakan kambing sekurangnya RM10k. Ada antara bakal penternak yang mengeluh kerana yuran yang kami kenakan terlalu mahal. Tapi fikirkanlah semula dengan jumlah pelaburan yang bakal anda laburkan dengan yuran untuk menyertai kursus ini...tidak sampai atau kurang dari 4%. Jadi fikirkanlah ilmu yang bakal diperolehi dalam kursus kami ini nanti...lakukan langkah yang bijak...jangan salahgunakan modal anda...kami akan berkongsi pengalaman dalam ternakan ini....telefon segera untuk pengesahan tempat.
TARIKH : AKAN DIBERITAHU KELAK

TEMPAT KURSUS:

1) AGROBANK DEVELOPMENT INSTITUTE ( ABADI ) ( Lot 7 Persiaran Institusi, 43000 Kajang, Selangor )

2) KANDANG DE KEBUN SDN BHD, PULAU MERANTI, PUCHONG, SELANGOR.

TEMPAT TINGGAL:
AGROBANK DEVELOPMENT INSTITUTE ( ABADI ) ( Lot 7 Persiaran Institusi, 43000 Kajang, Selangor )

MAKAN/MINUM: DISEDIAKAN SEPANJANG KURSUS

MASA : 8.30 AM SEHINGGA 11.00 MALAM.

PENYERTAAN : TERBUKA KEPADA YANG BERMINAT. SIJIL DISEDIAKAN. SIJIL DARI JABATAN KERAJAAN.

YURAN : RM450

PESERTA : 20 ORANG SAHAJA

HUBUNGI : EN KHAIRUDIN (016-220 2425), PN SARAH (016-322 0466), EN TALIB (019-276 6102) EN. AMIN (016-2201549)

SILA TELEFON KAMI DENGAN SEGERA UNTUK BORANG PENYERTAAN DAN PENGESAHAN TEMPAT. SIJIL PENYERTAAN DISEDIAKAN!!!!

PLEASE LEAVE YOUR FEEDBACK/COMMENT HERE

Name:
Email Address:
Phone No
Your Message

AMINAGROTECH FARM 013-222 9976
Nak dapatkan $10 free? Hanya daftar sahaja. Tak perlu keluarkan wang. Tak salah kalau mencuba benda percuma ni. Jangan tunggu lagi! Lawat pasifincome

HUBUNGI KAMI SEGERA UNTUK SEBARANG PERTANYAAN MENGENAI TERNAKAN..TALIAN HAYAT 24 JAM!!

Wednesday, September 19, 2007

Gambar Semasa Proses Mendirikan Kandang





Teringat saya masa baru nak buat kandang dulu…dengan tenaga kerja yang terhad…saya gagahkan jugak untuk merealisasikan projek kambing saya ni…syukur pada ALLAH sebab pakcik saya memang mahir membuat rumah dan memasang pagar. Dia punya letih…mmm…toksah cakapla…kalau drive balik ke sepang tu…mata ni berat je…macam dah tak larat dah…

Kalau nak kira ukuran kandang saya ni cuma 20×30 kaki je….dengan penggunaan kayu 2nd hand dan hanya zink dan kayu lantai sahaja yang baru…saya dapat menjimatkan kos pembinaan kandang sebesar ini dari rm15k kepada rm5k sahaja…banyak tu…tapi proses mendirikan kandang ni mencatat kenangan yang paling manis…di mana selama 3-4 bulan..harung hujan..panas…akhirnya siap kandang untuk diduduki oleh kambing yang bertuah…sebab apa bertuah?? sebab kandang ni tuan dia yang buatkan sendiri…orang lain kebanyakannya upah kontraktor…iyela…projek mereka besar…projek kambing saya projek bajet…

Esok saya akan balik kampung dan saya akan update berita pasal anak kambing yang baru lahir….tak sabar gak nak balik…sebab dari Jumaat lepas anak kambing tu lahir…samapi hari ni…masih belum sempat balik kampung…dan mungkin saya akan menerima pelawat esok…pelawat yang beriya hendak melawat kandang saya…sedangkan sudah banyak kali saya beritahu yang kandang kambing atau projek kambing saya ni tidak sehebat projek kambing lain…dan dia juga yang membakar semangat saya…katanya biar kita bermula perlahan…tapi terus ke hadapan…jangan pandang belakang lagi….jumpa nanti!!


Tuesday, September 18, 2007

Sumber Stok Ikan Di Malaysia Berkurangan??

Sumber stok ikan negara habis 10 tahun lagi

IPOH 11 Julai – Hasil kajian yang dijalankan oleh beberapa universiti tempatan dan Jabatan Perikanan Malaysia mendapati sumber stok ikan di perairan negara akan habis masa 10 tahun lagi sekiranya langkah-langkah pemulihan tidak diambil segera.
Pengarah Perikanan Perak, Salehan Lamin berkata, bagi menangani masalah itu, pihaknya sedang menjalankan pelbagai tindakan termasuk melancarkan beberapa pelan tindakan segera dalam masa terdekat.

Katanya, program berkenaan diambil selepas hasil kajian dan data-data pendaratan ikan yang diperoleh menunjukkan stok ikan komesial semakin berkurangan.
“Hasil kajian yang dibuat oleh beberapa kakitangan universiti tempatan dan pihak jabatan mendapati stok ikan negara semakin berkurangan. “Sehubungan itu, usaha perlu diambil bagi menangani segera masalah berkenaan,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di pejabat nya di sini hari ini.

Salehan memberitahu, masalah berkenaan timbul berikutan bilangan bot yang dilesenkan banyak tetapi sumber stok ikan terhad di sesuatu zon penangkapan ikan.
Sebagai contoh katanya, mungkin stok ikan di sesuatu kawasan hanya sebanyak 10 tan dan sesuai untuk kira-kira dua buah bot nelayan sahaja. “Bagaimanapun, sumber stok ikan sebanyak itu terpaksa dikongsi oleh lebih dari dua buah bot sekali gus menyebabkan stok ikan cepat habis,” katanya. Menurut beliau, pihak kerajaan menerusi Jabatan Perikanan akan cuba mengurangkan bilangan bot terutamanya bot pukat tunda khasnya di zon B.

Jelasnya, pemilik bot tunda di kawasan berkenaan dicadangkan menyerahkan bot serta lesen kepada jabatan sebelum kerajaan membayar sejumlah nilai untuk bot dan lesen berkenaan.
Salehan menambah, buat masa ini jabatan tidak memaksa nelayan untuk menyerahkan bot masing-masing tetapi menggalakkan mereka untuk berbuat demikian. Bagi nelayan yang setuju untuk menyerahkan bot mereka, Jabatan Perikanan akan membantunya melibatkan diri dalam sektor lain seperti akuakultur, pemprosesan hasil perikanan dan pertanian.

“Nelayan terlibat juga akan dibantu dari segi latihan kemahiran sebagai persiapan mereka menceburi bidang baru,” katanya. Menurutnya, di negeri Perak sahaja terdapat 1,300 bot pukat tunda dan 30 peratus daripada pendaratan ikan disumbangkan oleh bot berkenaan.
Jelasnya, kajian yang dijalankan itu turut mendapati operasi bot pukat tunda sebenarnya merugikan dan tidak mendatangkan pulangan yang tinggi kepada pengusaha.
Bagaimanapun kos kerugian itu ditampung oleh subsidi minyak diesel yang diberikan kerajaan.

(Sumber: Utusan Malaysia-19/09/2007)

Rakyat Malaysia makin banyak makan ikan

SUNGAI PETANI 29 Jun – Kajian Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menunjukkan setiap rakyat Malaysia memakan kira-kira 55 kilogram ikan setahun.
Timbalan Menterinya, Datuk Seri Mohd. Shariff Omar berkata, jumlah tersebut didapati meningkat berbanding hanya 30 kilogram bagi setiap orang kira-kira 10 tahun lalu.
Menurut beliau, peningkatan secara mendadak tersebut didorong oleh faktor perolehan bekalan ikan yang tinggi di pasaran.

“Peningkatan ini telah menjadikan industri perikanan atau akuakultur berkembang dengan pesat dan mampu menjana pendapatan tinggi kepada negara,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melepaskan benih ikan tilapia baka gift di kolam ikan milik syarikat Karya Samudera Sdn. Bhd., di Kampung Bukit Haji Omar, Merbok dekat sini, hari ini.

Menurut Mohd. Shariff, permintaan yang tinggi terhadap bekalan ikan juga mendorong kerajaan memajukan industri akuakultur secara besar-besaran dengan mewujudkan Zon Industri Akuakultur (ZIA). Beliau berkata, permintaan bagi sumber akuakultur itu meningkat 21.5 peratus atau 662,000 tan pada tahun lalu berbanding 400,000 tan pada tahun 2005.
Dalam pada itu, Mohd. Shariff mencadangkan agar pengusaha sektor akuakultur termasuk ikan air tawar berusaha menambah nilai terhadap keluaran mereka pada masa akan datang.
Katanya, antara bidang yang boleh diterokai pengusaha sektor terbabit ialah ikan salai dan pembuatan fillet.

Sementara itu, Pengarah Urusan Karya Samudera Sdn. Bhd., Dr. Jalil Ahmad memberitahu, pihaknya memulakan industri ternakan ikan air tawar di kawasan Merbok dengan bermodalkan RM120,000 sejak pertengahan tahun lalu.
“Sehingga kini, ia telah menjana pendapatan yang agak lumayan. Sebagai contoh, harga borong ikan talipia adalah sebanyak RM3.80 sekilogram,” katanya.

(Sumber: Utusan Malaysia 19/9/2007)

Industri Akuakultur-Pilihan Di Dalam Bidang Pertanian

Industri akuakultur dimaju besar-besaran di seluruh negara

KUALA LIPIS 8 April – Kerajaan akan memajukan industri akuakultur secara besar-besaran dengan mewujudkan Zon Industri Akuakultur (ZIA) bagi meningkatkan pengeluaran ikan di negara ini. Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Dr. Zulkifli Idris berkata, selain meningkatkan pengeluaran, kerajaan berharap sektor akuakultur dapat mengurangkan import ikan menjelang tahun 2010.

Katanya, permintaan bagi sumber akuakultur itu meningkat 21.5 peratus atau 662,000 tan pada tahun lalu berbanding 400,000 tan pada tahun 2005. ‘‘Unjuran itu adalah berdasarkan permintaan terhadap ikan daripada 1,047 tan pada tahun 2000 dan meningkat kepada 1,292 ribu metrik tan pada tahun 2005 dan dijangka terus meningkat kepada 1,563 ribu metrik tan menjelang tahun 2010,” kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Industri Akuakultur 2007 dan Mini Karnival Ikan Air Tawar di Dataran Lipis, anjuran Lembaga Pemasaran Persekutuan (FAMA) di sini hari ini. Zulkifli berkata, selain mengurangkan import, industri akuakultur dapat melahirkan ribuan usahawan dalam sektor itu termasuk daripada para graduan. Katanya, peningkatan pengeluaran ikan di ZIA dapat membantu kerajaan menjayakan Pelan Imbangan Dagangan (BoT) pada tahun 2010 untuk mengurangkan defisit import ikan daripada RM8.6 bilion pada tahun lalu kepada 1.2 bilion dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

‘‘Kerajaan yakin menerusi ZIA akan dapat mengeluarkan ikan bermutu tinggi dan selamat untuk dimakan dan setiap usahawan yang terbabit dalam industri ini mampu mencapai pendapatan RM3,000 sebulan. ‘‘Bagaimanapun setakat ini sebahagian besar pengusaha menternak ikan berskala kecil dan masih memerlukan sokongan kerajaan.
“Saya berharap menerusi seminar seperti ini para peserta mengambil peluang untuk menimba sebanyak mungkin pengetahuan berhubung industri akuakultur bagi mengembangkan lagi perniagaan,” katanya. Sehubungan itu, beliau berharap agensi kerajaan seperti Jabatan Perikanan dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan dapat membantu golongan miskin supaya terbabit dalam aktiviti itu kerana ia dapat membantu menghapuskan kadar kemiskinan di negara ini.

Menurut beliau, selain individu, kerajaan juga berharap pihak swasta turut melibatkan diri secara proaktif bagi meningkatkan industri hasil akuakultur terutamanya dalam menjayakan projek ZIA.

(Petikan dari Utusan Malaysia-19/09/2007-Ekonomi)

Tibanya Ramadhan Penuh Keberkatan

Assalammualaikum dan salam ternak…..

Alhamdulillah…syukur saya ke hadrat ALLAH….hari Jumaat lepas 14/9/2007 kambing saya selamat melahirkan anak kambing yang pertama dalam kandang saya…cuma masa tu saya takde untuk rakamkan saat-saat kelahiran anak kambing. Risau ada…happy pun ada…ye la…pengalaman tak banyak…nak jaga anak kambing…ibu kambing…tapi sehingga hari ini…ALHAMDULILLAH…kedua-duanya begitu sihat…nanti saya masukkan gambar anak kambing yang cute tu…

Dengan adanya kelahiran seperti ini dan menunggu hari bagi 2-3 ekor lagi kambing saya yang bunting…seakan tak sabar untuk mengembangkan lagi projek kambing saya ini…Saya ingin buktikan yang saya boleh!! Walaupun segalanya buat sendiri aje…takde nak lantik akauntan ke..pengurus jualan ke…saya la bos…dan saya la kuli…dan saya juga yang kena study pasal kambing..kesihatan..ikan keli…lembu…business plan…marketing…tapi saya puas..sekurangnya masa saya tak dihabiskan begitu sahaja…semoga di Bulan Ramadan ini rezeki saya semakin bertambah…INSYAALLAH!!

Monday, September 10, 2007

Merawat Kambing Patah Kaki




Inilah rupanya pokok daun tembaga suasa….pokok ni jumpa kat tengah hutan…pakcik saya kata jarang jumpa pokok ni…mungkin dah rezeki saya kot…Terima Kasih ALLAH!!

Salam Ternak semua…di sini saya ingin berkongsi pengalaman merawat kambing yang patah kaki…dalam ternakan ni kita tak boleh lari dari pelbagai masalah penyakit atau masalah kesihatan binatang ternakan…

Bila dapat tahu je kambing saya patah kaki…saya jadi panik…maklumla..penternak setahun jagung…hehehe…tapi bila pakcik saya keluarkan sedikit ilmu perubatan tradisional dia..Alhamdulillah…kambing tersebut sihat semula…Ok…daun yang digunakan ialah..daun tembaga suasa…cara-caranya…chewah…hehehe…ok…ambil 3-4 helai daun tembaga suasa (gambar seperti di bawah)..layukan dengan api…lepastu terus ikat dengan kain pada tempat yang patah…InsyaALLAH…seminggu lebih je dah ok…kalu ikut pengalaman kambing saya…..kata pakcik saya lagi…daun tersebut pun boleh digunakan pada orang yang patah…hehehe…kebetulan anak dia pun patah kaki…mungkin lepas bukak simen…dia kan letak daun ni kot…okla..jumpa lagi nanti…

Gambar Kambing Di Kandang Saya 2/9/2007






Assalammualaikum…dan salam sejahtera….hari cuti merdeka yang lepas…saya abiskan masa dengan menjaga/merawat kambing…bersihkan kandang…sekarang ni pun musim hujan…so tak dapat la kambing saya ni turun untuk meragut di keliling kawasan kandang…nampaknya macam 4 ekor yang dah bunting..mudah-mudahan kembar la anak kambing yang keluar nanti..amin.

Minggu ni saya akan ke kuala pilah…pergi beli pellet kambing kat kilang FELDA…minggu depan dah puasa kan? Tapi kambing ni x puasa…hehehe…so kos makanan dia tetap berjalan macam biasa…jangan Tuan kambing yang X puasa dahla…hehehe…InsyaALLAH…Ramadhan…aku x sabar menunggu ketibaanmu…jumpa lagi.

Sunday, September 9, 2007

Gambar Anak Kambing Boer

Kambing ni kekadang orang jadikan 'pet'..tengokla dia punya comel...
Apa pandang2? Kalu nak...masuk meminang la...

Macam pernah kulihat dia ni...tapi di mana ye??

Posing...mmm..sampai hati diaorang tinggalkan aku kat sini...

Jauh lagi ke tempat tu?? Malaysia? jauh wooo.....

Cuti Sekolah Membawa Rezeki

Assalammualaikum…dan selamat sejahtera…Pertama sekali..maaf sebab dah lama tak update blog…terlalu sibuk dengan urusan kerja dan juga urusan kambing…hehehe..Alhamdulillah..masa yang ada akan saya gunakan sebaik mungkin untuk update blog ni….2 Minggu lepas saya ada berjumpa dengan beberapa orang penternak…yang baru..yang lama…semua berkongsi pengalaman…masing2 bercerita penyakit kambing masing2…itulah..inilah..jadik takut pun ada..yela..kambing bukannya murah…tapi Alhamdulillah…kambing saya masih sihat dan cergas…tapi..

2 minggu lepas..kejadian tak diingini berlaku…sekor kambing boer saya patah kaki…mmm…terus saya ambil kain dan kayu..kononnya buat pertolongan cemas…hehehe…tapi bila pakcik saya tengok je..dia gelakkan…ntah daun apa yang dia letak…lepas tu dengan sedikit bacaan memohon perlindungan dari ALLAH…selepas dua minggu..kambing tersebut dah boleh berlari dan melompat macam biasa…Alhamdulillah….Nanti saya kongsi dengan anda semua bagaimana ubat tradisional yang pakcik saya gunakan untuk merawat kambing yang patah kaki….Sekarang ni cuti sekolah dah nak habis…mesti banyak penternak yang tersenyum lebar…mana taknya..kenduri sana-sini…hehehe…masyukkk….bagusla…harap bukan musim cuti sekolah je…harap bukan musim cuti sekolah pun permintaan kambing laris macam goreng pisang panas….

Di kampung saya…ada baru bukak kandang baru…pakcik saya beritahu..itu adalah projek kerajaan…ntahla…nanti minggu ni saya balik kampung..saya selidik..hehehe….diaorang bela kambing atas tanah…maksudnya takde kandang atas…mmm…menarik tu…harap

Sahabat Ternak-SYAMILLE AGRO FARM SDN. BHD.

Ini satu lagi alamat penternak yang dah established….saya beli kambing boer dari syarikat ini dan saya berpuashati dengan harga dan barang (kambing) yang ditawarkan….salah satu syarikat yang mempunyai permit mengimport ternakan dari luar negara….Tuan Punya syarikat ni juga peramah dan tidak kedekut ilmu walaupun beliau memegang jawatan tinggi dalam syarikat….terima kasih atas ilmu yang diberikan masa di Karnival Lelong Ternakan di MARDI pada Jun 2007…saya belum pernah pergi ke Kuala Kangsar, di mana letaknya kandang beliau ni…tapi dari cerita otai-otai penternak yang lain…kandang (farm) syarikat ini cantik….kambing semua pun sihat dan gemuk…kalu nak berguru…cuba la contact alamat di bawah ni……

MOHD. ZAINURI MOHD. IDRUS
SYAMILLE AGRO FARM SDN. BHD.
Lot 3749 & 3750, Jalan Lata Perahu,
Kg. Chuar Hulu,
Mukim Chegar Galah,
33020 Kati,
Kuala Kangsar,Perak Darul Ridzuan.

h/phone: 012 282 8296
tel. ofis: 03 8024 2533
fax: 03 8024 3422
email: mzmi@syamille.com.my

Sahabat Ternak-IMSHA AGRO ENTREPRISE

Wah...besar tu kandang dia...bilala nak wat camni ek??

Gaya penternak muda masuk kandang..hehehe...

Kandang yang terletak di Pekan, Pahang...Istana Kambing!!

Yang ni plak...SELAMAT PENGANTIN BARU!!!

Nak bercerita sikit pasal IMSHA AGRO ENTREPRISE ni….dulu masa saya belum buat apa-apa…saya banyak mintak tolong dari diaorang ni…ALHAMDULILLAH…diaorang ni memang friendly…tak lokek ilmu…boleh dikatakan mereka ni antara sifu saya gak dalam bidang ni walaupun diaorang pun baru…saya juga bersyukur kerana rakan-rakan penternak yang saya jumpa semuanya suka bantu-membantu…terima kasih. Semoga cita-cita kita menjadi kenyataan…

Rakan saya ni boleh dihubungi melalui alamat berikut;

AHMAD IMRAN ABD. RAHMAN
IMSHA AGRO ENTERPRISE
Lot 294, Kg. Bunut Lepar,
26640 Pekan, Pahang.
Tel: 017 3485499

email: sharifah_omar@yahoo.com

Rakan Penternak Berkongsi Ilmu

Alhamdulillah…kita jumpa lagi…dah lama rasa saya tak update blog ni…sibuk sikit ngan urusan harian…semalam saya cuti…pening kepala..tapi saya gagahkan juga ikut abg din pergi beli pellet kambing di Serting…nanti saya masukkan alamat kilang tersebut dalam ni…sebenarnya saya tak tahu jalan nak ke sana…nasib baik abg din dari De’kebun bagi ikut….dapatla saya beli pellet juga…nak tau kenapa saya sanggup ke sana? sebab..pellet tu murah…RM21..(bulan 9 naik RM2)..mmm…naik lagi…

Perjalanan saya ke kilang tersebut saya gunakan sebaik mungkin…dan abg din ni memang tak kedekut ilmu…setiap pertanyaan saya…dia jawap dengan baik…(kekadang orang fed-up kalu banyak sangat tanya)…anyway…Terima Kasih abg din….atas ilmu yang diberikan…dia juga mendapat suntikan modal yang besar…dan rancangannya adalah untuk menjadi pengeksport kambing boer baka tulen buatan Malaysia….Semoga berjaya…InsyaALLAH…kalau kita selalu tolong orang…ALLAH akan permudahkan urusan kita….

Sebenarnya tak tahu nak membebel ape hari ni…saya sanggup ke Serting untuk membeli pellet kerana saya sudah membuat kira-kira…selepas ditolak duit minyak…makan…tol…saya masih ade untung dalam RM50….banyak gak tu…bleh beli dua beg pellet extra…hehehe….
Kenapa pellet ni murah? Haa…sebenarnya kerajaan ade memperuntukkan subsidi untuk penternak-penternak semua…tu pasalla murah…tapi saya dengar di Perak ade pengeluar yang menjualnya sebanyak RM30…di Kuantan RM28…mmm…pada saya…mungkin diaorg ambilkira kos perjalanan…penat lelah lagi….dia punya letih susun pellet 50kg sebanyak 4 tan pun tak hilang lagi ni…Terpulang pada kebijaksanaan penternak la untuk membuat keputusan….Jumpa nanti.

Pagar Tanah Seluas 1 Ekar





Rasa puas bila buat sendiri ni…tengokla…sayup jek kan? Tanah yang kosong tu boleh diguna untuk tanam rumput…

Ok…kali ni saya nak sambung cerita pasal kandang kambing semula….seperti yang saya bagitau kos nak buat pagar ni pada artikel terdahulu…memang murah la…tapi kita kena turun padang sekali membantu…jangan pandai mengarah je…kan ramai penternak kambing ni ‘pengarah syarikat’….saya cuma kuli je…tu pasal nak meniaga kambing ni…..

Proses buat pagar ni adela dalam 2 minggu…perlahan…apa boleh buat…tak mampu bayar pekerja…so buatla sikit-sikit….ALHAMDULILLAH inilah hasilnya….nantikan proses seterusnya..pembikinan kandang….Jumpa lagi.

Kasih Ayah Dalam Cerita Burung Gagak

Apakah jasa kita pada ibu bapa? Apakah yang telah kita buat untuk membalas budi mereka? Adakah kita mampu membayar semula pengorbanan mereka? Apakah masih ada insan bernama ibu dan bapa dalam hidup kita? Berbaktilah selagi hayat mereka….

Pada suatu petang seorang tua bersama anak mudanya yang baru menamatkan pendidikan tinggi duduk berbincang-bincang di halaman sambil memperhatikan suasana di sekitar mereka. Tiba-tiba seekor burung gagak hinggap di ranting pokok berhampiran. Si ayah lalu menuding jari ke arah gagak sambil bertanya, “Nak, apakah benda itu?” “Burung gagak”, jawab si anak.
Si ayah mengangguk-angguk, namun sejurus kemudian sekali lagi mengulangi pertanyaan yang sama. Si anak menyangka ayahnya kurang mendengar jawabannya tadi lalu menjawab dengan sedikit kuat, “Itu burung gagak ayah!”
Tetapi sejurus kemudian si ayah bertanya lagi soal yang sama. Si anak merasa agak keliru dan sedikit bingung dengan persoalan yang sama diulang-ulang, lalu menjawab dengan lebih kuat, “BURUNG GAGAK!!” Si ayah terdiam seketika.
Namun tidak lama kemudian sekali lagi sang ayah mengajukan pertanyaan yang serupa hingga membuat si anak hilang kesabaran dan menjawab dengan nada yang kesal kepada si ayah, “Gagaklah ayah…….”.
Tetapi agak mengejutkan si anak, karena si ayah sekali lagi membuka mulut hanya untuk bertanya soal yang sama. Dan kali ini si anak benar-benar hilang sabar dan menjadi marah.
“Ayah! Saya tak tahu ayah paham atau tidak. Tapi sudah lima kali ayah bertanya soal hal tersebut dan saya sudah juga memberikan jawabannya. Apa lagi yang ayah mau saya katakan?”
“Itu burung gagak, burung ga..ga..gak ayah…..”, kata si anak dengan nada yang begitu marah.
Si ayah terus bangun menuju ke dalam rumah meninggalkan si anak yang kebingungan. Sesaat kemudian si ayah keluar lagi dengan sesuatu ditangannya. Dia menghulurkan benda itu kepada anaknya yang masih geram dan tertanya-tanya. diperlihatkannya sebuah Diary lama.
“Coba kau baca apa yang pernah ayah tulis di dalam Diary itu”, pinta si ayah. Si anak setuju dan membaca paragraf yang berikut……….
“Hari ini aku di halaman melamun karena anakku yang genap berumur lima tahun. Tiba-tiba seekor gagak hinggap di pohon berhampiran.”
Anakku terus menunjuk ke arah gagak dan bertanya, “Ayah, apa itu?”.
Dan aku menjawab, “burung gagak”. Walau bagaimana pun, anak ku terus bertanya soal yang serupa dan setiap kali aku menjawab dengan jawaban yang sama.
Sehingga 25 kali anakku bertanya demikian, dan demi cinta dan sayangnya aku terus menjawab untuk memenuhi perasaan ingin tahunya. Aku berharap hal ini menjadi suatu pendidikan yang berharga.”
Setelah selesai membaca paragraf tersebut si anak mengangkat muka memandang wajah si ayah yang kelihatan sayu. Si ayah dengan perlahan bersuara, “Hari ini ayah baru bertanya kepadamu soal yang sama sebanyak lima kali, dan kau telah hilang sabar serta marah”

……….sumber dari http://mylutfi.wordpress.com. Terima kasih kerana berkongsi cerita ini…..

Kasih Ayah Dalam Cerita Burung Gagak

Apakah jasa kita pada ibu bapa? Apakah yang telah kita buat untuk membalas budi mereka? Adakah kita mampu membayar semula pengorbanan mereka? Apakah masih ada insan bernama ibu dan bapa dalam hidup kita? Berbaktilah selagi hayat mereka….

Pada suatu petang seorang tua bersama anak mudanya yang baru menamatkan pendidikan tinggi duduk berbincang-bincang di halaman sambil memperhatikan suasana di sekitar mereka. Tiba-tiba seekor burung gagak hinggap di ranting pokok berhampiran. Si ayah lalu menuding jari ke arah gagak sambil bertanya, “Nak, apakah benda itu?” “Burung gagak”, jawab si anak.
Si ayah mengangguk-angguk, namun sejurus kemudian sekali lagi mengulangi pertanyaan yang sama. Si anak menyangka ayahnya kurang mendengar jawabannya tadi lalu menjawab dengan sedikit kuat, “Itu burung gagak ayah!”
Tetapi sejurus kemudian si ayah bertanya lagi soal yang sama. Si anak merasa agak keliru dan sedikit bingung dengan persoalan yang sama diulang-ulang, lalu menjawab dengan lebih kuat, “BURUNG GAGAK!!” Si ayah terdiam seketika.
Namun tidak lama kemudian sekali lagi sang ayah mengajukan pertanyaan yang serupa hingga membuat si anak hilang kesabaran dan menjawab dengan nada yang kesal kepada si ayah, “Gagaklah ayah…….”.
Tetapi agak mengejutkan si anak, karena si ayah sekali lagi membuka mulut hanya untuk bertanya soal yang sama. Dan kali ini si anak benar-benar hilang sabar dan menjadi marah.
“Ayah! Saya tak tahu ayah paham atau tidak. Tapi sudah lima kali ayah bertanya soal hal tersebut dan saya sudah juga memberikan jawabannya. Apa lagi yang ayah mau saya katakan?”
“Itu burung gagak, burung ga..ga..gak ayah…..”, kata si anak dengan nada yang begitu marah.
Si ayah terus bangun menuju ke dalam rumah meninggalkan si anak yang kebingungan. Sesaat kemudian si ayah keluar lagi dengan sesuatu ditangannya. Dia menghulurkan benda itu kepada anaknya yang masih geram dan tertanya-tanya. diperlihatkannya sebuah Diary lama.
“Coba kau baca apa yang pernah ayah tulis di dalam Diary itu”, pinta si ayah. Si anak setuju dan membaca paragraf yang berikut……….
“Hari ini aku di halaman melamun karena anakku yang genap berumur lima tahun. Tiba-tiba seekor gagak hinggap di pohon berhampiran.”
Anakku terus menunjuk ke arah gagak dan bertanya, “Ayah, apa itu?”.
Dan aku menjawab, “burung gagak”. Walau bagaimana pun, anak ku terus bertanya soal yang serupa dan setiap kali aku menjawab dengan jawaban yang sama.
Sehingga 25 kali anakku bertanya demikian, dan demi cinta dan sayangnya aku terus menjawab untuk memenuhi perasaan ingin tahunya. Aku berharap hal ini menjadi suatu pendidikan yang berharga.”
Setelah selesai membaca paragraf tersebut si anak mengangkat muka memandang wajah si ayah yang kelihatan sayu. Si ayah dengan perlahan bersuara, “Hari ini ayah baru bertanya kepadamu soal yang sama sebanyak lima kali, dan kau telah hilang sabar serta marah”

……….sumber dari http://mylutfi.wordpress.com. Terima kasih kerana berkongsi cerita ini…..

Keteguhan Iman Seorang Pengembala

Masa saya tengah surf internet…tertarik saya dengan satu cerita….

‘Pada masa Umar bin Khattab, beliau melihat seorang pengembala yang mengembalakan kambing yang yang begitu banyak,sehingga pengembala itu tidak dapat lagi menghitung kambingnya yang digembalakannya itu. Saat itu Amirul Mukminin bertanya kepadanya ” hai anak gembala, berapakah jumlah kambing yang kau gembalakan? “ Saya tidak tahu, Jawabnya. ” Apakah Tuanmu tahu jumlah kambing ini” lanjut Amirul Mukmin. ” Saya yang setiap hari mengembalakannya tidak tahu, apalagi tuan saya” lanjutnya. “Kalau begitu saya akan beli satu saja dengan harga yang mahal, toh tuanmu tak bakal tahu” ujar Amirul Mikminin. Pengembala teriak kencang dan sambil marah dan berucap ” aina Allah= dimana Allah?” maksudnya apakah Allah Tidak melihat kita???????……….’ sumber oleh Bustamam Ismail (http://hbis.wordpress.com).

Terima kasih kerana berkongsi kisah ini….

Cabaran Penternakan Cabaran Penternak

Sejak malam tadi…saya banyak surf internet…cari maklumat pasal kambing…penjagaan..macam mana penternak terdahulu atau ‘otai kambing’ ni manage kandang, marketing, ramai juga yang ade blog…hehehe…penternak moden la katakan…syabas…IT pun kena ikut peredaran dia gak…jangan kata nanti kita ketinggalan…asyik duk dalam kandang kambing aje…teruskan usaha anda!!

Tapi ade yang saya perhatikan…bila cakap macam gunung nak runtuh..tapi sebenarnya habuk pun takde….macam-macam jenis manusia pun ade kan…ada tu baru je nak bersihkan tapak buat kandang…berlagak macam dah 10 tahun dalam bidang penternakan….ada juga yang pantang kena tegur….nak melenting aje…..kononnya dia yang paling hebat dalam menternak kambing ni….ade yang baru kenal pengimport…macam dia plak pengimport…kekadang tu kita terlupa bahawa segala nikmat yang kita perolehi adalah daripada ALLAH…..kita semua cuma hamba yang lemah…kalau nak bandingkan ilmu tu….hanya setitik dari lautan….sepatutnya kita ikut resmi padi…semakin tunduk..semakin berisi….sentiasa merendah diri dan tidak sombong atau angkuh….

Ada yang mengalu-alukan kedatangan anda ke kandang mereka…ada juga yang pilih bulu..Ada juga yang punya modal…tapi tak tahu nak buat apa…(jangan sampai kena kencing dahla)…sekarang macam-macam cara orang buat nak dapatkan duit….ade yang ada tanah…modal takde…ada yang punya minat dan semangat yang tinggi…tapi modal takde…boleh katakan macam-macam la….

Tapi saya percaya…setiap kekusutan atau masalah…mesti ade penyelesaian…setiap penyakit mesti ada ubatnya…dan saya ingin mengucapkan syukur kepada-Mu YA ALLAH….terima kasih atas segala yang aku perolehi…terima kasih kerana membantu hamba-Mu ini dalam melaksanakan tugas harian sebagai khalifah di muka bumi ini….terima kasih atas kemajuan projek ini…terima kasih segalanya….THANK YOU ALLAH!!

Semuanya Bermula Dari MAHA 2006





Kalu tak silap saya…MAHA 2007 tahun lepas yang diadakan di MARDI Serdang telah menarik minat saya untuk menternak kambing ni…..Satu hari jugalah saya round satu MARDI tu…sori saya tak masukkan gambar lain sebab semua ada gambar saya…sebagai langkah-langkah keselamatan…maklumla saya ni masih bekerja makan gaji…..okla…nanti ade masa saya update lagi sebab saya mula projek ni bulan Januari…sekarang dah Julai…mesti banyak perkembangan kan…tapi tunggu…saya akan update secepat mungkin…jumpa lagi.

Selamat Menceburi Bidang Penternakan

Alo bos..sapa mau bawak itu traktor?? Lu asyik pungut petai aje..

Tanah dipenuhi pokok buah-buahan...

Ini kandang lama...dulu pakcik pernah bela kambing...

Cayala bro kita ni...time keje...dia memang serius...hehehe

Assalammualaikum semua dan selamat sejahtera….

Saya merupakan pendatang baru dalam dunia penternakan ini. Saya masih bekerja makan gaji, tapi memberanikan diri menceburi bidang penternakan dengan hasrat untuk bekerja sendiri satu hari nanti. Saya memulakan penternakan kambing pada 01/01/2007 di mana semua kerja-kerja pembinaan kandang, senang kata…segalanya memang saya yang uruskan. Lagi satu nak bagitau….projek penternakan ni saya mulakan dengan modal sendiri…nanti saya attachkan gambar dalam ni sebagai panduan kepada bakal penternak atau sesiapa sahaja yang mempunyai bajet yang kurang tapi berminat untuk menternak kambing macam saya…opss…lupa plak nak bagitau…kos untuk membersihkan tanah ni sebanyak RM550 untuk 2 hari sebab tanah milik arwah nenek saya ni memangla kecik tapi pokok buah banyak….besar-besar plak tu…tapi ade beberapa pokok yang tidak ditumbangkan sebab redup la skit nanti…hehehehe…jumpa nanti.

Update Gambar Masa Buat Pagar

Proses membuat pagar keliling tanah 1 ekar...

Iyahh!! Jangan aku yang tumbang dahla.....

Apo yang ko tonung tu jang? Takdo sapo panggil kau...

Pergh...sekali abang aku kentut...sekampung bau dia...
Kat kawasan kebun ni dah ade pagar kawat…so saya bukak dulu pagar tu….sebab ikut plan pagar tu akan dipasang semula…so ade 2 lapis pagar la….takut gak kalu ade pencuri ni….Oleh kerana lori tak dapat masuk sampai ke pintu kandang…kami terpaksa memikul batang konkrit untuk bawak pagar lebih kurang 150 meter dari tempat di mana lori punggah…
Makan masa dan tenaga….nak buat camne…nak kurangkan kos…modal ciput la katakan…hehehe….takpela…perlahan-lahan janji selamat…nanti saya sambung lagi..Jumpa nanti.

Ternakan Ikan Keli Dalam Kanvas

Kalau ternakan kambing dalam kanvas ni ok ke bang??

Sebanyak 16k benih ikan di awal projek ternakan..

Kalu aku buat kat umah ni...bini aku marah tak???

Projek keli kat tepi rumah aje...tak perlu susah cari kawasan..

Kebetulan…minggu lepas…saya ade masa free…saya pergi melawat pusat ternakan ikan keli dalam kanvas. Bertempat di Bandar Seri Ehsan, berdekatan Genting Sanyen, jalan menghala ke Banting-Bukit Changgang…saya bertemu Abg Ridzuan…seorang penternak baru..di mana beliau langsung takde pengalaman dalam ternakan ikan ni dan mengambil langkah berani dengan berhenti kerja makan gaji….buat projek ikan ni full time…syabas!! Saya tanya dia…susah ke bang bela ikan ni? Mmm….dia kata…taklah sangat cuma kena jaga kebersihan air…makan….yang dia paling takut ialah…orang curi…sebab dia buat kat halaman rumah je. Kebetulan rumah yang dia sewa tu corner lot….rumah dia kat tempat lain tapi dalam taman tu juga la….mmm…nanti sambung la….ade keje plak.

Kenapa Tidak Lembu?

Saya just nak bagi pendapat je….sebenarnya untuk menternak lembu…memerlukan modal yang lebih besar dan kawasan yang lebih luas….pakcik saya juga ada membela lembu…tapi dia biarkan lembu lepas sahaja dan ini memungkinkan risiko kecurian dan dia pun pernah kehilangan lembu akibat dicuri…..tapi saya ada dengar sejenis baka lembu yang khabarnya baka yang baik….kalau kambing tu boer la kononnya….nanti saya survey lagi info pasal lembu ni….tungguuuuu….

Tanam Rumput Napier

Tanam rumput sebelum kambing masuk kandang

Dalam seminggu lebih je dak naik...

Yang ni saya tanam dengan ayah....

Camnila bentuk dia kalu dah besar...macam tebu pun ade...

Rumput kambing? Rumput napier la….saya rasa rumput ni yang paling bagus untuk kambing. Senang tumbuh, memerlukan masa yang singkat untuk tumbuh, tapi pastikan jangan lupa siram dengan air….takut mati kering plak….Dalam proses membuat kandang dan pagar, secara perlahan-lahan saya dan dibantu oleh bapa saya menanam rumput napier….bukan apa…kalau ada rumput, kambing ni nanti dah kurang makan pellet, kesimpulannya, kos pun kurang…hehehehe…..benih? Mmmm…..saya dapat di UPM, tapi kalau perasanla…rumpur napier ni banyak tumbuh di tepi sungai…..usahala sikit…pasti berjaya…..

Lagi satu saya nak kongsi, ada sorang pakcik di Banting, bela kambing kacukan boer ni…dia bagi makan daun ubi kayu aje fulltime…..dah lima tahun dia kata….setakat ni xde apa2 masalah…[kalau nak tau petua dia…email saya di (aminagrotech@yahoo.com)] cuma masalahnya dia tak larat nak jaga sebab kambing ni cepat membiak…tu pasal la saya tengok kandang dia ada dalam 20 ekor je….lima tahun ade 20 ekor je…..rupanya, dah banyak dia jual….lagi satu….pakcik ni tak pernah pergi kursus atau latihan pasal kambing ni…ye la…orang kampung, apalagi nak guna internet ni kan? Macam mana dengan kita? Tepuk dada tanya selera…..

Sekarang ni rumput yang saya tanam dah tumbuh panjang…dan saya cuba bahagikan kepada 3 bahagian di mana tiap satu bahagian akan diambil untuk beri kambing makan selama 2 minggu sekali….so untuk sampai ke bahagian ke bahagian lain…ada masa satu bulan untuk rumput tu hidup semula. Ok…itu aje….so…apa fikir lagi….tanam rumput dulu sebelum buat kandang…nanti kandang siap, kambing masuk….rumput dah ade…..

Pendapatan Sampingan

Mmmm….saya masih dalam proses belajar lagi dalam bidang penternakan ikan ni….saya ada melawat tapak penternakan ikan di Negeri Sembilan dan Selangor. Lawatan ini menyebabkan saya turut tertarik dengan bidang penternakan ini…INSYAALLAH saya akan ceburi bidang ni pulak satu hari nanti….nantikan kemunculan saya.

Kos Membuat Kandang dan Pagar

Ok…lepas tolak tanah settle….saya dan pakcik saya telah membuat kira-kira, kos untuk membuat pagar bagi tanah seluas 1 ekar…hehehe…lupa nak bagitau…pakcik saya ni memang pakar buat rumah…yang saya tabik spring tu….dia punyai bajet tu semua tepat….atau hampir tepat….lagi satu..dia pun ada pengalaman bela kambing kampung…so sedikit sebanyak membantu jugakla dalam projek ni….dan saya memang gajikan dia untuk menjaga kambing-kambing saya nanti…
Okla…bertempat di Kampung Sungai Layang, Rembau Negeri Sembilan…saya mula mengorak langkah…chewah…secara kasarnya…kos membuat kandang bagi tanah 1 ekar dalam RM4000. Tapi saya ingin memberitahu bahawa…ini adalah kos untuk membuat sendiri…tanpa mengupah pekerja (tapi saya upah juga pakcik dan sepupu yang turut sama membantu….terima kasih)…

 

blogger templates | Make Money Online