BUSINESS CARD

KURSUS ASAS PENGURUSAN DAN RAWATAN TERNAKAN KAMBING AKAN KEMBALI!!!

Assalammualaikum dan selamat sejahtera,

Pelaburan minimum yang bakal anda keluarkan untuk memulakan ternakan kambing sekurangnya RM10k. Ada antara bakal penternak yang mengeluh kerana yuran yang kami kenakan terlalu mahal. Tapi fikirkanlah semula dengan jumlah pelaburan yang bakal anda laburkan dengan yuran untuk menyertai kursus ini...tidak sampai atau kurang dari 4%. Jadi fikirkanlah ilmu yang bakal diperolehi dalam kursus kami ini nanti...lakukan langkah yang bijak...jangan salahgunakan modal anda...kami akan berkongsi pengalaman dalam ternakan ini....telefon segera untuk pengesahan tempat.
TARIKH : AKAN DIBERITAHU KELAK

TEMPAT KURSUS:

1) AGROBANK DEVELOPMENT INSTITUTE ( ABADI ) ( Lot 7 Persiaran Institusi, 43000 Kajang, Selangor )

2) KANDANG DE KEBUN SDN BHD, PULAU MERANTI, PUCHONG, SELANGOR.

TEMPAT TINGGAL:
AGROBANK DEVELOPMENT INSTITUTE ( ABADI ) ( Lot 7 Persiaran Institusi, 43000 Kajang, Selangor )

MAKAN/MINUM: DISEDIAKAN SEPANJANG KURSUS

MASA : 8.30 AM SEHINGGA 11.00 MALAM.

PENYERTAAN : TERBUKA KEPADA YANG BERMINAT. SIJIL DISEDIAKAN. SIJIL DARI JABATAN KERAJAAN.

YURAN : RM450

PESERTA : 20 ORANG SAHAJA

HUBUNGI : EN KHAIRUDIN (016-220 2425), PN SARAH (016-322 0466), EN TALIB (019-276 6102) EN. AMIN (016-2201549)

SILA TELEFON KAMI DENGAN SEGERA UNTUK BORANG PENYERTAAN DAN PENGESAHAN TEMPAT. SIJIL PENYERTAAN DISEDIAKAN!!!!

PLEASE LEAVE YOUR FEEDBACK/COMMENT HERE

Name:
Email Address:
Phone No
Your Message

AMINAGROTECH FARM 013-222 9976
Nak dapatkan $10 free? Hanya daftar sahaja. Tak perlu keluarkan wang. Tak salah kalau mencuba benda percuma ni. Jangan tunggu lagi! Lawat pasifincome

HUBUNGI KAMI SEGERA UNTUK SEBARANG PERTANYAAN MENGENAI TERNAKAN..TALIAN HAYAT 24 JAM!!

Thursday, July 24, 2008

PUSAR DI KEPALA TANDA KESERASIAN PENTERNAK??

Assalammualaikum dan selamat sejahtera....

Maaf kerana dah lama tak update blog saya yang tak seberapa ini...tugas dan tanggungjawab yang dipikul ditempat kerja dan juga kerancakan projek kambing dalam usaha mempromosi penternak tempatan membataskan tugas saya untuk memberi info-info terbaru pada sahabat yang datang melawat ke sini. Tajuk kat atas tu? Saya tertarik dengan email seorang sahabat yang ingin berkongsi ilmu dengan saya melalui email...beliau kata kalau penternak ada 2 pusar atas kepala..berkemungkinan mempunyai keserasian dalam bidang ternakan...tapi saya ada pusar 3...camno tu? hehehe....

Pertama sekali terima kasih kepada abg Hasim and partner, kak zie, abg rosdi, abg rosli, kak nisa n family, bro raja and partner, bro siva, abg husin, abg noh, bro anuar (maaf kalau ada yang saya terlupa)....yang sudi datang ke ladang kami di Pulau Meranti, Puchong untuk membeli atau sekadar berkongsi ilmu ternakan yang tak seberapa yang ada pada kami...sokongan anda semua membuatkan saya akan terus berjuang dalam industri ini. Kepada yang telah menghantar email atau terus menelefon/sms kepada saya...terima kasih juga.....Terima kasih kepada 47 penternak kecil dan besar yang telah memberi company profile kepada saya...sokongan yang tidak diduga dari Tuan-tuan dan Puan-puan semua amatlah saya hargai...dan saya ada terdengar ada yang mengatakan usaha saya ini sia-sia dan ada juga yang mengatakan hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam...dan ada juga yang memberi teguran sinis yang saya akan menyalahgunakan company profile penternak semua...terima kasih atas teguran serta nasihat dari semua...niat saya ikhlas...saya memang tidak mengenali anda semua...dan kebanyakan penternak juga tidak mengenali saya...tapi kepercayaan yang telah diberi oleh sahabat semua akan saya usahakan sebaik mungkin...kita mampu merancang...Tuhan yang akan menentukan.

Baiklah...saya telah diminta untuk mengumpulkan sehingga 100 orang penternak dalam Malaysia untuk mebuktikan bahawa penternak tempatan juga sudah mampu untuk memenuhi permintaan dalam negara dan juga mungkin untuk pasaran luar negara sekiranya diberikan peluang kelak..seandainya usaha saya ini gagal...saya bercadang untuk berjumpa dengan semua penternak yang telah menghantar company profile kepada saya dan kita boleh duduk bersama dan berbincang atas apa yang boleh dilakukan untuk terus maju bersama dalam industri ini. Ini cuma cadangan yang tak seberapa dari seorang anak muda yang masih mentah dalam dunia ternakan ini...dan saya mengharapkan pandangan dari sahabat lain yang jauh lebih berpengalaman untuk bersama membantu memajukan industri ternakan kambing di Malaysia ini. Setakat ini untuk hari ini...InsyaAllah...minggu depan saya akan update gambar terbaru anak-anak kambing boer F4 saya yang akan cerai susu tak lama lagi...sokongan dari sahabat semua amatlah saya harapkan. Terima kasih.

 

blogger templates | Make Money Online