BUSINESS CARD

KURSUS ASAS PENGURUSAN DAN RAWATAN TERNAKAN KAMBING AKAN KEMBALI!!!

Assalammualaikum dan selamat sejahtera,

Pelaburan minimum yang bakal anda keluarkan untuk memulakan ternakan kambing sekurangnya RM10k. Ada antara bakal penternak yang mengeluh kerana yuran yang kami kenakan terlalu mahal. Tapi fikirkanlah semula dengan jumlah pelaburan yang bakal anda laburkan dengan yuran untuk menyertai kursus ini...tidak sampai atau kurang dari 4%. Jadi fikirkanlah ilmu yang bakal diperolehi dalam kursus kami ini nanti...lakukan langkah yang bijak...jangan salahgunakan modal anda...kami akan berkongsi pengalaman dalam ternakan ini....telefon segera untuk pengesahan tempat.
TARIKH : AKAN DIBERITAHU KELAK

TEMPAT KURSUS:

1) AGROBANK DEVELOPMENT INSTITUTE ( ABADI ) ( Lot 7 Persiaran Institusi, 43000 Kajang, Selangor )

2) KANDANG DE KEBUN SDN BHD, PULAU MERANTI, PUCHONG, SELANGOR.

TEMPAT TINGGAL:
AGROBANK DEVELOPMENT INSTITUTE ( ABADI ) ( Lot 7 Persiaran Institusi, 43000 Kajang, Selangor )

MAKAN/MINUM: DISEDIAKAN SEPANJANG KURSUS

MASA : 8.30 AM SEHINGGA 11.00 MALAM.

PENYERTAAN : TERBUKA KEPADA YANG BERMINAT. SIJIL DISEDIAKAN. SIJIL DARI JABATAN KERAJAAN.

YURAN : RM450

PESERTA : 20 ORANG SAHAJA

HUBUNGI : EN KHAIRUDIN (016-220 2425), PN SARAH (016-322 0466), EN TALIB (019-276 6102) EN. AMIN (016-2201549)

SILA TELEFON KAMI DENGAN SEGERA UNTUK BORANG PENYERTAAN DAN PENGESAHAN TEMPAT. SIJIL PENYERTAAN DISEDIAKAN!!!!

PLEASE LEAVE YOUR FEEDBACK/COMMENT HERE

Name:
Email Address:
Phone No
Your Message

AMINAGROTECH FARM 013-222 9976
Nak dapatkan $10 free? Hanya daftar sahaja. Tak perlu keluarkan wang. Tak salah kalau mencuba benda percuma ni. Jangan tunggu lagi! Lawat pasifincome

HUBUNGI KAMI SEGERA UNTUK SEBARANG PERTANYAAN MENGENAI TERNAKAN..TALIAN HAYAT 24 JAM!!

Friday, December 11, 2009

KAMBING BOER F3/F4 DIKEHENDAKI SEGERA!!!!!

Assalammualaikum dan selamat sejahtera,

Kami memerlukan baka kambing boer gred f3/f4 dengan kadar segera. Sila telefon En. Khairudin 016-220 2425 atau En. Talib 019-276 6102 atau En. Khirul 016-220 1549. Diperlukan dengan kadar SEGERA!! Terima kasih.

Monday, November 2, 2009




Assalammualaikum dan selamat sejahtera,

Kursus asas ternakan sebelum penutup tirai tahun 2009!! Inilah masanya untuk bakal-bakal penternak mempelajari serta berkongsi pengalaman dengan kami berkaitan ternakan kambing ini. Pelajari cara-cara terbaik menguruskan ternakan, pemberian makanan yang sesuai, sumber-sumber makanan yang diberi kepada ternakan, kaedah rawatan dan pencegahan penyakit serta cara-cara untuk mempromosikan hasil ternakan. SIJIL PENYERTAAN DISEDIAKAN!! SILA HUBUNGI KAMI UNTUK MAKLUMAT LANJUT!! Terima kasih.

Tuesday, October 13, 2009

CONTRACT FARMING: TERNAKAN KAMBING. TEMPAT TERHAD!!!

Assalammualaikum dan selamat sejahtera,

Berdasarkan tajuk di atas tu, pihak DE KEBUN SDN BHD ingin menawarkan tempat bagi peserta atau bakal penternak yang berminat untuk menyertai 'contract farming' yang akan diadakan di ladang kami di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Tempat adalah terhad kepada 60 ekor sahaja dan setiap peserta boleh bermula dengan membeli 10 ekor kambing dari kami atau 60 ekor terus. 'Contract Farming' ini bertujuan untuk memberi peluang kepada bakal penternak yang mempunyai modal tetapi kekurangan masa untuk menguruskan ternakan kambing mereka. Sila telefon En Khairudin (016-220 2425) atau En. Anuar (016-220 1549) untuk keterangan lanjut. Tempat adalah terhad dan kemungkinan selepas iklan ini dibuka, cuma tinggal 40 ekor sahaja kambing yang boleh dimuatkan di kandang kami di Kuala Pilah. Jumpa lagi nanti. Terima kasih.

Monday, October 12, 2009

*Gambar hiasan: Jangan tiru aksi ini...mereka ini adalah pelakon berlagak ngeri professional

Assalammualaikum dan selamat sejahtera,

Apa khabar sahabat ternak semua? Maaf sebab dah lama saya tak update blog ni...tapi sekali lagi saya nak beritahu...kini saya mengendalikan 2 buah blog iaitu http://aminagrotech.blogspot.com/ dan http://dekebun.blogspot.com/ di mana DE KEBUN SDN BHD merupakan usahasama saya bersama 2 orang partner yang bergabung untuk bersatu memajukan industri ternakan di bawah nama DE KEBUN. Alhamdulillah...dekat nak masuk 2 tahun dah...dan kami masih lagi berdiri walaupun tidak sama tinggi dengan gergasi-gergasi dalam industri ternakan ini. Harapan kami cuma satu iaitu ingin menjadi peneraju dalam industri ternakan ini. Dan seterusnya merealisasikan 'Pertanian Suatu Perniagaan' dan sehingga hari ini perniagaan yang kami jalankan ini masih belum menampakkan hasil yang betul-betul memberangsangkan. Untung? Adalah sedikit sebanyak tu...kalau tak tak perlulah kita meniaga kan....okla malas nak cerita panjang-panjang...kalau ada masa...kasi call sama saya...kita jumpa..dan bersembang sampai pagi....hehehe...ok...enjoy gambar ni....cuba perhatikan bebetul...bebudak ni dari kandang mana???? Hahahaha.......

Tuesday, September 15, 2009

SELAMAT TINGGAL RAMADHAN....

Assalammualaikukum dan selamat sejahtera.....

Apa khabar semua????? Tak dengar??!! APA KHABAR SEMUA???? hehehe....harap semua sahabat blogger...sahabat penternak...sahabat seperjuangan yang lain ataupun sesiapa yang mengaku atau tak mengaku saya sebagai sahabat.....sihat...hidup aman bahagia...gembira menjalankan tugas sebagai seorang khalifah di muka bumi ciptaan ALLAH S.W.T. ini.

Okla....ampun dan maaf sebab lama tak menulis dalam ni....sibuk dengan outstation...exhibition...di Negeri Sembilan, Melaka, Johor.....kawan-kawan yang saya jumpa semasa saya menjelajah Utara Malaysia sebelum puasa hari tu...harap semuanya steady dengan bisnes kambing memasing...ada sahabat di kawasan Utara yang tak dapat saya jumpa kerana kesuntukan masa...saya minta maaf banyak-banyak.....

Exhibition di N9 dan Melaka menemukan saya dengan ramai sahabat baru dan lama...dan saya minta maaf sebab tak mampu nak listkan nama dalam blog kali ni....ok...raya dah nak dekat ni...minggu depan je kan...camne dengan sales sahabat penternak semua? Mudah-mudahan meningkat sedikit menjelang musim perayaan ni....dan sebelum saya terlupa, hari khamis ni 17/9/2009 bermula 9.00 malam bertempat di Tapak Expo berhampiran Stadium Paroi, Seremban, Negeri Sembilan....sehingga 12.00 tghari 18/9/2009...akan berlangsungnya jualan daging kambing dan lembu segar...terbaeeekk dari ladang....jualan murah sempena menyambut hari raya Aidilfitri...anjuran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan....

Datangla beramai-ramai ye....nanti saya akan masukkan gambar-gambar function yang lepas untuk tatapan pengunjung setia blog saya ni....jumpa lagi ye....pandu berhati-hati....biar lambat..jangan kena sebat....

Monday, July 20, 2009

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua...

Sekali lagi...maaf...seribu kali maaf...sebab dah lama tak update blog ni. Ok...meskipun x update tapi aktiviti ternakan kami berjalan seperti biasa...mungkin jadual agak ketat sedikit dan saya minta maaf pada penternak baru atau lama yang datang ke kandang kerana tidak dapat berjumpa dengan Tuan-tuan dan Puan-puan semua.

Ok..dipendekkan cerita...setelah KURSUS MEMPROSES BAJA ORGANIK berlangsung dengan jayanya...kali ini kami ingin menganjurkan pula KURSUS ASA PENGURUSAN TERNAKAN & RAWATAN PENYAKIT. Secara kasarnya dalam kursus ini kami cuba untuk berkongsi dengan para peserta cara-cara terbaik menangani masalah pengurusan ternakan dan juga rawatan bagi ternakan di mana penggunaan rawatan yang betul akan memastikan kesihatan ternakan yang terbaik dan juga boleh membantu mengurangkan kos operasi ladang. Apa lagi eh...mmm...nak tahu?? Daftarkanla diri anda sekarang sebagai peserta untuk bersama-sama kami mendalami ilmu ternakan kambing ini.

Jumpa lagi...wassalam.

Thursday, May 28, 2009

KURSUS MEMPROSES BAJA ORGANIK!!! HANYA RM150

Assalammualaikum dan selamat sejahtera,

Maaf kerana terlalu lama tidak update blog ni...ya..saya masih menternak kambing...hehehe...sampaikan ada sahabat yang kata saya dah tutup...dah xnak bela...sukacita dimaklumkan bahawa saya sekarang di bawah DE KEBUN SDN. BHD. Dan kami masih berjuang dalam industri ternakan ini walaupun mendapat khabar yang kurang menyenangkan mengenai sahabat lain yang terpaksa mengundurkan diri dari ternakan kambing ini...tapi apa boleh saya buat? Saya cuma mampu membantu sekadar yang termampu....xpe...saya doakan sahabat-sahabat tersebut akan berjaya juga di kemudian hari...InsyaAllah.

Ok...sebab esok saya akan berangkat ke Jepun...dan berada di sana selama 3 minggu...saya ingin memberitahu kepada sahabat-sahabat yang berminat untuk menyertai KURSUS MEMPROSES BAJA ORGANIK DARI TINJA KAMBING...sila lihat butir-butir di atas...kursus yang dijadualkan pada 27 Jun 2009...buat julung-julung kali diadakan setelah menerima banyak permintaan untuk menganjurkan kursus seperti tersebut...dan untuk pengetahuan semua...bayarannya cuma RM150 dan tempat adalah terhad kepada 20 orang sahaja...ini kerana nanti kalau terlalu ramai akan dikhuatiri tidak semua yang akan mendapat input-input yang diperlukan semasa kursus tersebut berlangsung...dan sehingga hari ini...saya difahamkan telah menerima lebih kurang 12 penyertaan semenjak semalam....so...bila lagi?? Dan mungkin juga anda berpeluang untuk menjadi agen kami dalam memasarkan baja organik kami yang diberi nama RIMBUN....

Akhir sekali....terima kasih kepada semua sahabat yang banyak menyokong kami secara langsung atau tidak langsung...kepada pembeli-pembeli/pelawat/pelajar di ladang kami....kami ucapkan jutaan terima kasih kerana memilih kami untuk berususan dengan anda semua...(maaf...nak sebut nama banyak sangat). Ok..semoga ape yang anda impikan akan tercapai...jumpa lagi...salam.

Wednesday, February 18, 2009

SALAM 2009 UNTUK SEMUA SAHABAT TERNAK!!!

Assalammualaikum dan selamat sejahtera....

Pertama sekali saya nak mohon maaf sekali lagi kerana sudah lama tidak update blog saya yang tak seberapa ini. Terlalu banyak perkara yang perlu diuruskan...okla..sesiapapun boleh bagi alasan kan....hehehe...InsyaAllah...saya akan update sekerap yang mungkin..

Tahun 2009 dah masuk bulan Februari...macam mana dengan sahabat penternak semua? Ternakan dah semakin bertambah? Dan banyak juga yang saya dengar...sahabat terpaksa menutup kandang mereka akibat peningkatan kos operasi ladang mereka. Apapun itu semua adalah onak dan duri yang terpaksa ditempuhi sebelum bergelar penternak yang berjaya. Sesungguhnya usia projek ternakan saya baru mencecah setahun setengah dan hampir ke dua tahun. Projek ternakan yang saya bangunkan sendiri dengan titik peluh sendiri...dengan modal sendiri...saya bukan dari keluarga yang senang...tidak juga saya menyambung projek ternakan dari orang tua saya...semuanya saya buat sendiri...dan saya ulang sekali lagi...semuanya saya uruskan sendiri!!! Kalau saya boleh...kenapa anda semua tak boleh??

Oklah..beberapa projek yang dirancangkan dalam tahun 2009 ni saya harapkan semoga berjaya kerana untuk tahun ini....beberapa projek yang besar telah berjalan dan serba sedikit gambar berkaitan akan saya masukkan dalam blog ini untuk tatapan anda semua.

Terima kasih kepada sahabat yang telah sudi melawat kandang kami di Pulau Meranti...ntahla...saya dah lupa la nama semua...mintak maaf ye...untuk bro azmer and friends, bro azmi, abg din, abg saleh dan 'orang khemah', bro kamal...dan semunya lah...terima kasih bebanyak atas sokongan anda semua...dan tidak lupa juga saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada warga Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang tidak putus memberikan sokongan dan dorongan dalam projek ternakan ini.

Untuk bakal penternak yang ingin menceburi bidang ternakan ini...teruskan usaha anda...jangan putus asa....kerana setiap usaha yang anda lakukan...pastinya ganjaran yang menanti di akhir garisan...sekian dulu daripada saya...sehingga berjumpa lagi ye...jaga diri...selamat menternak!!!!

 

blogger templates | Make Money Online