BUSINESS CARD

KURSUS ASAS PENGURUSAN DAN RAWATAN TERNAKAN KAMBING AKAN KEMBALI!!!

Assalammualaikum dan selamat sejahtera,

Pelaburan minimum yang bakal anda keluarkan untuk memulakan ternakan kambing sekurangnya RM10k. Ada antara bakal penternak yang mengeluh kerana yuran yang kami kenakan terlalu mahal. Tapi fikirkanlah semula dengan jumlah pelaburan yang bakal anda laburkan dengan yuran untuk menyertai kursus ini...tidak sampai atau kurang dari 4%. Jadi fikirkanlah ilmu yang bakal diperolehi dalam kursus kami ini nanti...lakukan langkah yang bijak...jangan salahgunakan modal anda...kami akan berkongsi pengalaman dalam ternakan ini....telefon segera untuk pengesahan tempat.
TARIKH : AKAN DIBERITAHU KELAK

TEMPAT KURSUS:

1) AGROBANK DEVELOPMENT INSTITUTE ( ABADI ) ( Lot 7 Persiaran Institusi, 43000 Kajang, Selangor )

2) KANDANG DE KEBUN SDN BHD, PULAU MERANTI, PUCHONG, SELANGOR.

TEMPAT TINGGAL:
AGROBANK DEVELOPMENT INSTITUTE ( ABADI ) ( Lot 7 Persiaran Institusi, 43000 Kajang, Selangor )

MAKAN/MINUM: DISEDIAKAN SEPANJANG KURSUS

MASA : 8.30 AM SEHINGGA 11.00 MALAM.

PENYERTAAN : TERBUKA KEPADA YANG BERMINAT. SIJIL DISEDIAKAN. SIJIL DARI JABATAN KERAJAAN.

YURAN : RM450

PESERTA : 20 ORANG SAHAJA

HUBUNGI : EN KHAIRUDIN (016-220 2425), PN SARAH (016-322 0466), EN TALIB (019-276 6102) EN. AMIN (016-2201549)

SILA TELEFON KAMI DENGAN SEGERA UNTUK BORANG PENYERTAAN DAN PENGESAHAN TEMPAT. SIJIL PENYERTAAN DISEDIAKAN!!!!

PLEASE LEAVE YOUR FEEDBACK/COMMENT HERE

Name:
Email Address:
Phone No
Your Message

AMINAGROTECH FARM 013-222 9976
Nak dapatkan $10 free? Hanya daftar sahaja. Tak perlu keluarkan wang. Tak salah kalau mencuba benda percuma ni. Jangan tunggu lagi! Lawat pasifincome

HUBUNGI KAMI SEGERA UNTUK SEBARANG PERTANYAAN MENGENAI TERNAKAN..TALIAN HAYAT 24 JAM!!

Friday, May 2, 2008

HUBUNGAN ANTARA PENTERNAK DAN TERNAKAN




Assalammualaikum dan selamat sejahtera....

Amacam dengan gambar kat atas tu?? Adakah anda pernah membuat begitu pada ternakan anda? Adakah ternakan anda akan datang kepada anda bila dipanggil? Gambar ini sebenarnya sudah lama dalam simpanan saya dan oleh kerana terpanggil untuk berkongsi pengalaman sebenar membela kambing ni...sebenarnya suatu aktiviti yang menyeronokkan...masalah tu biasalah...tapi sekiranya kita selesaikan masalah dengan bijak...InsyaAllah semuanya berjalan dengan lancar.
Dan boleh dikatakan 90% kambing boer di kandang saya begitu jinak dan ini juga cukup membimbangkan saya sebenarnya kerana memudahkan kerja pencuri untuk membawa lari kambing tersebut...tetapi pada masa saya menulis artikel ini...saya telah melatih pejantan boer saya untuk menanduk sesiapa sahaja yang tak dikenali...so kena berhati-hati ye...hehehe...
Baiklah...sudah 10 hari kandang saya di Pulau Meranti lengang...lengang kerana kekurangan stok kambing...dan pada saya ini amat merugikan kerana setiap masa kos harus dikeluarkan...kambing perlu diberi makan setiap hari...dan bagaimana nak menampun kos tersebut sekiranya tiada kambing dijual? Ini adalah persoalan kepada semua penternak dan bakal penternak...sekiranya kita mempunyai stok yang banyak...di mana harus kita jual?? Sekiranya tiada stok di kandang...di mana untuk mendapatkan bekalan kambing agar customer tidak merasa hampa bila menelefon atau datang ke kandang dengan harapan untuk memilih kambing? Dan dalam masa 10 hari ini saya rasa merupakan rezeki sahabat di sekeliling saya...di mana setiap pembeli berdekatan dengan kenalan saya...saya akan meminta pembeli terus ke kandang sahabat yang berdekatan....syukur Alhamdulillah...setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya...kerana sahabat-sahabat ini juga selalu memperkenalkan pembeli kambing kepada kami dan inilah masanya kami membalas budi mereka....
Terima kasih kepada Mr. Guna, Abg Halim dan Abg Roslan yang datang ke kandang kami...dan sekali lagi saya memohon maaf kepada semua sahabat yang ingin membuat lawatan ke Rembau...kandang di sana masih ditutup untuk lawatan...doakanlah semuanya segera selesai...dan anda semua dipersilakan hadir ke kandang saya di Rembau yang tak seperti mana itu..

Terima kasih kepada yang menelefon saya...bertanya pasal kambing, penyakit kambing, macammana nak mulakan ternakan, dan macam-macam lagi...dah macam doktor veterinar pun ada...hehehe...letih...tapi apa boleh buat...saya mesti membantu mereka semua...dan selagi tulang empat kerat ini terdaya...saya akan sedaya upaya membantu sahabat-sahabat semua...doakan kesihatan saya dan kambing-kambing saya...dan ini adalah pengalaman sebenar saya yang ingin dikongsi bersama semua penternak...sejak kebelakangan ini...rezeki saya cukup murah...dan saya tahu semua itu adalah doa daripada rakan-rakan semua yang mahukan saya terus berjaya...Terima kasih ALLAH...terima kasih sahabat semua...semoga kita semua sama-sama berjaya....
Andai kata saya tersilap...harap perbetulkan...andai kata saya salah...sila beri tunjuk ajar...saya juga manusia biasa...saya juga penternak yang baru setahun jagung...ilmu yang ada pada saya adalah untuk dikongsi pada semua....adakalanya saya terlepas pandang sms sahabat...takpun tidak menjawab panggilan sahabat...ataupun tidak membalas email sahabat...bukan saya sengaja...cuma agaknya saya terlepas pandang...maaf kepada sahabat yang ingatkan saya sombong...cuma saya tak dapat nak puaskan hati semua...dan pada sesiapa yang telah berjumpa saya...terima kasih bebanyak...tanpa anda semua...siapalah saya...kepada bro Talib dari Farzem Farm yang baru menerima cahayamata...seorang puteri yang comel (walaupun bro Talib tak comel-jangan marah bro...hehehe)...tahniah...ternakan di kandang beliau juga sudah tidak lagi mengalami masalah kematian kambing secara mengejut...
Alhamdulillah...jumpa lagi...jaga diri.


 

blogger templates | Make Money Online